25 September 2014

Lunch #salmonarapiripiri

Hai semua. Selamat petang. Dari semalam lagi nota kaki nak makan kepala ikan salmon. Rasanya dah banyak kali singgah jengah kepala dekat situ tanya harini ada tak salmon ara piri-piri hari ni. Selalu tak ada. Tapi hari ini ada. Rezeki. 

Selalu masuk sushi king pun mesti order itu. Kalau tak ada salmon ara piri-piri tu, ada altenative lain iaitu kulit ikan salmon. Tapi takdela kulit semata, dia ada la isinya nipis tapi rangup. I like. 

Tadi macam-macam kami order. Fav aku selain dari ara piri-piri itu ialah age gyoza (dumpling dalam dia ada shrimp), chawanmushi, green bean dengan soft shell crab. Tapi soft shell crab aku tak order arini hehehe.

Dessert, Matcha Ice Cream tu opismet order lepastu kami share bertiga. 


Harini aku order Blackcurrant Yakult.
Sedaplah! Selalu aku suka blackcurrant lemon je.


Green bean @ Edamame ni fav kitorang semua.
Makan macam kacang rebus.
Sedar tak sedar dua pinggan kitorang tibai. Haha.


Chawanmushi makan dengan kicap. 
Emmm sedapnyaaaaa makan panas-panas.

Alamak tak ada pulak si age gyoza punya gambar kan.
Tu pun sedap. Dumpling tu sprinkle dengan curry powder,
panas-panas sedapnya nyummyyy


Dan ini, hero harini.
Sepinggan sorang kami semua menghadap.

Licin.

p/s : Hujan, sejukkkk. Esok dah Jumaat. Hari Sabtu Ahad busy la minggu ni. Ada dua ke tiga kenduri dak apple cakap kita kena attend. Dapat makan nasik minyak hehehehe besttt.




7 comments:

MizzTina said...

sedap ke kacang tu dik?

Cik Puan Eka said...

Sedappp kak. Try la. Rasa kacang dia lemak. Yg penting kacang ni sihat hehe. Kat cold storage pon ada rasanya. Rebus ngn garam je ni

Nastyna said...

kulti ikan salmon? macam sedappp jer. suker ler tuh makan nasik minyak banyak2.

Umie Artoqiemie said...

kenapa sedap sangat rupanya ni hahahahhahaha

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Fuhhhh sedap tgk air eka... Eh sama la akak pn dok mengidam nk makan ikan salmon jugak... esok rehat lama.. nk p cari la.. =D

nini said...

hemo hemo....sedapnyaaaaa.....

Cactushoney said...

sedap kcng tu..one of my fav gk..hihi tp kpla ikan slmon tu yg mna ek??