14 October 2014

Kawan Kuih Talam


Ini aku terbaca di Facebook kawan aku tadi.
Aku pun tak melepaskan peluang untuk share di wall.

Benar, ada sahaja kawan yang begini.

Yang rasa diri itu betul sentiasa.
Orang lain semua salah.
Orang lain semua pun buruk.

Sama juga kawan yang depan kita baiknya aduhai sampai rasa tak sampai hati nak mengata orang lain. Tapi rupanya di belakang kita entah berapa kilo kita dikatanya. 

Tapi tak apa, biar kita dikata. 

Itu sebab kehidupan kita lebih menarik daripada dia.

Aku, selalu saja jumpa 'kuih talam' ni.
Pada aku baik masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Kita tidak simpan apa-apa. 

Tapi kuih talam ni tak tahu la jenis kuih talam cendol ke, talam jagung ke
 talam keladi ke, bukan dikiranya kalau mereka nak jual kuih talam tu pun.
Aduhai aku merepek dengan kuih talam, tetiba teringin plak. 

Tu lah penangan kuih talam.


Jangan kita jadi orang yang suka bermuka-muka.

Biar kita nampak buruk, hina di mata manusia.
Asalkan kita tidak hina di depan Allah swt.

Berdoa banyak-banyak. Agar kita dijauhkan dari perangai sebegini.


p/s : Aku selalu beri telinga pada yang perlukan telinga. Kadang-kadang bila beri telinga, dapat muhasabah diri. Kadang-kadang situasinya sama aja dengan yang aku pernah alami. Aku hanya dapat kata, sabarlah hati untuk diri kita. Moga Allah swt bukakan hati. Sesungguhnya kita-kita ini tidak sempurna. 







7 comments:

MizzTina said...

jgn kite pun jd kuih talam, nt kena ngap..hahaha..

eima said...

ssh nk dpt kawan yg betui2 jujur dan ikhlas berkawan ....

Nastyna said...

kuih talam pun sedap... eh pernah rasa yg versi kelantan? lembik2 dlm daun pisang, tepung boko nama dia. haaaaa nama kemain, talam betul ni.

eMMe said...

TIADA YG SEMPURNA..ANGGAPLAH MEREKA ITU PENYERI HIDUP KITA..INDAH PELBAGAI ANEKA WARNA N CORAKNYA SERTA RAGAMNYA..

SALAM KENAL, SAYA IKUT CIK PUAN EKA YEA, DO FOLO ME TOO??

Daddy Ziyyad said...

Kawan yg sama sama bersusah masa kita susah, kita panggil sahabat.

Tu sebab dipanggil ' sahabat nabi '

:)

Diana Rashid said...

susah nak jumpa..satu dalam sejuta kot yang betul2 ikhlas..tu pun kalau kita ada kawan sejuta..heheheh..kalau tak de,hati2 je la..:P

Linda said...

Terbaik ni! Thanks Eka for sharing ;)