20 October 2014

Resepi Jeruk Mangga Simple Giler

Hai semua, selamat pagi. Pepagi buta aku gigih update pasal jeruk mangga ni kan. Hehe. Ni orang tak mengandung pun boleh terkecur air liur silap tak menitis je saliva engkorang tu. Bergenang dalam molot je kan. Kehkehkeh.

Okey, depan rumah mak mertua aku ada pokok mangga epal. Rasanya pokok tu tak pernah berhenti berbuah. Subur sesangat. Aku rasa dah berkilo aku makan sama ada yang masak, yang muda mahupun yang kigho-kigho. Kigho-kigho tu bahasa orang Perak. Maknanya separa masak lah. Masak ranum camtu. Yang warna isinya kuning-kuning sikit. 

Ni lah rupa buah mangga epal depan umah mak mertuo den tu.


Bergayut-gayut buahnya minta diambil.Ni aku snap minggu lepas. Belum lah matang lagi buahnya.Kebetulan sabtu baru-baru ni aku balik sana lagi,buahnya dah cukup matang aku rasa.Sampai je terus aku petik masuk dalam plastik.Nampak sangat kan kegigihan aku nak buat bende alah ni.Hahaha cepat terpengaruh betul dengan resepi yang selalu menjadi viral di facebook contohnya seperti zaman cheesekut, potato fritters.Ahaks.

Semalam sampai je rumah, aku terus kupas buah mangga ni. Wahh cantik buahnya. Memang kigho-kigho. Laki aku tegur. 'Ha tu buat jeruk la tu. Tu jangan taruk banyak sangat bahannya. Tak elok masam-masam. Awak tu ada gesterikk. '

Tengok pesanan penaja tu. Aku pun taruk jela asal ada rasa kan. Bahan-bahan mudah gile dan sungguh senang didapati di kedai. Haha. 

Bahan-bahannya adalah seperti berikut :-


Beberapa biji buah mangga ikut suka hati korang.
Nak buat mangga jenis apa pun ikut korang. 
Hiris ikut suka korang nak bentuk apa.
Kemudian tos kan sampai kering.


Asam boi. Tapi aku guna sikit je pun.
Tak sampai sepeket. Ikut banyak mana buah mangga korang.
Ada orang rajin, dia hiris isi asam boi ni.
Tapi aku tengok ada yang rileks je letak seketui-seketui.
Jadi aku campakkan je seketul-seketul.
Senang cite kan. 


Cabai burung kecut. Abaikan kekecutan cili tu ye.
Sebab itu je yang ada kat rumah. Hahaha. 
Aku guna sikit je sebab tak nak pedas sangat. 
Cili ni potong kecil-kecil.


Gula, lebihkan sedikit. Kemudian jangan lupa garam sekali yer.
Garam tu taruk sikit je bagi ada rasa masin.

Caranya, korang hiris mangga, cili tu.
Kemudian gaulkan aje dengan cili, gula, garam dan asam boi.
Kalau suka, masukkan sikit serbuk asam boi sebab aku taruk sikit semalam.
Kemudian taruk dalam bekas, simpan dalam peti ais selama 4 jam.
Tapi aku takdela tunggu 4 jam, harini baru aku makan.
Ape rasa pun tak tahu tapi harapan aku semoga sedaplah kan. Haha.


Tadaaaa. Dah siap. Saje je aku zoom sikit bagi nampak 
segala bahan di dalam. Terliur tak rasanya korang tengok ni?
Hihihi mintak mahap ye.

Kalau korang teringin, buat tau.
Karang cer cari mangga muda dan asam boi ni.


p/s: Semangat sikit keje arini, sebab lusa dah cuti. Aku sambung lagi cuti sampai ari Khamis. Tapi kot terlajak sampai Jumaat tu tak tahulah kan. Hahahahaha. 

Sekian, selamat membaca.







16 comments:

MizzTina said...

eka..mangga tu ada lg x? nk boley? sobs..sobs..

Cik Puan Eka said...

hehehe mangga kat pokok ke? Dah berkurang dah mangganya. Sebab menantu mak yang ni suka mangga. Asyik petik buah mangga je kejenye hahaha

Cik Puan Fadli said...

menci!!!menci!!!!!...teruih lari nyusup blakang pintu..

Ezy Loy said...

ni nk seksa kite ni..
terliur tgk..
hihi
nt nk buat jgk..

Nastyna said...

pesen baru jeruk ni (lap liur)... kami duk ada asam boi hari tu beli tapi semua orang tak suka (lap liur lagi) tapi mangga kat sini semua jensi yang masak ranum.. tak best dijeruk. (lap peluh)

Diana Rashid said...

hari ni ramai sungguh yang update pasal jeruk nih..cemburu rasa..hehehe

mia kaftiya said...

Slllrrrpppp... *bunyi menahan ayo lior supaya jgn meleleh* ekeke

Cik Puan Eka said...

Puan Pedeli. Alohlohloh nyusup2 plak. Jangan begitu. Mari2 come to me. hahahaha.

Cik Puan Eka said...

ezy hehehe cpt buat. Senang kan. Ramai yg meniaga dah asam ni sebekas rm 5. 00 hehehe

Cik Puan Eka said...

Kak nas siannye akak banyak peluh. Meh saye tolong lap kan. Ekceli mangga yg dah masak skit tu pon boleh buat tu kak. cer try hikhik

Cik Puan Eka said...

Kak Diana. Meh try kak. ke akak tak boleh makan asam2 hehehe

Cik Puan Eka said...

mia hihihihihihihi meh kite bagi tisu mehhh

Azhafizah Md Nor said...

dah terliur pepagi eka oiii..gigih jugak nak pergi cari mangga

Liyana said...

terliorr!

Amanda Suria said...

silap tgok tengah2 malam...sabar jer la..terliur dah ha...

Sya Mimie said...

Wlpn dpn umh ni buah mngga dok ada, knpa la tekak ni relax je.. Hihi