16 October 2014

Pantang Larang Si Darah Manis

Assalamualaikum dan selamat tengahari. Ni kat opis aku ni ada tv terpasang, tetiba mata aku tertancap kat Wanita Hari Ini di tv3 topiknya Pantang Larang Si Darah Manis.

Darah manis ni orang tua selalu sebut bakal pengantinlah. Terutamanya orang yang sedang bertunang. 

Aku pun penah berdarah manis. Punya banyak pantang larang, orang tua bagi masa aku bertunang dulu. Orang kata dugaan datang. Macam-macam bentuk. Tapi itu aku tak boleh nafikan lah. Memang betul. Hahahaha. 

Tak kisahlah apa pun dugaannya. Tapi memang ada benarnya orang tua-tua kata, berdarah manis jangan lama-lama. 

Aku paling tak suka masa darah manis tu. Tapi orang cakap, itulah pengalaman yang akan mendewasakan kita. Bergaduh dengan bakal laki yakni laki aku lah skang. Berhari-hari pun ada. Haha. Tak tegur wei. Entah apa dalam pikiran masa tu. Selfish, egois, gile, mereng, sewel semua ada. Tapi kekadang rasa sweet plak time berbaik-baik. Anta2 bunge la. Belikan cekelat lah. Hahahaha. Apekehal.

Gelihati kalau ingat.Time-time macamtu lah engko ke, bakal laki engko ke kena menguratlah, menguratlah. Haih macam-macam halnya.

Takut tak orang mengurat tunang kita?

Atau tunang kita termengurat orang lain?

Atau kita tersyok dekat orang lain.

Atau orang lain tersyok dekat kita?

Takut lah kan ye dak. Walaupun bukan hak mutlak lagi tapi bergetar tulang rusuk okey hahahaha.

Bukan tu aje sebenarnya. Tapi keselamatan kita juga perlu dijaga.

Masa 2 bulan sebelum bertunang, kira tengah buat persiapan, laki aku kena samun bersenjata. PSP + Handphone + sejumlah wang habis kena rembat. Nasib baik dua orang penjenayah bodoh tu tak cucuk pinggang laki aku dengan pisau rambo. Dan nasib baik jugak diorang campak semula dompet lepas amik barang. T_____T

Macam aku plak, 4 bulan sebelum nikah, aku jatuh motor. Teruk jugak la luka-luka bagai. Dah la tengah raya ke 4. Nasib baik parut cepat hilang. Beria aku jaga makan + tempek mederma bagai.

Bila dah kawen ni, aku ngan laki aku selalu mengimbau kenangan lama walaupun laki aku cakap, toksah ingat benda lama. Buang masa, Tapi aku ngan dia suka ngusik-ngusik haha. Bila teringat tu, kitorang boleh tergelak-gelak. Kenangan kan.

Sape je yang tak penah buat silap kan. Aku ada ego aku. Dia pun ada ego dia. 
Aku ada salah aku, dia pun ada salah dia. Tapi enggak pape kok. Semuanya sudah dimaafin. Mintak maaf selalu, hati akan tenang.

Dalam pada melewati darah manis. Banyak yang kita perlu jaga. Pergaulan semuanya ada batas.

Satu pesanan ahkak sitipahbedah ni, bertunang jangan lelama. Letih dik, baik menikah terus. Kahwin lagi indah dik. Hihihihi.

Apa-apapun, kita kena yakin dengan jodoh kita dik. Istikharah kalau nak buat pilihan. InshaAllah kalau dah jodoh, dengan siapa pun kita berkawan, walau seberat mana dugaan Allah swt bagi. Kalau itu yang ditetapkan di Loh Mahfuz, maka itulah jodoh kita dik. Yang penting kena kuat.

Alhamdulillah. Allah swt sentiasa bersama kita.

Okey tu aje untuk ari ini. Hehe.

p/s : Harini gomen gaji awal, GLC pun kebanyakan gaji awal. Aku tak suka sikitlah gaji awal sebab nak nyampai ke bulan berikutnya tu, haih lama betul. Tak dapeklah aku nak shopping online bulan ni. Haih hahaha. Tapi lunch ni nasib baik aku tak teringin bende-bende sikeretresepi,pijjahut, rajasushi ke,chilicabai,tgijumaat ke apa. Aku nak nasik lauk ikan keli sambal, ulam sambal belacan jewwwwwwwww. hahahahaha

Oh lupa, jap, sebab entry manis. Nah dessert harini.


Kawan aku juai. Kenyang aku makan sepotong ni.
Haritu pegi Ikea, takde plak kek daim ni.
yang ada almond cake je. Pon sedap.










8 comments:

MizzTina said...

dik sitipahbedah, ahkak mulut halilintar ni xnunang pun, terus kawen.. haaa, senang.. tp dlm proses menunggu hari bahgiaaa tu, xde lak gegado.. makin suwit ada la.. arghh, terasa comel sgt wktu tu.. wakakaka..

oleh kerana hri ni gji gomen, kena bebaik dgn husband..meleset² sikit mohon dia mengerti wifenya nak shopping.. LOL

Cik Puan Eka said...

Hahahaha kebahagiaan, kecomelan itu ado kak tapi kepahitan dan kecelakaan tetap mendatang hahahaha.

tapi ditepis tepis ibarat mengibas rambut. Cer kibas skang hahahaha.

Hakhak laki i pun gajik sama arini. Tapi udah kene warning ye. Yu jangan asyik shopping online je ye. Baju yu satu lemari ada. Hahahahahaha

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Perkongsian yang berguna. Banyak nak kena jaga ni kan.

HanNis SaNia said...

Hihi amboi x apa kita da lpas musim darah manis. Cuma bab tempoh ms darah manis banyak dugaan tu tepat. Siap bergaduh smpai ckp xmo kawin pn ada. hahaha tp perempuan kn mulut jek la ckp. Tapi hati lain

eima said...

hmm betui tu ... tunang kejap2 dah la ... hantaran tok sah mahal sgt ... cepat sikit duit terkumpul trs leh kawen ..lg beesttt

Fatihah Fazlin said...

Nik pon tak suka gaji awal ni akak sitipahbedah... ehhehhe.. habisnya copek...

Diana Rashid said...

betul..bertunang kalau lama2 nanti orang pandang pun tak elok..lagi2 kita ni perempuan..kan??

Sya Mimie said...

Msa bertunang dulu teruji bila suami kna bertugas kt lubnan yng brgolak tu.. Syukur dia blik dgn selamat..