03 September 2014

Kentang Bakor

Hai semua. Selamat petang-petangan. Mengantuk beno lah setiap petang nie. Maklumlah cuaca gelap, aircond sejuk maunya mata tak malap-malap jer. Haha.

Kitorang kat opis ni biasanya kekadang ada kudap-kudap minum petang. Ade je yg sponser beli pisang goreng la, apam balik lah, kuih getuk ubi la. Semua sedap-sedap.

Semalam plak ada yang beli lempeng pisang. Semalam dah la hujan yang amat lobek. Memang ngam sangat aaa makan lempeng pisang bersama horlicks panas.


Saje je lah kan nak tunjuk lempeng pisang ni.
Kot ada yang tak penah makan ke, tengok ke.
Heheh.

Tapi wujudnya entry ni bukanlah nak cerita lebih lanjut mengenai lempeng pisang ni.
Tapi nak cerita yang lebih moden sikitlah minum petangnya.
Sekali sekala kena lah ada western sikit kan.
Tapi sekali sekala jelah cerita dia.

Ni lah watak utamanya, kentang bakar atau nama tradisionalnya, baked potato


Kawan eka yang membuat pavlova tu, selain dari pavlova.
Beliau juga membuat pelbagai dessert dan savoury.

Baked potato ni dia start jual masa sebelum puasa haritu rasanya.
Dah penah rasa lah sebelum ni, sedap.

Tetibe tadi dia kata kalau nak, dia hantar ke opis.
Kita pun apa lagi, laju je order.

Rasanya sedap. I like potato. Heheh.

Diatasnya ada daging yang ditumis dengan bawang holland dan juga cendawan,
 ada rasa black pepper, mayonis pun ada jugak.
Dilitupi dengan cheese keping-kepingan.

Adui aku ni, macam juri masterchef plak rasanya hahaha.


Okeylah, nak sambung makan, ada sebiji lagi daripada 4 biji. :p

p/s: Apa minum petang korang? Rasa-rasa macam nak pegi Penang la. Sebab terbaca blog kak Farah Seketeri dia makan rojak tonggek. Nak tau ke cemana rope rojak tonggek tu? Meh klik kat Rojak tonggek blog kak Farah. Cekikdawuddddddddd.


7 comments:

Hanida Moss said...

lempeng pisang tu best! mak kite buat lempeng pisang sedapppp... lepastu tetiba teringin lempeng pisang tersebut.. haha

Cik Puan Eka said...

hahahaha balik nanti suruh mak buatkan yeee

shaz mizah said...

lapar trus perut ni tgk makanan...huhu

Amanda Suria said...

Hujan Lobek kek KL tompi eh x jumpo lak mano kodai jual lempeng tu..sodap amek nampak eh....

Cik Puan Eka said...

shaz mizah. ha cepat2 makan yeee hehehe

Cik Puan Eka said...

amanda suria. hahaha memang sodap amek-amek kak. Raso eh mak mortuo lalu den tak sodar lah ghaso hahaha

Nastyna said...

tengkiu bagi idea untuk kentang bakar, boleh buat sebab kentangan adalah makanan ruji depa anak beranak ni hahaha (akak tekak carik nasik). plus semua bahan ada pulak, ngam ah, lap u la.