11 September 2014

Jalan-Jalan Melaka 2 #Asampedas

Hai semua, sambungan entry ke Melaka. Untuk Part 1, #Melakawonderland boleh klik sini ye untuk baca. 

Untuk hari kedua, kami check out lewat sikit dekat pukul 1 huahuahuahua, tertidur lepas breakfast. Padan muka. Nasib tak kena bayar. Perut pun dah berkeroncong. Dak apple tanya nak lunch kat mana, saya terus cadangkan dekat Bandar Hilir kita makan kat Restoran Asam Pedas fav saya hihihi. Dak apple tak pernah pegi restoran ni. Saya pernah dua kali masa outstation di office lama. Memang sedap. 

Dah la masa nak pergi tu kitorang ada tersalah jalan. Dak apple la, Waze dah suruh masuk simpang yang depan, dia konfiden je masuk simpang mula-mula. Lepastu dia bebel siap cakap, sedap sangat ke apa asam pedas tu payah sangat jalannya.

Tak sedap tau la. Sambil buat muka hujung-hujung senyum hahahaha. Poyo.

Bukan apa, parking susah sikit dekat Plaza Mahkota tu. Yela dekat ngan Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari bagai, kompemla jem lagi, traffic light lagi. Akhirnya jumpa parking berbayar RM 1.00 pastu jalan kaki. 

Ni ha restoran dia. Asam Pedas Selera Kampung pilihan Jalan-Jalan Cari Makan TV3


Alamat kedai ni

G2, Jalan PM 3, 
Plaza Mahkota Square, Bandar Hilir, Melaka.

Kedainya macam masuk dalam simpang sikit. 
Tapi kalau lalu kat depan Menara Taming Sari,
Kena seberang jalan, nampak kedai jual barangan makanan Melaka,
ha bertentangan je dengan restoran ni.


Kami sampai dah dekat 2.30 tapi orang tetap ramai,
meja penuh. Kat sini jumpa ramai opismet dak apple.
Makan sini jugak. Ha baru dia tahu restoran ni popular haha. 

Meja full tapi mata terus nampak orang baru bangun,
betul-betul depan restoran bawah pokok lagi.
Kelam kabut duduk. Gelabah nau rupe. Perut lapar hahaha. 

Dak apple duduk cop tempat dan saya bangun amik lauk dulu.
Sebab makan dua orang, malas minta hidang.
Bangun, amik nasik, ceduk je lauk apa nak. 


Menu utama opkos Asam Pedas.
Suka rasa asam pedas dia. Bagi tekak eka, memang sedap lah.
Ikan Jenahak. Kami hirup kuah ni sampai licin ye uols.
Hahahaha.


Ni lauk eka ambil.
Ada kupang, ada sambal macam-macam.
Pendek kata macam-macam lauk ada.
Semua kampung style.

Pinggan dak apple je eka tak snap. Tengah makan.
Tapi dak apple ambil ayam kampung goreng panas-panas.
1/4  ayamnya. Memang sedap.
Panas kan, lembut pulak tu. Dia pun makan sampai licin.

Harga tak mahal. Kami makan dua orang,
dengan asam pedas, ayam kampung lagi,
kupang bla bla termasuk air RM 23.00

Dak apple pun cakap sedap asam pedas dia, teringat-ingat haha.

Lepas makan, kami ke seberang kedai bertentangan.
Nak beli buah tangan sikit untuk dua-dua keluarga.


Depan restoran tu di sebelah kiri.


Kat sini kami beli sagun bakar tu, kerepek skit.


Beli belacan jugak. Habis tangan bau belacan uols.
Ermmmmm harummm baunya.
tapi bukan belacan yang ni.


Ni Gula Melaka Gred A,
sebungkus RM 16.00
Difahamkan oleh peniaga, gula melaka ni boleh dimakan oleh 
orang yang menghidap diabetes.
Dibuat secara tradisional oleh seorang makcik yang dah tua.
Tapi kami tak beli pun sebab haritu,
 pegi Terengganu dah beli banyak gila gula melaka. 


Ada pulak cencalok terbaru, cencalok sotong namanya.
Tak pernah rasa dan kami tak beli pun.
Harga macam-macam. 
Ada beza dengan cencalok tradisional, cencalok dah bubuh asam


Kami beli cencalok biasa je. 
3 botol RM 10.00. 

Dah siap beli-belah, kami jalan jap kat Menara Taming Sari.
Sebab dah penah naik, macam tak teringin nak naik lagi ehehe.


Jumpa beca Hello Kitty yang cute ni,
Belakang ada label WIFi FREE
Tak sempat pulak nak snap label tu hihi.

