13 October 2014

Picnic di Blue Lagoon Port Dickson

Hai semua. Kembali bersiaran harini. Pagi ni sejuk benau rasa. Semalam hujan lebat amat. Alhamdulillah malam tadi selamat sampai rumah dah. Pagi tadi baru terkocoh2 kemas rumah sikit. Nasib baik baju kitorang dah gosok stok seminggu hehe.

Minggu baru ni aku balik rumah mak mertua. Kebetulan ramai pulak yang balik jugak. Dah kumpul ramai-ramai, malam tu ayah mertua cakap, esok mandi laut nak takkkk?

Cucu-cucu yang ada kat rumah ape lagi. Terus cakap nakkkkkkkkkk tokman !!. Nakkkk!! hehe. Dak apple tanya aku, haruslah aku nak mandi laut haha. Lama kot tak mandi laut. Walaupun sunburn kat Melaka Wonderland tak habis lagi, aku nak gak mandi laut. Haha. Lagipun kami nak pegi laut waktu pagi, sejuk sikit kan. 

Malam tu semangat pak mertua aku pegi supermarket cari roti, sardin, nugget,dan macam-macam lagi untuk persiapan pergi piknik esoknya. Mak mertua plak cakap nak masak nasik lemak. Kak ipar plak nak buat bihun goreng. Biras aku plak nak buat pau, sambal sotong makan ngan nasik lomak eh. Wahh cam best je ni hehehe. 

Esok subuh-subuh dah bangun. Aku tolong prepare sandwich sardin. Buat teh O sekali sebab omak mertua nak bawak air panas gak walaupun kami ada bawak macam2 air. Air oren, air gas, air kotak bagai. 

Pagi pukul 8 lebih kami gerak. Tak jauh pun. dalam 30 minit. 
Layan gambo lah ye. Hehe


Pepagi sebelum gerak, selfie dulu dengan baby syina & Raziq


Kitorang jadi orang pertama sampai.
Apa lagi, snap snap kejap.
Amboi lakiku, bagi muka tepi sipi-sipi aje yerrr..
Kedomok plakkk aku haha.

Tempat pilihan, Pantai Blue Lagoon, Potdetsen.
Aku tak pernah pegi Blue Lagoon ni. First time.
Memang cantik kat sini. Air pun cantik.
Takdelah teruk cam Teluk Kemang tu.
AIr hijau-hijau, jernih jer.

Kami sampai tu air tengah pasang. 


Cantik kan. Tenang jer.


Haaa yang sebelah ni la tempat kitorang piknik. 
Ada macam dataran kat sini. Baru buat rasanya.
Sebab dak apple cakap masa dia study kat PD tu, takde lagi bende ni.


Ni starter menu. Sebelum mandi berendam kita breakfast dulu. 
Hehehe


Snap-snap hehehehe. 


Ada bihun jugak. Sedap plak la makan bihun tepi pantai.
Lama betul rasa tak pegi berkelah camni.


Sebahagian anak-anak buah belah dak apple.
Dulu kecik je lagi, dulu Raziq pun takde lagi.
Sekarang semua dah besar-besar.


Baju purple anak buah dak apple yang sulung,kakak.
Mula-mula kenal dak apple, dia baru darjah 1. 
Alahai kecik memalu lagi budaknya.
Sekarang dah besar dah Form 1 dah kakak.
Cepat betul masa berlalu. 
Dah nak sama tinggi ngan maksu eka dah hehe.


Snap dulu sebelum berendam hehehe


Maksu pon nak join sekeping hahaha. 


Jom serbu paksu. Paksu jadi jaga kite mandi.
 Maksu pun sama naik. 
Berendam tak hengat. Air pun syok je mandi.
Kebetulan pagi tu takde matahari. Sejuk je berendam.
Kami berendam lama gak. Lepastu naik makan lagi,
lepastu turun lagi, naik semula makan, pastu turun lagi sampailah air surut. 
Muahaha. Tapi masa air surut, kami berjalan jauh ke depan. 
Seronok plak . Air takat pinggang je pun. Tadi punya dalam. 


Alaaaa air dah surut. Air cepat betul surutnya. Budak-budak suka la.
Main pasir. berendam-rendam bagai. 
Tapi memang aku malas nak masuk main air lagi.
Sebab cuaca pun dah panas masa ni.

Tapi sempat gak amik gambar kat dalam laut muahaha.


opssss hehehehehe.
Bukan selalu dapat posing gini.
Laju je anak buah tangkapkan gambo pashu mashu.
Hihi.


Makin surut. Petang kang baru air naik semula. 
Kitorang pun berkemas-kemas nak balik.


Sebelum balik, aku pekena aiskrim roti.
Sedapnyaaa makan panas-panas. Nyummyyyyy

Okey tu je cuti hujung minggu kami.
Best dapat pegi piknik. 
Dapat mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.
Nanti nak pegi melawat biras baru bersalin pulak.
Tak dapat tengok lagi Baby Hannah.

Nanti maksu paksu datang ya Hannah.

p/s : Korang selalu pegi piknik tak?





11 comments:

MizzTina said...

akak dh lama giler x g piknik..wuwuwu

mrs.aziz ummi aariz said...

eka blue lagoon ni kt belah mn eh...sbb PD ni byk pantai dia yg dh tercemar...susah nk cari air pantai yg cantik...akak sebenarnya plan nk ke pd bulan ni...tp terpaksa cancel sbb keadaan diri tk mengizinkan...tp tgk pantai blue lagoon ni mcm best je...dia ada tempat salin baju and toilet tk...hehe akak kalo gi mandi pantai benda tu yg wajib kena ada...kalo tkde tempat salin baju malas nk mandi....

Cik Puan Eka said...

kak tina. cpt bawak bebi g piknik hehehe

Cik Puan Eka said...

kak taibah. haaa ni cntik akak tau tak permaisuri resort PD? Dia depan lagi dari teluk kemang. Depan poli pd skit. Nmpak kem askar, permaisuri resort, masuk simpang tu. Terus je kebelakang. Dia dekat ngan ilham resort.

HanNis SaNia said...

bestnyeee... bestnyeee... teringin nak picnic mcni lagi. Dah lama tak buat aktiviti cenggini . hihih

Cik Puan Eka said...

hannis nanti boleh ajak shuben pegi picnik plak tau hehehehe

Diana Rashid said...

cantiknya pemandangan..makan ramai2 kat tempat cantik pulak tu...memang best la...

Nory Zoulkefle said...

syokkk kan berkelah tepi laut...kena plak nasi lemak dengan teh o panass...perghhh...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Wah lama giler x picnic tepi beach gini....rindu nk mkn eskrem roti tu😭

Daddy Ziyyad said...

Yup, kalau nak picnic kat PD, better gi Blue Lagoon...airnya lebih bersih, lebih tenang kat situ...dan takde budak2 bengong bawak jetski/ banana boat laju2 ! ( kan dah jadi kes pengunjung mati kena langgar bot)

Sya Mimie said...

Dh lma x jengah laut..