29 October 2014

Cekodok Jagung

Hai. Dari pagi tadi aku nak taip tapi tak tertaip-taip entry ni. Agak busy pulak harini aku kehulu kehilir. 

Pagi tadi aku terajin buat cekodok jagung, siap bawak bekal lagi. Aku adalah hantu jagung. Jagung rebus, jagung dalam cup, cekodok jagung ahh pendek kata jagung la aku suka. 

Semalam pegi pasor malam, aku beli seplastik jagung manis. 5 tongkol dalam tu hanya RM 3.50 je. Balik rumah aku rebus, calitkan dengan butter. Memang sedap. Manis dia, rangup dia perfect. Meletop-letop di dalam mulut. Hehehe.

Sedapnyaa. 
Pagi tadi dengan menggunakan setongkol jagung, 
aku buat cekodok. Senang gila buat cekodok ni.
Kegemaran sekeluarga.

Hanya guna tepung gandum cap lily
Setongkol jagung dihiris ke racik eh nak sebut. 
Cili burung ditumbuk
Bawang beso sebiji dihiris nipis
Sedikit garam
dan air. 

Gaul sebati dan goreng.
Siap

Nih dia cok kodoknya. Sebenarnya aku memang suka sangat cekodok.
Tak tahu kenapa. Petang kang aku rasa macam nak buat cekodok pisang plak.

Haha. Muka cekodok sungguh.
Tapi kadang-kadang ada la buat minum petang lain.
Kuih-muih ke. Tapi ikut mood lah.

Kadang-kadang laki aku cakap tak payah masak,beli je. 
Maka, beli jelah kan. Yelah kadang balik rumah dah kepenatan.

Cuma, aku tetap akan masak kalau aku rasa nak masak.

Adoyai cepatlah pukul 5, rasa nak tido je ni. :p

6 comments:

Diana Rashid said...

sama la kita suka betul jagung.apa2 saja yang ada jagung memang akak makan..pi kedai beli ABC pun mesti pesan.."jagung lebih ye.."

heheheh

Diana Rashid said...

sama la kita suka betul jagung.apa2 saja yang ada jagung memang akak makan..pi kedai beli ABC pun mesti pesan.."jagung lebih ye.."

heheheh

Nastyna said...

Semalam akak beli ubi keledek yang tengah sale kat sini, balik rebus, lecek... nak buat cucur badak niatnya... pastu macam malas nak gentel masuk lam peti, tadi pagi kasi cik Tipah makan puri hahahaha (dia baru masuk 5months old tapi akak dah start introduce solid to her)
So..tengok la petang nanti terbuat ker idok cucur badak tu. Jadi kamu, tengah ada masa ni, gunakanlah ia untuk mencucur sepuasnya, dah ada anak kecik nnt rimas nak bertapa lelama kat dapur hahaha.

Amanda Suria said...

cheh...baca time2 ni plak...adeh...terus berbunyi perut...

Azian Elias said...

salam kenal..

We all sefamily pun suka cekodok jagung.. memang sedap.