03 October 2014

Resepi Donut Gerenti Jadi

Hai semua. Petang semalam aku rajin la sangat mendonut. On the way balik rumah, siap-siap beli mauripan. Balik rumah terus aku buat sebab karang nak kena simpan adunan doh tu selama lebih kurang sejam.

Resepinya sangat mudah. Tak payah susah payah nak uli uli bagai. Hanya gunakan senduk kayu ke senduk plastik. Mudah sangat korang. Hehehe. Bahanya pun ada 7 je.

Resepinya :

Bahan A
1 paket mauripan 
3 sudu gula pasir
3 sudu susu pekat manis
1 cawan air suam

Bahan B
2 sudu butter
1 biji telur

Bahan C
3 cawan tepung gandum

(Cawan yang digunakan adalah sama saiz untuk sukat air suam dan tepung gandum)

Pertamanya 

Korang ambil Bahan A. Secawan air suam. Masukkan dalam bekas. Air jangan panas sangat tau, suam je. Masukkan gula, susu pekat manis. Kacau bagi sebati. Lepastu masukkan mauripan tu sepeket. Kacau-kacau. Biarkan selama 10 minit. Nanti dia akan berbuih.

Sementara itu, ambil bahan B. Panaskan dua sudu butter dalam periuk. Api perlahan je. Kang hangus butter tu. Sejukkan kejap. Bila dah sejuk letakkan dalam satu bekas lain. Pecahkan telur sebiji kat dalam butter cair tu. Kacau-kacau bagi sebati. 

Kemudian, korang amik bahan A tadi, campuran mauripan tadi. Masukkan terus ke dalam campuran butter cair dan telur tadi. Kacau bagi sebati.

Akhir sekali, masukkan campuran A + B tadi, ke dalam tepung gandum secara perlahan-lahan sambil dikacau menggunakan senduk kayu. Aku guna senduk pelestik je ye. Kemudian, biarkan adunan selama 45 minit. 

Bila dah biar, adunan akan naik tau. Adunan dia macam lembik sikit tapi boleh je bentuk. Semalam aku malas nak bentukkan donut. Jadi aku buat bulat-bulat je. Donut ball.

Kemudian, goreng dengan api perlahan. 

Siap dah hehehe. Gaulkan dengan gula. Aku tak suka gaul dengan gula castor. Aku blender gula biasa. Baru gaulkan dengan donut ni.



Gebu je korang. Dalam dia elok je masak.
Aku kalau buat donut, guna resepi ni je senang. 

Banyak gak aku dapat. Dekat 30 biji. Laki cakap amboi banyaknya. Hehehe. Aku niat nak bagi jiran aku.Sebab kelmarin dia bagi aku cekodok ikan bilis. Nak berbalas pinggan la cerita dia hehehehe. 


Ni untuk jiran aku. Kak Azra


Ni lebih aku dah ngap banyak gak hahaha baru teringat nak snap.


Tetiba teringin nak yang donut sambal.

Ni pun mudah je nak menyambalnya.

hanya blender cili kering rebus + bawang putih seulas.
Tumis bagi garing. Masukkan gula lebih sikit dan garam sikit.
Lepastu campakkan donut tu kedalam cili tu. Siap. Sedap uolsss.

p/s : Okey tu je resepinya. Selamat mencuba. Hehehe







9 comments:

NadKaz said...

puasa puasa ni, sedap pule menengoknye... terliur dah.. haha

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Ni fav my boys
Mkn mkn muak katanyer hikhik
Oishii sou

BudakVanilla said...

waaa. .faveret saya nie.. hehehe.. kalau letak kacang2 hancur lagi nikmat rasanya. .hehee

Ezy Loy said...

comel je donut..
nt blh try buat jgk..
tq bg resepi..
=)

Diana Rashid said...

sama macam akak la..suka buat donut sebab anak2 memang ini je kuih yang diaorang tak jemu makan..tapi akak buat tak bubuh butter dan telur.akak guna mauripan,garam,susu pekat dan minyak masak je untuk uli dia..kalau gula tu pun sama,akak pakai gula biasa dan kisar sampai halus sebab gula biasa lebih manis..kan??

ZieMarziah said...

nak makan...tp pemalasnya nak buat huhu

Nastyna said...

eh this kind i loike, bookmarked. eh tapi pesen sambal tu tak pernah lak I makan, lagi.... donut ni boleh tak masuk oven instead of goreng? akak malas main minyak la huhuhu.

Sya Mimie said...

Suka mkan donut. Tp x pnh buat sendiri..hihi

Nory Zoulkefle said...

nak try lah buat donat ball tu...macamm cedapp je macam senang je...tapiii macam malas je...adoii..hehe