27 October 2014

Ayam Goreng Uncle Jack Murah dan Sedap

Hai. Sempena kita dah nak lunch lagi lebih kurang sejam ni, baik aku update tentang makanan pulak. Entry selingan ni hehe. Korang pernah dengar ayam Uncle Jack? Uncle Jack Fried Chicken? Maskot ayam kaler kuning. Selalu ada di dalam Pasaraya Giant. 

Sekarang ni kat luar Lembah Kelang pon ado. 

Malam tadi, sampai-sampai je rumah, lapor. Terus ajak darling pegi makan + nak beli barang dapur sekali. Kicap, tepung sume habis dah ni. Aku bukan boleh kalau takde kicap ni. Haaa hehehe. 

Pegi singgah Giant, sambil tu aku terus teringin tengok Restoran Uncle Jack Fried Chicken tu. Kebetulan orang tak ramai, selalu ramai. Jadi terus je kami ke situ. Aku terus beratur. Sambil tu aku tengok lah menu yang ada kat kaunter tu. Tengok-tengok. Eh murah gila kot menu-menu dia. Aku tengok ayamnya seketul beso gedabak. Memang harga stock tercekik punya. Haha.

Korang bayangkan ye. Untuk set B, ada dua ketul ayam goreng + Nasi ayam + air (boleh pilih sama ada soft drink @ ice lemon tea) Harga cuma RM 5.00. 

Ni macam aku makan ni, 


Dua orang makan, ambik set B.
Harga 5.00 @ 2 set.
Total campur gov tax RM 0.66 sen.
Cuma RM 10.66 sen je makan malam untuk dua orang.

Ayamnya boleh tahan sedap.
Rangup dan pedas. 
Yang penting jimat dan kenyang.

Lepasni ada hati lah aku nak repeat balik makan kat sini hihihihi.

Untuk Set lain, harganya pun murah.

Ada dessert soft ice cream macam mekdi tu,
perisa coklat & vanilla. Harganya RM 0.50 je satu cone.
Tu pun aku rasa murah lah tu ice cream cone 5 kupang je.

Patutla orang beratur kemain panjang lagi kome.
Semalam lepas aku duduk dan makan, punya panjang orang beratur.

Lepasni kalau korang nampak ayam uncle jack ni,
boleh la singgah. Budak-budak mesti suka makan ayam goreng ni.

p/s : haih cepatla pukul 1, aku nak tido jap. Pastu makan. Jommmm

4 comments:

NinaAz said...

semalam baru ni makan tawwww. hehee. ngam2 hari ni terjah entri ni. ayam dia sedapppppp. hehee. karipap besar tu pun sedappp ;)

idzwa kamaruddin said...

aaa..nak kene try ni!!

Nastyna said...

elok ler kita membantu sesama kita, kan.. dah la muurah, sedap pulak tu. bak sini sikit.. eh nak cari resepi tepung ayam la gini, macam terliur jer hehe.

Sya Mimie said...

Sedapnya ayam.. :)