29 September 2014

Pisang Goreng Cheese @ Hulu Langat

Hai semua. Selamat pagi. Aduyai mengantuknya pagi ni. Rasa macam tak dapat nak dibendung-bendung.Hahahaha.

Pepagi dah cerita pasal makanan. Taip pun stop banyak kali sambil mata terpejam. Terer gak ar menaip sambil tutup mata. T_____________T

Hari Sabtu haritu kami lakikbinik pegi menghadiri jemputan perkahwinan kengkawan dak apple. Tapi cerita pasal kengkawen tu jap lagi la ya kalau mood rajin kembali. Tapi yang nyata kenduri satu di Kolumpo, satu lagi di Hulu Langat.

Ni nak cite pasal Hulu Langat. Sebenonyer tulah kali pertama aku pegi Hulu Langat. Partner aku pulak penah pegi sana tapi kat Sungai Congkak. Jadinya tak familiar + sesat la cerita dia walaupun guna Waze. Hahaha. Tapi akibat kesesatan tersebut,aku jumpa benda alah ni sebab dah lama aku teringin nak makan tapi buat jadi tak kuasa. Peminat pisang cam kami, memang kena beli baru feel tu ada. 

Haha.Tapi bukan semua tempat ada jual ya benda ni. 

Tu pun dak apple yang tunjuk, eh pisang cheese lah. Nak tak?

Opkossss lah nak kan. Sapa suruh tunjuk. Hahaha. Tapi kitorang pegi kenduri kahwin dulu baru pegi semula ke stall terbabit. Gigih tak? Hahaha gigih sangat sebab tekak yang nak. 

Alamat memang aku tak tahu. Yang aku tahu, nampak petronas, ada simpang.
Belok kanan, tetiba nampak orang jual. Hehehhhh. Tapi rasanya ni kat Taman Sri Nanding. Stall dia kat belakang lot-lot kedai.

EDITED : Lokasi pisang cheese ni di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Nampak petronas, sebaris petronas ada lot kedai, kedai kain 1 Malaysia, haa belakang kedai-kedai tu. TQ Kak Pinky Momma atas info.


Besar banner dia. Orang beratur juga panjang. 
Termasuk la aku pun beratur sekali.
Tu pasal dia jadi panjang. 

Qing Paidui 

Hehe.

Aku beli dua pack. 
Alang-alang datang dari jauh, baik aku beli dua-dua jenis
Karang balik umah termimpi-mimpi pulak kannnn. Haha


Yang ni, Pisang Goreng Cheese.
Dalamnya ada 5 ketui. Tapi nipis je pisangnya. 
Tu yang rangup. Tepung dia pun rangup.
Dia taruk susu pekat lepastu grated cheese kat atas.

Rasanya sangat sedappp.
Manis, lemak, masin dia complete.

Sepeket RM 2.00 sahaja.


Yang ni pulak Pisang  Goreng Cheese Chocolate.
Ni double sedap. 
Sebab ada susu pekat + grated chocolate + grated cheese + chocolate rice.
Bagi seiapa peminat chocolate, baik korang amik ni.
Memang sedap uolss.

Yang ni lemak, manis, masin semua ada. 

Harga yang ni cuma RM 3.00 sahaja.

Berbaloi dengan harganya.

Hari sabtu haritu bukak Fb pun penuh news feed dengan gambo pisang goreng cheese ni rasa macam berjanji pulak semuanya padahal beli lain-lain tempat hehehe


p/s : korang penah makan pisang goreng cheese? 





8 comments:

MizzTina said...

sekali je mkn, pastu muak..hahaha.. tekak xleh trima kot.. kena gak cicah sambal kicap.. aherher

PinKy MoMMa said...

eka kat situ la dulu dobi akak hehehe..nnt leh cuba..mcm menggoda je ;)

Cik Puan Eka said...

kak tina hahahaha yeke. Tapi eka suka gak cicah kicapp

Cik Puan Eka said...

kak pinky lahhh yeke kak. Eka pun tak familiar sangat kat situ dahla kete mmg banyakk hehee

cikgu fad said...

Takde direction caner n gi cik eka oi..kikiki

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Pisang cheese eka makan nie nampak sedap.. yg akak pernah try hampeh rasa dia.. nak terkeluar blk jer.. mual..huhuhu..

mrs.aziz ummi aariz said...

eka ulu langat area mn ye...tgk gmbr nmpk mcm sedap...umah akak ngan ulu langat dh dekat tu...kalo tau tempat nk gak cari....

eima said...

aku nk try cari nanti cam besh nye ...
tp rasanye cam tak kena ngan citarasa aku ej sbb aku ni tak suka mende yg manis2 .... tp nk try jg