11 September 2014

Jalan-Jalan Melaka 1 #MelakaWonderland

Hai semua. Selamat pagi. Burpppp Alhamdulillah sendawa dah pepagi buta gini. Kenyang makan nasik goreng sotong buatan sendiri dengan kerepek pisang opismet bawak tadi. Pisang tanduk bulek-bulek sedap. Saje je nak cite. Hahaha macam takde motip.

Tertangguh juga entry Melaka ni. Tapi mahaplah yer, saya rasa macam entry kali ni agak panjang sebab ala sebab nak letak gambar makanan je banyak hahaha. 

Hari Sabtu haritu kitorang ke Melaka, ada family day opis dak apple. Dengan tema Big Splash di Melaka Wonderland. Memang tahu kewujudan Melaka Wonderland ni tapi tak pernah pergi pun. First time ni. Dah lama juga tak ke Melaka, last pegi tahun lepas dengan dak apple jugak. Masa tu belum kawen lagi, pegi rumah kawan opis dak apple kahwin. 

Pagi Sabtu tu, kami gerak awal giles. Kunci jam pukul 5 pagi. Bukan sebab excited tapi takut lambat la senang cerita hahahaha. Siap-siap breakfast kat Nilai, terjumpa ramai kawan-kawan yang pakai baju merah, team big splash letew. 

Macam konvoi pun ye gak. Sampai dekat Ayer Keroh dalam pukul 9.15 pagi. Masuk la kat Melaka Wonderland. Lokasi Melaka Wonderland ni dekat dengan Taman Burung ke Rama-Rama kat Melaka tu, dekat jugak dengan MITC. 


Pintu masuk Melaka Wonderland Theme Park & Resort


Sampai je terus daftar.
Dapat cenderahati Tuala sekali. 
Patut tak yah bawa tuala camni hahaha



Haruslah bergambar kenangan di depan pintu masuk.


Officemate dak apple. Ramai gak. Mana taknya, seluruh jabatan.
Brape tingkat plak dia punya opis tu kan.
Memang ramai lah. Rasanya hari Sabtu tu, 
Melaka Wonderland dikongker oleh team baju merah.


Pagi tu ada senamrobik. Tapi kami tak join pon, ada sikit rasa malas.
Cukuplah duduk kat kerusi sambil makan jajan dalam goodies bag.
Manalah tak gemok hahahahaha.

Time ni ramai jugak berkenalan dengan opismet hubby yang saya tak kenal,
tapi kat sini kenal lah. Mengeratkan silaturrahim.


Harga tiket yang kitorang dapat ni tak pasti berapa harga,
sebab office yang uruskan. Label kami pun berbeza, biru.
Biasanya warna putih. Yang group ni harga rasanya dapat less kot.

Kalau nak semak harga, boleh klik sini

Antara aktiviti yang ada kat situ antara cabutan bertuah, 
dan jugak pelbagai games diadakan. 
Games yang dibuat pula memang disediakan oleh pihak pengurusan 
Melaka Wonderland Theme Park & Resort.


Antara aktivitinya. Saya tak join pun,
macam biasa, malas. Menyembang je kojenyer sambil mulut mengunyah.
Dak apple ade la join beramai-ramai. Tu pun kalah dapat no 4 hahaha

Dah siap habis semua aktiviti, dapat makan free,
maka kita boleh mula mandi. 
Dak apple, suami Ain ngan suami Timah macam dah tak sabor
nak main air. Memang semangat betul dioranggggg. 

Saya? Cam biasa je sebab takmau mandi mula-mula. Hahahaha.
Tapi kan dah cerita, mandi jugak akhirnya. 

Antara tarikan dekat Melaka Wonderland tu, ada ni.


Tornado Chaser. Ni tak hingin langsung nak naik.Hahaha


Ni Kamikaze Race.
Ni, dak apple ngan suami Ain yang namanya Fizy jugak,
naik dekat 10 kali la aku rasa. Hahahaha.
Menyirap je tengok diorang turun naik.
 Ain cakap, macam tak sedar diri hahaha.


Ni Adventure Island.
Tapi bebudak punyalah.Kitorang tak masuk.



Ni Aqua Bubbles tapi takde pon masa kitorang pegi.
Mungkin bola dah kempis kotttttt.


Ni 1 Big Wave Pool.
Tapi masa kami masuk dalam pool ni,
mana ada wave pon. Alahaiiiii

Sumber gambar diatas : [SINI]


Ni la tempatnya. 
Kitorang lama jugak berendam kat sini.
Siap berendam ngan opismet hubby, 
Timah ngan suami, Ayin dan suami. 
Kami 3 pasang pengantin tak berapa nak baru, berendam sampai lebam,
hitam muka dan tangan hahahahahaha.

Nak kata best sangat pun Melaka Wonderland ni, tak sangatlah.
Sebab tak banyak mainan. Kalau nak dibandingkan dengan theme park yang lain.
Tapi kalau bawa budak, syokla.
Kami yang dah agak tua ni, kureng sikit hahahaha.



Kat depan tu pulak, ada Taman Dinosour.
Kata kena bayar tapi kami masuk tengok ramai orang dalam tu,
tak kena bayar pun. Hahahaha

Dah habis mandi-manda, kami nak rehat la pulakkk hehehe.
Kawan opis dak apple, bookingkan hotel ni.
Kami duduk sini ramai jugakla. 
Sekali harung je duduk sini.

Dekat Permaisuri Hotel MITC Melaka.
Memang banyak bad review hotel ni, tapi Alhamdulillah bilik kitorang okey je


Selesa jugak. Cuma kat ujung koridor lampu takde.
Tatuttt hahahha. Breakfast okey, nak kata sedap giles takdelah, 
tapi mengenyangkan perut tu Alhamdulillah. 

Malamnya kami ke Alai, makan seafood.
Kawan dak apple dah siap booking, kami konvoi 4 kereta,
sampai Alai terus ngap je. Kenyangg.
Ala gambar takde lah. Dalam hp dak apple.

Saya je repeat dua kali hahahaha.


Sedappppppp

Lepas makan, kami jalan-jalan jap kat area Banda Hilir 
lepastu balik hotel, tidurrrrrrrrrrrlah.

Untuk aktiviti esok, jap lagi kita sambung ye hehehehehe.. 





4 comments:

shaFazie said...

baru azie tahu ade wonderland hihi
lamo bebenor azie tak ke melaka..


eima said...

taman dinosor tu cam padang jaraj padang terkukur huhuu byk yg rosak plak tu .....

Liyana said...

x pnh lg g wonderland ni.. tp awk dh kate x best malas la pegi hahah

Nastyna said...

Seronok dorang main air, cik puan nyer bergambar ngan dinosaur jer la kan, dah tak dapat nak main2 air hahahaa sama la akak rasa masa balik mesia tu gi gambang, tengok jer dorang turun naik.