16 October 2014

Zara Badmood

Hai, selamat petang. Kekenyangan pulak ghase makan macam-macam ni. Dah makan nasik, ade hati makan roti calit peanut butter. Melampo. 

Heheh.

Dah lama tak update gambar Zara kan. Zara dah besar. Dah 8 bulan lebih dah anak buah aku ni. Kejap je masa berlalu. Nanti maklong bagi Zara kawan yerr hahaha.


Kamu nak kemana Zara?
Muka serius sangat dah kenapa? haha


Ni sehari sebelum raya haji.
Aku ngan dak apple beli barang dapur,
Ibu Zara suruh bawak Zara sekali sebab ibu nak kemas rumah.
Jenuh ye aku gilir2 menggendong dia yang semakin hantap tu. 
Mengah makcik sitipahbedah fuh.
Bergilir dengan laki aku dokong dia. 
Sampai supermarket,kami letak dia dalam troli. 
Nasib dia okey dalam tu.
Orang mesti ingat dia anak kami. Hihi


Ni pepagi raya ibunya ketuk bilik aku.
Letak Zara kejap dalam bilik aku, tumpang katanya.
Ibu nak bersiap. 
Aku tengah mekap pulak masa tu.
Ape lagi. Mengombah barang mekap aku. Dibaling-balingnya botol.
Nasib baik botol perpium aku tak dicampaknya.
Kalau tak menanges Maklong ko Zara hahaha. 



Tengok, muka dia masam mencuka sebab aku ngan Ibunya taruk tu.
Rambut pelesu kerinting tu. Dia punya mengaruk la.
Dia nanges jerit-jerit tarik rambut tu hahaha.
Tak suka betul dia. Sepit rambut comel okey pulak.
Rimas agaknya. Sorry sayangggg. :p


Otw balik kampung, Zara naik ngan aku lah hehe.
Tengok mukanya badmood sampai la dah sampai kampong.
Nasib baik lah sepupu-sepupu aku, iaitu pakcik2 Zara lah kiranya,
pegang dia, main ngan dia, agah dia.
Baru dia senyum semula. Hehehe.

Ngade beno. Tu nyet dia tu tak leh tinggal.
Melekap je kat leher dia tu tak lepas-lepas.
Tu dia tak rimas pulak.

p/s : Alahai baru pukul 4 lebih ke. Ape lama sangat rasa ni. Nak tidoq nak tidoq hiksss




3 comments:

EZAN IDMA said...

comelnye zara!

MizzTina said...

mahalnya nk senyum..mcm danish..

Sya Mimie said...

Muncung je dia, siap ada nyet tu.. Comel je..