27 October 2014

Hai Oppo !

Hai semua. Eh rajin pulak aku asyik update je kan arini. Maklomlah sibuk cuti sampai terbiar blog aku. Hihihihh. Tapi lepas ni aku aktif balik lah sebab ada gajet terbaru aku nak update bila-bila masa dan dimana jua. 

Citenyer begini. Sebelum deepavali aritu, henpon aku tetiba tak dapat mendengar. Jenuh la aku on off on off telefon tua tersebut. Tua yang aku maksudkan sebab henpon tersebut dah berusia lebih daripada dua tahun. Lepastu aku ngadu la ngan dak apple. Dak apple sengih. Nak henpon baru letew.... T_____T

Haha. 

Yelah, kalau tak aku asyik pinjam henpon laki aku je. Nak snap gambo, nak main game ke. Pinjam je dia punya. Sebab kamera ipong kan cantek. Muahaha. Pinjam, snap pastu wasap masuk tepon tua aku. Aku kan malas nak ganti henpon baru. :p

So, dari samseng, kita tukar yoppo yoppo la plak kan. 

Orang lain sibuk makan muruku, aku sibuk dengan henpon baru haha.



Ni orang kedai tu yang snap kan.
Lepastu dia upload terus dalam fan page FB diorang.
Merasa gelemer sekejap. Hihihh
Mekaseh ye orang sebelah, kerana hadiah deepavali tersebut hiksss.
Saye sukeee... 


Yang nak tergelaknya, henpon tua tu elok plak selepas aku cabut semua simcard. Okey beby S, takpe. Mommy simpan awak dalam kotak semula. Mommy tak akan jual awak. Kenangan mommy tu tauu hikss. 

Ini adalah gambo pertama aku snap guna camera oppo. Terang dan jelas.


Cantik kan kualiti gambonyer.
Lepasni makin ektip lah makcik sitipahkebabom 
hapdet setegrem,fesbuk bagai muahaha. 

Ni hasil tengok video entry delima nan merah haritu.
Nampak kan, tak berterabur pun biji delima.
Senang nak kupas, masukkan dalam bekas.
Taruk dalam lemari ais. Nak makan, amek je bekas dan ngap ngap.


Okey, lepasni kalau aku rajin, aku update tentang aku pegi ke hotspring plak. Tu esok lah ye. Arini rasa malas nak taip, malas nak edit gambo. :p









1 comment:

HanNis SaNia said...

amboi coti2 Malaysia lagi ke?? huhu kita kene keje. sabtu ahad pn kene dating siapkn kejee :(. Xaci cuti. hihi