22 September 2014

Resepi Potato Fritters

Hai semua, selamat pagi. Harini bangun pagi aduhai nyamannya rasa. Sejuk.
Sebab semalam, kelmarin hujan. Tu yang rasa nyaman aje.

Hujan begitu, petang-petang buat cekodok sedap tu, ditambah kopi ke. Tapi kopi panas mahap kami tak minum, maka digantikan dengan horlicks panas. Pergh terbongkang kekenyangan. 

So, semalam. Tekak macam gatal sangat nak makan 'potato fritters' yang sibuk orang share dekat fb. Seronok jugak ada yang rajin share makanan bermusim kat FB ni ye. Hehehe. Ingat lagi dulu fenomena kek coklat moist, puding oreo berlapis, pavlova, cheesekut dan banyak lagi resepi sehinggalah ke resepi yang nama bahasa melayunya 'cekodok kentang' ni. 

Tapi ada cerita disebaliknya. Lepas je hujan dah robeh semalam, aku keluar kejap ke kedai. Nak beli kentang dengan tepung jagung. Tepung jagung okey, ada. Beli sepeket. Cari kentang. Punyalah besar raga kentang, terkontang kanting sebiji kentang aje yang tinggal. Memang kentang habis. Mak ai, semua pakat buat cekodok kentang ke apa ini? 

Tapi sebijik pun gasak ah. Nampak ada ubi keledek oren. Tu kan ubi jugak. Campur jelah kedua-duanya nanti. 

Balik rumah terus buat projek cekodok kentang. 

Resepinya diambil dari sini. Tapi ada olahan sikit.



Gigih prinstcreen ni heh.
Cuma aku tak taruk lada sulah dengan MSG. 

Kemudian aku tambah ubi keledek oren + cili merah yang didadu halus.
Mestilah kono podeh sikit sebab tekak aku dah jadi tekak pedas. 
T____________________T


Sepatutnya kena sagat kentang tu. 
Tapi takde penyagat kat rumah, jadinya aku hiris halus-halus.

 Ni rupanya bila dah digaulkan sebati.
Renjis air sikit bagi dia macam lembab-lembab.


Goreng dalam minyak panas.
Kalau boleh leperkan lagi sebab aku punya semalam,
macam tebal pulak. Tapi ape dehal. Sedap je hahaha.


Tadaaaaaaaaaaaaaa. Dah siap.
Cicahkan dengan sos sedapnya dimakan panas-panas.
Balik ni boleh buat lagi tapi aku nak guna 100% kentang.


p/s : Tekak ni kan, pantang nampakla. Lagi pulak ramainya suka share resepi. I like! Semua pun rasa nak. Tak lama lagi gemok la ni. Hahahahaha. 




10 comments:

eima said...

tak tercuba lagi tp cam sedap je ...

safurara said...

rara pon nk buat jelah nt kat rumah.hehehe

Puan Awin said...

alahai...sedapnya...akak teringin sgt...tp ...dgn keadaan skrg ni, mmg lum lalu nk masak sendiri...hidung ni alah sgt dgn bau minyak menggoreng :(

bobiedanbad said...

Simply delicious
InsyaAllah akan ku cuba resepi ini

Diana Rashid said...

sedapnya..nak cuba la..

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

wahhh sekali buat terus jadi..hehehe.. nanti nak buat tengok jadi tak mcm eka buat..=D

Mrs Kamilah said...

Nampak macam best. Nak try gakla :)

suriatey yahaya said...

sedapnyer... copy resepi, yer Cik Eka, nak try buat sok.

zarulfarhana said...

boleh try ni

Bazlia Amoza said...

alhamdulillah pagi tadi dah try resepi ni...sedappp...selamanya tak teringin pun nak buat tetiba pagi ni leh buat lak...btw thanks for sharing :)