04 September 2014

Hari ke 4 : Buku Kegemaran Saya

Hai semua. Cabaran hari ke 4. Buku kegemaran saya. Untuk lihat hari ke 3, Klik sini ya.



#cabaran30hari

Hari ke 4 : Buku kegemaran saya


Sebut pasal buku, saya memang suka membaca. Tapi saya kurang gemar membaca novel berunsurkan cinta. Ada cuba membaca tapi terlalu banyak skip. Itu pasal la boleh menghabiskan satu novel dalam masa sehari ahaha.

Dari kecil, memang jenis suka baca apa-apa pun. Ingat lagi, masa kecik suka baca buku anak-anak sidek, ingat lagi tak majalah KAWAN dulu-dulu? Ye, itu salah satu kegemaran saya selain daripada majalah ujang, gila-gila. 

Majalah KAWAN tu kecik je. Saiz dia macam Mastika tu. Setiap bulan mesti mintak abah belikan dekat kedai mamak Mastan jual majalah dan surat khabar kat tempat saya tu. Sampai lah saya dah tua ni, mamak Mastan dan anak dia, Shamsul kenal dengan saya hihihihi.

Ini lah rupa Majalah KAWAN ni.


Sumber gambar : Google Images [Majalah Kawan]

Kemanalah agaknya pergi majalah-majalah saya ni dulu. Dah kena makan anai-anai kat kampung Nenek, kot. Hehe. Lain-lainnya Majalah ALONG. Seingatnya lah. Ada majalah ASUH.

Tapi, disebabkan semasa entry ini ditulis, malam tadi saya mengulang baca satu buku, dari penulis blog juga. Tapi penulisnya sudah kembali kepangkuan Ilahi. Pernah dengar penulis bernama Nafastari

Saya sedang membaca buku catatan perjalanannya sewaktu bekerja di Pakistan untuk yang keberapa kalinya saya tak pasti. Sebab saya kerap membaca buku ini. Saya suka tulisannya. Seolah-olah saya berada di Pakistan melihat lelaki memakai Syarwar Kamiz dan wanita berdupatta! 

Menarik. 

Buku ini saya beli pada Bulan Disember 2012 secara dalam talian di Galeri Ilmu. Gambar yang saya ambil juga semasa buku tersebut sampai ke tangan saya. Sebab itu masih ada watermark 'Cik'. 



Selain catatan penulis, disertakan juga gambar-gambar menarik sepanjang di sana.


Embun @ Wan Nadaa bertudung merah jambu, anak penulis

Jika anda pernah baca buku ini, pastinya terkesan dengan catatan isteri Arwah, Puan Mawar yang juga seorang blogger di catatannya iaitu Jalan Pulang. Bagaimanakah perasaan seorang isteri yang punya dua anak yang masih kecil, menghadapi takdir Allah swt apabila suaminya pergi tidak kembali. Sungguh menyentuh hati. Bacalah 5 kali juga, pastinya mata tetap berkaca. 

Jumpa esok, untuk cabaran hari ke 5.



5 comments:

Diana Rashid said...

Novel cinta meleret2 kan..agak nya sebab tu tak minat..

Daddy Ziyyad said...

Tak pernah pulak saya jumpa majalah Kawan tu...Mastika selalu baca ..hihihih

Buku diari kisah diplomat tu macam best...kisah hidup mereka di perantauan kan..nak try cari la kat MPH

Khalid Kyle said...

lama gila x baca buku kwn tu, now baru remember kwujudan buku tu ingt lg masa zmn budak2 sanggup makan nk kumpul duit beli buku kawan tu..

shaz mizah said...

Sama la.. Dulu fav buku sy masa budak2 anak2 sidek,majalah ujang n doraemon 😝😝

Nastyna said...

pernah baca blog isteri arwah tu... tak terimagine akak kalau akak yang berada kat tempat dia.

dulu selalu curi baca majalah ujang my bro kumpiul.. and komik doraemon ngan mutiara naga ngan pendekar laut. wahhh smeua curi abang punya hahaha.