18 September 2014

Hari ke 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Hai semua. Cabaran hari ke 11.

Kenangan lucu zaman kanak-kanak. Untuk lihat hari ke 10, Klik sini ya.


#cabaran30hari

Hari ke 11 : Kenangan lucu zaman kanak-kanak

Kalau nak cerita zaman kanak-kanak, aku rasa macam banyak sangat kenangan lucu, kenangan jahat, kenangan nakal bla bla bla bla. Memang banyak pun. Aku kan pernah duduk dengan nenek aku gara-gara cemburukan adik nombor dua yang baru lahir. Melampo kan? Hahaha. Tu pun boleh jadi cerita lucu jugak kan kan? 

Tapi aku rasa nak cerita satu kejadian sebab kami baru throwback minggu lepas. 

Kejadian korek telinga. Umur sekitar darjah 1, adik aku 5 tahun. Aku kan kaklong, kaklong kawasan pon boleh la hahahaha. Cerita dia macam gini. kat rumah mak ayah. Masa tu aku baru lepas main ngan adik aku, si Tirah tu la. Tu je adik perempuan yang aku ada selain seorang adik lelaki. Main punya main, nampak cotton buds. Selalu mak aku sorok sebab takut kami main, kot. Haha. Aku pun main la cotton buds tu lepastu korek telinga takut-takut. Mengada kan. Dah tahu takut nak jugak.Haha. Tak penah tapi gatai nak buat la kan. 

Sekali si Tirah pun merengek nak, tapi aku tak bagi. Dia kata nak korek telinga jugak. Menangis-nangis. Mak aku sibuk masak la seingat aku. Aku pun kesian, yelah, aku kan hati tisu. Hehehhhh. Aku cakap meh kaklong korek telinga awak. Dia pun bagi telinga, aku pun jalankan kerja. Baru je sekejap, adik aku menjerit auwwwwwwwwwwwwww!!! Hahaha cuak aku. Rasanya mestila terkena gegendang telinga adik aku kot. Hahahaha. Nasib tak pekak. Lepastu dia nangis, mak aku datang, dan aku kene sedas, kena cubit hahahaha. Padan muka aku, tapi salah aku ke? Dia yang nak hahaha. 

Yang lain lagi, banyaklah. Kena ekzos moto pun penah, melasak sangat kan. Nasib baiklah parut tak nampak dah sebab aku bubuh biO Oil. Lepastu aku kena tipu ngan makcik aku, dia suap aku sambal belacan, dia cakap manis tapi pedas phuiiiii. 

Aku, masa darjah 6 dah bole bawa motor. Tu pun secara menyelinap ya. sepupu aku Boy namanya yang ajar. Lagipun dah cukup tinggi bawak moto. Hahaha. 

Ada sekali,bawak moto honda cup 70 apak aku semasa darjah 6. Moto tu memang ayah aku jarang guna sebab dia ada moto lain, tapi aku kan nak mencuba, bawak adik perempuan dan lelaki, bertiga naik motor, sekali lalu kat jalan berpasir, terbalik ke tepi pulak motonya. Hahaha. Tapi bila dah jatuh tu, larat betui angkat moto tu, bawa macam biasa sambil tanya adik2 ada ke luka ke apa. Jadi mak ayah tak tahu tapi akhirnya tahu adik lelaki cite. Cisskek betui. Nasibla mak ayah marah berbakul je. Haha. 

Ala, gambar kecik-kecik bersama adik-adik tak snap pulak masuk hp ni. Aku ada banyakkkk koleksi gambar masa kecik. Mak ayah suka tangkap gambar kami. 

Tapi, ada la gambar aku kecik-kecik di Muzium Negara pada tahun 1989. Muka aku sebijik macam Zara sekarang. Maknanya ada la sedikit kecomelan kan? Hahahahahaha perasan muntah pelangi.


Macam Zara kan? hihihihi..
Manje ayah ni wehh sampai la sekarang walaopon dah bersuami.

Tu jelah yang aku boleh cerita. Ada lagi tapi cukuplah tu haha.


Untuk tengok cabaran lain, Klik bawah ini.

4 comments:

eima said...

hahha aku suka yg ko korek tinge adik ko tu pastu aku bygkan ko kena lepuk ngan mak ko .. hahhaha

Cik Puan Eka said...

kak eima. hahaha kalau dikenang memang rasa nak terbahak gelak ahahahaha... mmg kena lepuk la cite dia, cubit lagi hahaha

Daddy Ziyyad said...

dah besar panjang ni,kalau adik awak ada sikit2 masalah pendengaran, minta kat kaklong dia sponsor bil perubatan...hahahaha

posing kat muzium negara tu...ekekeke..dah dekat 20 tahun lebih kot saya tak ke sana

Nastyna said...

haloooh sweetnya... best kan kalau imbau kembali kenangan kecik2, kami everytime kat fesbuk mesti bahan each other dengan kisah kecik2, asal jumpa video ker apa ker yang related mesti kenakan each other. rindu la mereka pulak.