30 September 2014

Jangan cemburukan saya......

Terbaca di wall salah seorang rakan di facebook. 

Ada benarnya ini. 

Kadang-kadang kita tak tahu mengapa orang cemburukan kita, kehidupan kita,
apa yang kita ada. 

Tidak kisahlah cemburu sebab apa. 

Orang tidak sedarkah bahawasanya apa yang kita ada,
apa yang kita punya adalah atas izinNya Yang Maha Kuasa.

Kalau ikutkan iri di hati, semua pun boleh mati.

Berlapang dada sahajalah melihat apa sahaja kebahagiaan, kesenangan atau apa sahaja yang orang lain punya kerana kita sendiri tidak tahu bagaimana susah senangnya mereka mengecapi itu semua.

Sebabnya, untung nasib kita bukan semua sama. Semua ada beza.
Kan Allah swt dah kata, rezeki kita semua berbeza. 

"Jangan cemburukan senyuman saya kerana saya telah puas menangis sebelum saya dapat merasainya"
"Jangan cemburukan kasih sayang saya kerana saya telah melalui kepahitan untuk membinanya"
Jangan cemburukan kehidupan saya kerana saya telah melalui perlbagai rintangan untuk melaluinya"

Kita-kita ini, jangan selalu mendabik dada. Merendah diri adalah yang terbaik. Biar kita cela di mata manusia. Tak apa.


p/s : Jangan jadi KPO. Bukan Kpop ya, tapi KPOCHI hehehe. Pukul 5 dah. Jommm, balik rumah masak makan malam hehehe.





No comments: