08 October 2014

Ole-ole Bandung #Kartikasari

Hai semua. Sempat lah lagi update sepatah dua kata ni sebelum pukul 5. Harini makcik terasa penat pulak. Rasa ngantuk nak tido je. Muahaha. Boss takdek pagi tadi memang gitulah peelnya yer. Ngantuk secara tetiba. Hehehhh.

Tapi dah petang ni teringat plak ole-ole dari Bandung yang maksu aku bawak masa hari raya haji haritu.

Ole-ole dari kedai Kartika Sari tu. Maksu beli banyak gak pisang salai yang popular kat Bandung tu, lepastu ada Bagelen toast. Dua-dua sedap. Lepastu maksu bagi sekotak gift untuk nenek aku. Tapi nenek aku bagila kami semua rasa. Sebab aku yang nak rasa sebenarnya hahaha. Aku paling suka Kartika Almond Cookies tu. Penah rasa ex boss aku baru balik Bandung, belikan kitorang almond cookies tu.


Sekotak gift tu ada 3 jenis cookies.



Ni paling aku suka.


Rangup. Dia puff pastry.Atasnya ada butter kot, almond dengan sugar.
Dibakar. Sedap. Kalau makan, kompem berterabur.


Bagelen pun sedap, Ni Bagelen Cheese.
Ala rasanya macam roti bakar yang ada butter dengan gula tu.
Tapi bezanya yang ni takde gula berterabur lah


Sedap. rangup-rangup jugak.
Cicah teh o sedap ni.


Yang ni macam cream puff yang rangup.
Tapi inti takdak. Rasa masin-masin.
Sebab ada cheese tu. Tapi i tak suka pulakk.


Ni je lambat abisnya hehehehe.


Tapi aku kirim ini sebenarnya kat maksu.
Kerepek Pisang Salai. Sedap.

Yang kecik-kecik tu Bagelen Original takde cheese.



p/s: Korang, penah makan bende2 ni? Korang suka yang mana? Kot ada lagi pi Bandung, aku nak kirim Almond Cookies tu tauuuuuuuu hehehe


8 comments:

Mek Onie said...

bagelen cheese tu tip top!!!!!

Hana Dalya said...

kerepek pisang salai lah sedaappp

Cik Fafa said...

tak pernah makan pun semua tu sebab belum pernah ke bandung. hehe

Diana Rashid said...

kerepek pisang salai tu pernah makan tapi bukan dari kartika sari..dulu masa jadi minah kilang ramai la kawan2 dari sana yang bila balik je bawak kat kita macam2 nak bagi rasa..seronok pulak bila di kenang2..heheh

Sya Mimie said...

Asslmkm eka.. Dlm bnyk2 tu suka dgn kerepek pisang salai tu.. Sedapnya...

HanNis SaNia said...

wow sedapnye. Banyak btol makanan. Macam penah dengar jgk brand ni.

Nory Zoulkefle said...

ooo gini rupa pisang salai...sebelum ni pernah dengar orang dok bercerita je..hehee

~MaMa RX SToRYMoRY~ said...

Pre order bagelen @brownies kartika sari @brownies amanda
Whatsapp ina 0192633431