06 September 2014

Hari ke 6 : Apa Yang Saya Makan Hari Ini

Hai semua. Cabaran hari ke 6.

Apa yang saya makan hari ini. Untuk lihat hari ke 5, Klik sini ya.


#cabaran30hari

Hari ke 6 : Apa yang saya makan hari ini.


Harini saya ada di Melaka, Family Day office my hubby. Malam tadi saya makan sedap-sedap sampai dua kali haha di Muara Sg Duyong, Alai, Melaka.

Mula-mula sampai, kawan dak apple dah booking siap-siap dekat Restoran Nasir kot namanya, lupa heheh. Sedap-sedap jugak, macam biasala ada ikan, ikan bakar, ketam, kupang, sotong. Kat sana kan popular makan dengan nasik lemak comel. Disini juga kejadian dak apple makan nasik lemak comel tu sampai 4 bungkus. Banyak betulll. Dia kata sebab nasik lemak tu kecik-kecik, jadi dia kena makan banyak baru kenyang, katanyaaa.. Bertuah betui dak apple ni. Terkejut kite. 

Nanti kita cerita pasal Melaka. 

Okey, sebut pasal makanan, ini ha saya ratah je malam tu.

Lala besar masak cili
Pepahat masak cili api


Sedap.

Sanggup tau saya simpan perut makan sikit je masa round first kat Restoran Nasir tu. Yang saya makan ni dekat Restoran Alaaa Kassim, Alai. Tak makan nasik pun, makan lauk ni je. Dak apple tak usik pun sebab dia over kenyang. Hahahaha. 

Licin. Sampai sekarang teringat lagi lala gemok tu. Pepahat tu je kurang sedap sebab rasa macam masin skit la plak. Haih. 

Okey, tu je. 

Untuk tengok cabaran lain, Klik bawah ini.



1 comment:

Nastyna said...

lala lala lalong...nak sikit!!! Allhadulillah u dah bernafsu kembali... nafsu makan. haha