17 November 2014

Awak, awak letak kat mana? Kat mana?


Pegang saya.

Saya suka.

Saya selesa.

Kamu juga suka.

Pimpin saya. Andai saya tergelincir.

Kamu selalu ada, untuk saya.

Dulu, banyak yang kita angankan.

Sekarang, banyak juga angan-angan yang jadi kenyataan dan hampir jadi kenyataan.

Sekali-sekala, teringat.

Manis.

Walaupun ada pahit.

Cinta memang tidak boleh dihitung. Kalau boleh dihitung, rasanya tak cukup-cukup masa untuk dihitung.

Cukuplah sahaja kita saja tahu.

Peduli orang kata. Pakai baju banyak kali tak apa, asal pakai selesa.
Berkilau tak bermakna, kalau hati tak ada.
(sesuka hati aku aje ye ganti lirik seratoslimaplohjuta haha) 



Kita sama-sama mengorak langkah. Untuk menjadi yang lebih baik. Diam tak diam, hampir setahun kita hidup bersama-sama. Banyak yang kita belajar. Banyak juga yang kita kenal mengenali walaupun kita kenal agak lama sebelum kita kahwin. Dah duduk sebumbung baru lah kita kenal kan.

Sebab tu selalu berlaku. 

' Yang, setoking abang kaler hitam kat mana yeee? ' 

Gitu. 

Okey tu je motifnya. 

Sekian. Hahahahahahahaha :p

p/s : Terupdate sebab terbaca kat blog Doc Faiz tadi. Budak besar. Hahaha







6 comments:

idzwa kamaruddin said...

kikikikii...

Daddy Ziyyad said...

hahahahaha..

Belailah & jagalah " budak besar" awak

Irfa said...

yg paling tak tahan, bila cari baju tak jumpa. dia tanya 'baju hitam abang jenama ...... (rahsia) tu kat mana ye?'

alahai......... takkan daku nak hapal semua jenama baju . cukuplah warna je

Cik Puan Eka said...

kak idzwa, kikikiki comel gelak

Cik Puan Eka said...

hahahaha kan doc. Memang kena belai selalu budak besar ni. Tu pasal suka melekap aje. hahaha

Cik Puan Eka said...

kak irfa hahahaha jenuh la kite nak hafal baju kaler ape, jenama apa bagai semua tu kan