23 September 2014

Jalan-Jalan Menara Condong #telukintan

Hai semua, selamat pagi. Minggu bila tah, kami saje gatal gedik nak jalan-jalan ke Menara Condong Teluk Intan. Dha banyak kali lalu, tak pernahnya nak naik menara ni.

Pelancong sentiasa ada. Luar dan dalam negera. Aku ngan dak apple pun kira pelancong gak la kan. Pelancong dalam negara gitu. Hahaha.

Tapi yang lupanya, tangkap gambar menara dari luar. Hahaha. Jadinya gambar menara yang first ni, aku google aja yer hehehe.


Menara Condong kebanggaan warga Teluk Intan
Sumber gambar [ SINI ]

 Menara dalam ni nampak macam 6 tingkat kan?
Tapi di dalamnya ada dua buah tangga je. 
Kiranya kita akan dapat naik dua stage sahaja.

Menara ni ada 3 tingkat.

Menara Condong ni dibina pada tahun 1885.
Dah 100 tahun lebih usia menara ni tapi masih kukuh lagi. 
Jam dia pun masih lagi berdenting.

Kalau dekat sini, orang panggil 'Jam Tinggi'.

Dulu-dulu Menara ni merupakan tangki penyimpanan air untuk penduduk Teluk Intan.
Tapi lepas dah ada tangki lain di Changkat Jong, 
maka menara ini sudah tidak digunakan lagi.

Sekarang ni, Menara ni jadi tarikan pelancong sahaja. 
Ada yang cakap, macam Menara Pisa di Italy hehe.


Kalau korang nak tahu, bandar Teluk Intan ni di kelilingi Sungai Perak tau.


Menarik kan. 


Ni bahagian dalam. Masuk-masuk mata terus pandang kiri kanan.
Binaan zaman British dulu ni.
Nampak macam nostalgik sangat dalam dia.


Kiri-kanan penuh gambar-gambar Menara ni sejak zaman dahulu
sampailah sekarang termasuklah Pembesar-Pembesar Negara yang pernah melawat Menara Condong ini.


Kemudian ada telaga di tengah-tengah Menara.
Ada orang campak duit syiling dalam tu.
Mahapla gambar tak clear. Dak apple la,dia marah aku tangkap dekat-dekat.
Nanti jatuh la yang hp tu dalam air tu. Wahh lakiku sound aku.
 Hahahaha.

Takut beno henpon buah apple dia tu jatuh.
Aku saje je buat-buat nak jatuh. Bulat ye biji mata dia. Hahaha


Ni my buah apple. 
Lebiyuuuuuu. Muahahahaha.

Kemudian kami naik plak ke tingkat dua. 


Naik tangga ni macam gayat la plak.
Hati-hati menaiki tangga. Yelah ni tangga kayu.
Lain macam la rasa. Kat opis aku, tangga batu.
Walaupun tangga opis aku  lagi tinggi 4 tingkat, tapi ni gayat ye. 
Melengkung.


Sampai je atas, takda apa pun. Cuma kita boleh keluar ke tepi tu,
tengok pemandangan di sekitar Bandar Teluk Intan.


Nak keluar ke beranda, kena lalu sini.
Sempit pula tempatnya, nasib dua-dua kurus ehhh. Haha.


Mengintai dari luar.

 

Minta pula nak snap sekeping sambil mengintai keluar hehehe.
Aku nampak macam kurus kan. Hahaha perasan slim melim plakkk.

Okey tu je. Tengah fikir nak update apa pulak ni.
Cabaran 30 hari tu nak teruskan tapi masih belum ada mood la.
Isi dah ada. Tapi nak taipnya malas, boleh??? Hehehehehehe.

p/s : Tengah memikir lepasni kemana pula destinasi kami jalan-jalan. Buat masa sekarang, kami suka jalan-jalan sambil cari makan. Banyak habiskan masa bersama. Seperti yang pernah kami angan-angankan masa waktu berchenta dulu. Heheheh.

So, ada idea mana lagi nak berjalan? Dalam kepala nak pergi Penang. Dah banyak kali sebut ni. Lepastu Johor. Amboi Utara Selatan. Atau ada sesapa nak ajak kami ke negeri korang? Hehehehe. Tapi dalam negeri ajerlah ye.Jangan suggest dalam Perak, Selangor, Negeri Sembilan, KL. Tu tempat i tu hahaha. Luar negara jangan suggest juga. i is takut naik kapal trobang hahahahahaha. Tunggu i kumpul kekuatan dulu ya. 








7 comments:

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Akak pun tak pernah sampai sini lagi eka..hehehe.. la awat dok blur gambar eka tue..tak nak share ke..hehehe.. Ermm mai la Penang eka.. boleh jenjalan sekali..akak jadi tourist guide nak..hehehe

idzwa kamaruddin said...

haritu sempat lalu je..tak sempat singgah..

Yana Ujang said...

pnh smpi sini..tapi x pernah naik atas..posing luar menara je..hikss

herm tpt akak ada apa ek...tmn botani putrajaya kot..eh! :p

Cik Puan Eka said...

kak farah. nak eka share camne leh kurus ke kikikikiki? makan coklat banyak2. hahahakkkk...

Memang nak pi penang sbb tgok rojak tonggek akak pi makan tu...

Cik Puan Eka said...

idzwa nanti try la singgah hehehe

Cik Puan Eka said...

ala kak yana. tmpat kita kan sebelah2 je hahaha kajang bangi hahahahaha

Diana Rashid said...

dahagak lama tak ke teluk intan..rasa nak jalan2 ke sana la nanti..)