14 November 2014

Brown Butter Banana with Milk

Hai, salam jumaat. Amboi tajuk entry tak menahan omputeh pulak kan. Hehehe. Harini pisang lagi haha. Bertabahlah kome membaca blog aku yang asyik cerita pisang aje ni. Dah kegemaran kan hehehe. Pisang kan bagus. Pisang mengandungi kandungan pottasium yang tinggi. Serta dapat mengatasi constipation. Hehehe.

Semalam aku baca blog kak Kathyjem dalam entry INI . Dia buat dessert guna 3 bahan je. Heronya adalah pisang. Nampak simple Tapi bila aku tengok macam sedap. Yess macam sedap walaupun guna 3 bahan je. 

Teringat pulak dalam peti ais ada lebihan pisang nangka dalam 4 biji. Sebelum ni aku dah goreng pisang nangka tu cicah dengan sambal kicap. Jadinya bolehla aku buat dessert ni.

Nama dessertnyer tak ada. Tapi aku saje bagi nama brown butter banana with milk atau pisang goreng bersusu lah hehehe. 


Ni lah rupa parasnya.
Sedapnya makan panas-panas tu. 

Cuma aku ada derhaka sikit dekat resepi ni. Hehe.

Caranya mudah gile. 

Bahan-bahan :

3 sudu butter
1 sudu gula
Pisang (aku guna pisang nangka)
Susu Segar

Cara-cara :

Panaskan kuali, masukkan butter. 
Dah cair butter masukkan gula. 
Masukkan pulak pisang. Goreng bagi garing.
Dah siap garing, taruk dalam mangkuk, kemudian curahkan susu segar.

Siap dinikmati panas-panas.

Aku suka rasa masam manis pisang,
pisang tu pulak rasa rangup gula sebab gula dah caramelized.
Pastu ada plak kuahnya susu segar tu. 


Senang kan. cer try buat petang-petang ke malam-malam. Hujan-hujan ni lagilah sedapnyer. Hehe. Jap lagi aku up lagi entry makan2. Tu jelah modal aku nak taip entry pon. Hahaha.







15 comments:

HanNis SaNia said...

Amboi resipi Eka sendiri ke?? menarik nye.. hihi boleh cuba nanti. :)

mrs.aziz ummi aariz said...

tp akak dh ada gdm ni dh tk boleh mkn pisang sbb pisang gula tinggi gak doc ckp...huhu dh la dlm kepala otak ni dok terbayang cekodok pisang,pengat pisang....

Cik Puan Eka said...

hannis, bukan. Tu rsepi kak Kathy Jem hehehe. Try la nanti sedap tauu

Cik Puan Eka said...

kak thaibah a ah. gula tinggi gak. So, makan pun eka sekali sekala hehe.

Jnji dah buat cekodok, dah goreng. Hehehehe

MizzTina said...

akak xsuke susu..huhuhu.. buat pengat pisang je la..

eima said...

kot2 aKU rasa lapo ..ade pisang boleh try ..mudah sgt tu

Nissa Irna said...

macam sedap

tapi ada susu .. tak suka susu

tapi saya suka pisang

hahaha dilema pisang namanya nih ~~

idzwa kamaruddin said...

telan air lio tgk!

kehidupan sihat said...

sedap ye.. :)

Ezy Loy said...

telan airliur tgk gmbr..
nt nk try jgk kalo ade kelapangan..
=)

EzanIdris said...

kite tak suka susu. ganti dengan lain boleh. coklat ke hehe

Nastyna said...

eh rasanya nama dia caramelized banana la kot.. hahahaha pepandai lak I ni. I suka pisang yang hanya dimasak... makan mentah gitu tak lalu hihihi.

Hana Niey said...

Wah!! senang je buat.. Terliur amat..

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Adoiii kenapa nmpk sedap sgt nie eka..terliur akak tgk..huhuhu

QasehnyaRania said...

nengok je la.ciksu msih bpntg makan pisang :)
mesti sedap kan makan time hujan dh la skrg kl musim hujan waktu ptg.
thanks eka berkongsi