Tercangak dak apple macam kagum gile.
Beca pon ada wifi free ye yang. 
Canggih Melaka skang. 


Bergambar jelah kami kat sini.

Lepas tu kami ke Limbongan pulak,
tujuan dia nak cari Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil.

Guna Waze, dia bawa kami masuk jalan kampung yang jalan dia kecik gila.
Dak apple dah macam nak marah, betui ke ni.
Tapi tengok Waze dah bagi arahan kat situ, ikut jelah.
Sekali nampak macam jalan mati, jalan sikit lagi.
Nampak Masjid Limbongan, kami masuk lorong tu sebab nampak jalan besar.
Sekali, toleh kanan. Ehhhh betul la ini kedainya.

T_________________T

Hampeh gak Waze ni ye, bagi saspen je ingat salah jalan,
rupanya sekali jalan shortcut dia bagi hahahahahaha.
Kelakar kalu ingat.

Tapi bagus, sebenarnya kalau nak ke Klebang dari Bandar Hilir, 
kedai ni kat belah kanan, kena seberang jalan.
tapi waze bagi jalan tak payah seberang susah-susah.
Masuk simpang je. Hahaaa.


Ni ha dia, kuih keria special.
Kuih Keria ni sangatlah gemok. Tapi lembut.
Panassss. Yang bestnya kuih keria @ kuih gelang ni,
disalut gula melaka, bukan gula putih yang biasa tu.

Baru lepas goreng.Orang beli kemain la banyak.
Sampai ada makcik tu beli RM 20.00 engko. 

Seketui kuih muih kat sini RM 0.50
Selain kuih keria ada kuih kasturi, kuih bom inti kacang hijau.

Ada juga laksa, boleh makan kat situ. 
Memang ramai. Eka beli RM 6.00 je siap tapau bawak balik
sebab kak ipar ada kirim jugak. 


Nyum nyum sedapnyaaaa.

Dah beli siap-siap, kami ke Klebang pulak.
Macam biasala, pekena coconut shake original Klebang.

Kali kedua pegi ni, dak apple mengidam lagi rupanya.
Kanmainnnnnnnn. 

Untuk entry Coconut Shake Klebang, boleh refer entry ni.
Malas nak taip banyak hahahaha.


Kami makan nasik lemak, kuih keria yang kami beli kat Limbongan tadi.
Sedapp. Dah la panas. 
Orang memang ramai, macam biasa. 
Nampak tempat kelam kabut duduk.
Gelabah hahahahahahaha. 


Ni masa kami nak masuk. Ramai kan orang take away.
Kalau nak makan situ, masuk dalam sikit.
Baik makan kat dalam, tak seramai yang take away punya.

Okey tu aje cerita Melaka. Next time macam nak ke Penang. Nak pekena Rojak Tonggek, pasembor bagai di Penang. Sapa ada Penang? Nanti kita contact ya. Tapi nak pergi Penangnya tak tahu bila hahahahahahaha.






9 comments:

shaFazie said...

menarik percutian eka..
best azie baca..

lg best bila tgk coconut shake itu hihi

Nastyna said...

Wahh canggih beca pun ada wifi, mesti pelancong dari luar kagum giler jugak hahahaha.

Eh i dulu ke melaka tak sempat merasa asam pedas, boleh gitu? punya la makanan ikon negeri melaka kan, cari punya cari last2 makan nasi ayam bebola yang serius tak sedap. heishh nak kena ke sana lagi ni.

Diana Rashid said...

nak mai penang ye..sini banyak kedai mamak..tapi jangan sebarangmasuk..banyak yang kotor..kena pandai cari la..

nur nabihah yunus said...

kalau pegi Melaka memang x boleh x pegi makan asam pedas :) dgn coconut shake hehe

http://nabihahyunus.blogspot.com/

mrs.aziz ummi aariz said...

huhu satu benda yg akak mengidam sgt coconut shake klebang....tp jauh...mcm tk kan dpt je....

Sya Mimie said...

wlpn kawin dgn orng melaka, tapi tak hbis jelajah lagi tmpat2 yng eka pergi tu. coconut shake pun tak pernah rasa lagi.. sadis je rasa.. T____T

Elaine said...

Hi, boleh visit villa 827 di A Famosa Resort:) 5* villa


www.villafamosaresort.com

Elaine Chew said...

Hi, boleh kunjungi A Famosa Resort lain kali :) 5* Villa 827

www.villafamosaresort.com

Milie Suraya said...

Da makan jom jamu mata dengan keindahan melaka dari menara taming sari... http://suemilie.blogspot.com/2015/05/keindahan-melaka-dari-menara-taming-sari.html?m=1