07 September 2014

Hari ke 7 : Sejauh Mana Pendidikan Penting Bagi Saya

Hai semua. Cabaran hari ke 7.

Sejauh mana pendidikan penting bagi saya. Untuk lihat hari ke 6, Klik sini ya.


#cabaran30hari

Hari ke 7 : Sejauh mana pendidikan penting bagi saya.

Sesiapa pun akan cakap pendidikan sangat penting sekarang ini. Memang benar. Pendidikan sangat penting untuk kita hidup di dalam zaman yang serba serbi moden dan mencabar ini.

Tapi pemikiran kita juga haruslah selari dengan pendidikan kita. Jangan belajar tinggi, tapi tahap berfikir masih lagi di tahap bawah. 

Pendidikan jugak perlu diterapkan dari kecik-kecik juga supaya besar nanti, ia memudahkan anak-anak untuk mencorakkan kehidupannya nanti.

Saya sendiri pun bukanlah belajar tinggi mana, tapi sebagai seorang yang sudah dewasa, Digelar pula wanita, sudah tentu kita memerlukan pendidikan selari dengan kerjaya kita.

Pendidikan tidak semestinya tahap tertinggi sahaja, tetapi pendidikan awal itu yang paling penting sekali.

tapi apa-apa pun, kita kena seimbangkan pendidikan dunia dan juga akhirat sekali. Supaya kita seimbang dengan kedua-duanya. 


Alamak, tiba-tiba hilang idea, ada tetamu datang. Nanti kita menaip lagi ya. 

Untuk tengok cabaran lain, Klik bawah ini.

No comments: