17 September 2014

Hari ke 10 : Apa Di Dalam Handbag Saya

Hai semua. Cabaran hari ke 10.

Apa di dalam handbag saya. Untuk lihat hari ke 9, Klik sini ya.


#cabaran30hari

Hari ke 10 : Apa di dalam handbag saya


Sebut pasal isi dalam handbag, rasanya tikus masuk pun boleh sesat! Mengikut keluasan handbag, lagi luas boleh isi, lagi banyak boleh disumbatkan. Selalu kena komplen ngan dak apple, apesal handbag sangat berat. Macam ada batu kat dalam muahahaha. 

Ala, kalau batu tu ada kegunaan, dah lama sumbat dalam bag dah tapi sebab takde kegunaan, tak koser lah nak masukkan dalam handbag kan. :p

Aku jenis suka pakai handbag besar, senang nak selongkar. Senang juga nak masukkan macam-macam. Tak reti la pakai handbag halus kecik je. Susah. Lepastu aku ada banyak juga koleksi handbag tapi jenis aku, aku akan pakai satu-satu handbag tu sampai dah lunyai, baru tukar. Aku bukan jenis yang hari-hari tukar handbag. Itu adalah sesuatu yang renyah dan menyusahkan. Sorry, tak minat hehe.

Ini antara yang ada kat dalam handbag tu. Ada lagi sebenarnya tapi rajinla sangat nak selongkar kan. Hahaha. Ni barang yang memang kena ada di dalamnya.



1. Dompet opkoslah kena ada. Walaupun dah agak lunyai dompet ni, tapi ada sentimental value sebab dibeli dengan menggunakan gaji pertamaku pada tahun 2012. Ditemani dak apple, kami ke sogo la seingat aku time tu, ada less sebab hari membercard. Haaa nostalgia kan. Aku memang suka ingat mengingat ni hehe

2. Handphone (Takde dalam gambo sebab digunakan untuk menangkap gambar ini).

3. Powerbank yang penting ni ha. Aku kan pemalas nak cas handphone, camera bagai, jadinya powerbank ni penyelamat lah setiap hari. Tahan dua hari camtu kalau asyik cas tepon je. Paling lama tahan dalam 3 ke 4 hari la camtu.Dulu aku ngan dak apple jual powerbank ni, tapi dah abes stock.

Nanti kami jual lagi ya hehehe.

3. Camera comel ni guna juga kadang-kadang. Tapi ikut rajinlah hehe.Kata blogger, mestilah selalu snap snap masuk dalam belog.

4. Beg Make-up. Beg mekap tu beli kat Daiso je. 5 hengget je uols.Dalamnya dah sendat dan ketat tapi keluarkan la sikit apa khazanah dalam tu.Harus ada bedak pixy, cream gemok tu, lipstick dan blusher untuk keserian wajah.

5. Cermin LOVE tu sayang tu sebab antik. Tapi dah tercabut satu, maka ia menghilang entah kemana. Hehehe.

6. Sunblock. Aku ngan dak apple kan suka jalan-jalan. Jadinya panas terik pun kaki gedik gatal nak bersiar-siar berdua, makanya ia penting walaupun kadang-kadang tak pakai pun.Hahahaha. Buat berat beg je. 

7. Singgam atau bahasa omputehnya Chewing Gum. Tu kadang-kadang lepas makan, nak hilangkan rasa yang tertinggal, kenala hilangkan dengan singgam ye bukan sanggam. Hahaha. Tapi kadang-kadang tak teringat pun kewujudan singgam tu. Lagi sekali, buat berat beg je lah! 

Okey, tu je. 


Untuk tengok cabaran lain, Klik bawah ini.


6 comments:

eima said...

ai tak de HB har har ....

Nur Inani said...

power bank wajib ada :P

Huda Luna said...

hahahah sama la kita
pakai sampai lunyai xde nak tukar hari hari pastuuuuuu mesti beg besar senang nak sumbat segala


best lak kelab ben ni buat mcm2.
ade gak idea nak update huhu

Diana Rashid said...

kalau beg akak pulak,campur semua tu dengan sapu tangan,tisu basah,lampin anak,bedak anak yang botol kecik,ahahah..macam2 lagi la..kereta kontot anak pun ada..

safurara said...

nr dh ada anak.mst ada pampers.hehehe

MizzTina said...

singgam?? hahahaha..