27 October 2014

Cerita Cuti #BFF Bertunang

Hai semua. Haaaa ni baru aku nak update. 5 hari kot aku cuti. Terasa macam wahh bestnya duduk rumah jadi housewife, masak-masak, kemas-kemas. Ingat satu hari nanti aku nak resign jadi gov servant dan aku duduk rumah jaga anak dan suami. Tapi tu angan-angan minah jenin je la. Hahahaha macam dapat je la. Lagi berpuluh tahun lagi kena kerja sebelum pencen. Okey melalut.

Lupakan pasal tu. Aku cuma nak cerita yang ni. Minggu lepas, hari Sabtu, salah seorang BFF aku, Tun namanya bertunang. Tun tu nama gelemer je. Tak mau lah taruk nama sebenor. Tak privacy. Hikhikhik. Ditemani dak apple, kitorang pun ke umah dia. Dalam 20 minit dari umah aku. Alhamdulillah selamat sudah Tun bertunang dengan tunanganya. Tahniah korang. Bertunang kena banyak sabar, bersabar, menyabar dan tempuh segala dugaan yang mendatang dan akhirnya jadikan jodoh itu milik korang. 

Pendek cite, banyak toleransi. InshaAllah. Aku dulu banyak kenangan bertunang, tapi malas aku nak cerita hahaha. Malas nak taip. Nanti boleh lah kita cerita ye kalu aku rajin.

Ni, tengok gambo. 


Cantiknyeee kawan aku ni.
tapi Tun memang cantik orangnya. Dan juga kelakar.
Ini salah seorang bff aku. Aku kenal dia dari form 1. 
Tapi form 4-5 dia pindah skolah, masa form 6 jumpa balik dan sekelas hehe.


Ayunyaaa hehehe.
Sweet sangat.


Sesi sarung cincin dari omak tunang eh.

Ni gambo-gamboan dari kawan-kawannya hehe.
Aku termasuk la tu. Haha


:)


Opsss Dhia, anak kawan aku yang tudung hijau tu lalu hihi.


Seronok dapat jumpa kawan-kawan.
Macam-macam disembangkan.


Semoga persahabatan kita berkekalan. InshaAllah.
Sayang korang semua.

Buat Tun, jangan tunang lelama tau.
Teringin nasik minyak nih hahahahahaha. :p

Cepat-cepat join our club.
Club Bini-bini. Hehehehe

Haritu makan kat kenduri Tun, lauk sedap-sedap. Banyak aku makan. Ada lauk ikan tilapia merah sweet sour, gulai pisang pun ado, ayam goreng rempah lagi. kari dagingnya. Sedapppp. Makan plak dalam suasana kampung,sejuk je. 

p/s : Jap lagi update lain plak. Nak rest jap. 



3 comments:

Hazlin Nazri said...

pengalaman bertunang memang seronok.. cepatcepat kawin cik Tun!

Sya Mimie said...

Selamat menjadi tunangan orng dan sntiasa bertabah menempuh hri mendatang.. :)

cik hani said...

canteknya combinasi kaler baju pengantin..
suka..

tahniahhhhh