01 October 2014

Masak - Memasak

Hai. Takde modal nak up entry harini tapi teringat pulak ada masak lauk-pauk. Ada yang minta resepi mee bandung. Jadinya upload kejap lah walaupun resepi aku buat tu campak-campak je lah ceritanya. 


Ni masak minggu bila entah. Pegi pasar nampak lala segar bukan frozen.
Cuit laki, laki paham. Angguk. Sekilo belinya, balik buat masak sambal.
Lakibini mengadap sampai licin takde sisa, berebut lagi ada hingga kulit terakhir.
Hahahaha bila tang yang last tu saje je ambik lambat-lambat.
Tanya laki, awak nak?
Laki tanya kita balik. Awak nak ke?

*diam*

Tetiba dua-dua tangan mencapai serentak. 
Sapa yang dapat? Biarlah rahasia hahahaha.

Rojak buah tu terjadi bila aku nampak banyak buah dalam lemari ais.
Kebetulan mangga muda jiran bergayut sampai aku rasa macam,
haihh menggugat betul la. Mahap ye kalu ada ibu ngandung tringin. Hehehe. 
Aku pegi petik sebab jiran aku kata, kalau nak buah, petik aja.
Aku petik, kupas dan campak dalam rojak tu.
Sedap sangat. 


Kabur jugak ye gambo ni. Nampak beno beza gambo atas.
Guna samseng i. Atas tu guna ipong pakdawud. 

Ni pulak bila musim hujan, lauk camni memang ko akan tambah nasik 3 kali.
Sambal tumis ikan bilis campo kentang + bendi masak kicap.
Aku lupa pulak beli nak tambah ulam petai dengan timun jepun.
Kalau ada la benda-benda tu, kompem aku tambah 4 kali.
Terbuntang bijik mata hoi. Hahahaha. 
Lupa jugak add on tempoyak. 
Jangannnn dibuat ya. 
5 kali tambah nanti. Kahkahkahkah.


Ni pulak mee bandung campak-campak aku.

Resepinya, aku gigih call mak aku ni hahaha.
Tu la padah. Mak masak tak nak tanya.
Dah jauh, sibuk tanya.
Mee Bandung Campak

Pertamanya. 

Cili kering blender dengan bawang putih sahaja
Kiub ayam
Air rebusan ayam
Sos cili
Sos tiram (takde)
Sos tomato (takde)
Mee kuning
Udang
Sotong(takde)
Sawi gemok
Jagung kecik
Carrot
Telor (aku letak dua bijik)
Daun bawang
Tauge
Cili merah beso
Limau kasturi

Cara-cara.

Mula-mula rebus ayam sikit, ketepikan.

Panaskan minyak, masukkan cili kering yang dikisar dengan bawang putih tu.
Dah masak cili, masukkan stok ayam tadi dengan ayam-ayamnya.
Ikut la anggaran nak kuah banyak mana.
Kacau bagi rata, masukkan kiub ayam seketui, masukkan garam ikut cukup rasa.
Pastu masukkan sos cili, sos tiram sikit.Ada sos tomato masuk gak.

Masukkan udang, sotong. 
Dah agak separuh masak,masukkan sayur mayur yang ada.
Perlahankan api, masukkan telur.Jangan kacau sangat masa ni.
Bagi telur tu elok je masak dalam tu tak pecah-pecah.

Lepastu masukkan mee. Akhir sekali masukkan tauge dan daun bawang.

Dah masak boleh angkat, taburkan dengan cili merah.
Hias juga limau kasturi bagi masam2 sikit baru umpphh.

Maka, begitulah resepinya.

Bila masak-masak ni, lagi best bila orang suka kita masak.
Dan juga bila laki/bini puji kita masak.
Lagi semangat nak masak kannnnnnnn.

p/s : Nak lunch mana ni jap lagi. Lapaq baq hangggg..






7 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

sedapnya masak-masak macam ni. Puas hati masak-masak macam ni.sedap.

Daddy Ziyyad said...

Mee bandung campak campak tu ada tak ala ala mee bandung Muar? :P

Lama gila saya tak makan lala...
Lalalalalala..:P

Syuhadah Razali said...

biasanya yang campak-campak ni lagi sedap..hihi

Nastyna said...

sesungguhnya... yang dicampak itu la yang sedap. lala tu kan.... akak duk tingat2 masak cili kering2 sikit campur ngan kacang botor. huhuhu meletops.. kecur liur.

safurara said...

kenapa LALA tu mcm sedap sgt ghopenyaaa?

mrs.aziz ummi aariz said...

masa mula2 akak tgk mee bandung eka ni akak ingat mee hailam...terus terliur kt mee hailam...tp sampai ke sudah tk wat2 lg ni....

Sya Mimie said...

Sedapnya lala.. Lma dh x mkn.