09 September 2014

Jumpa Dinosaur Di Melaka

Hai semua, ingatkan nak buat entry pegi Melaka, tapi pepaham la bila dah petang ni mood malas semakin menjadik-jadik. Jadinya aku pun macam malas la nak menaip kan. Hahaha. 

Lagipun harini macam penat sebab mungkin semalam cuti, harini baru masuk kerja semula. Lemau dia lain macam. Layu dia lain. Ha macam itulah perumpamaannya.

Tapi tak mengapa, nantikan entry aku ye selepas ni. Esok lah maknanya tu. Nak cerita pasal Kedai Asam Pedas Melaka yang sedap phiaww. Juga kuih keria pakcik Jalil di Limbongan, dan juga cerita cencalok Melaka. Termasuklah cerita mengenai family day yang membuatkan aku jadi hitam akibat sunburn. Padah tak memakai sunblock masalahnya. Padan muka. Kena cari losyen susu putih dherbs terlajakssssssss putih la rasanya. :P

Entah, ingat tak nak mandi manda. Berlagak sangat kan tak mahu mandi. Tapi mampu ke engko tengok semua orang berenang berendam bagai nak rak, berbasah-basah lenjun dengan Pak Dawud naik benda alah slide Kamikaze Race tu dalam 18 kali turun naik,menyirap je tengok dia gembira bagai kanak-kanak riang. Nak jugak hahaha!! Naik pulak gelongsor bersama suami kawan opis pak Dawud. Dengan budak-budak opis pak Dawud yang mengajak sekali aku rendam kaki bagai bersantai sambil memerhatikan laki bini memasing. Ko mampu tengok je ? i tak mampu okey. i tewas. Tewas. Main jugak air. Tapi tu nanti ah cerita. Hahaha. 

Ni nak tunjuk jumpa Dino kat sana. 


Kemain lagi Dino tu menyengih yer. 
Siap ternganga. Aku ingat nak buat pose kepala dalam mulut Dino tu.
Hahaha.
Tapi Pak Dawud cakap, jangan nak buat tak semenggah ye.
Bergambar elok-elok. Okey. Sehabis kurus dah ni hahahah.

Ada banyak lagi gambar bersama Dino dan juga rangka dino.
Aku ingat semua dino ni diperbuat daripada batu.
Tapi aku salah, semua dino ni diperbuat dari getah. 
Lembik lembut tapi kukuh. Nasib bukan betul hahaha.


* Ini dinosaur, di depan Melaka Wonderland Theme Park.
Sebelum masuk ke entrance Melaka Wonderland,
ada Taman Dinosaur kat situ. 
Selanjutnya, akan diceritakan pada entry berikutnya.

p/s : Itu sahajalah cerita hari ini, mukadimah entry ke Melaka kekdahnya. Esok kalau rajin, pasti cerita Melaka akan menyemakkan dashboard anda-anda semua. Okey, dah dekat pukul 5. Balik aaaaa, lapar ni hahaha.







No comments: