05 November 2014

Buah Teratai @ Lotus Seed

Hai semua. tak sedar je kan dah hari Rabu. Kejap je masa berlalu. Semalam balik keje, aku singgah pasar malam kejap. Cari barang dapur. Aku suka singgah pasar Selasa kat sini. Banyak barangan kampung dijual dan harga semua murah-murah.

Semalam jugak aku dekat gerai buah, beli anggur + mangga, tiba-tiba ternampak seorang uncle sebelah aku pilih mangga sambil menjinjit satu beg plastik buah teratai @ Lotus seed. Aku teringat yang adik aku, dari mengandung sampailah si Zara tu dah 9 bulan lebih, tak dapat-dapat lagi rasa buah teratai. Hihihi mengalahkan orang mengandung mengidamnya. Maka, aku pun ringan mulut tanya kat uncle tu beli kat mana. Hihi. Uncle tu tunjuk kat mana dia beli. Aku pun apa lagi, pegilah ke gerai tu.

Sampai je, aku tengok ada makcik tu borong 3 ikat. Tinggal dua ikat je. Aku amik la seikat. Ada 5 kuntum dalam pelbagai saiz. Bila aku tanya harga, makcik tu cakap RM 1.00 seikat. Waaaaa murahnya sampai 5 kuntum tu harga sehengget jer. 

Ni dia buah teratainya.


Dalam satu buah tu ada banyak bijinya.
Rajinla sikit ye kopek seketul-seketul.


Ni gambar google, bijinya begini. 
Sarang dia tu jangan makan plak.
Makan yang biji dia je.


Ini isi dalamnya,warna putih bersih.
Rasanya lemak-lemak dan tak manis sangat.
Tapi kalau korang makan, jangan kunyah sebiji-sebiji.Pahit.
Buang dulu yang secoet warna hijau di tengah2 tu sebab yang tu pahit.

Sedap tau, Ralit kalau makan benda ni.

p/s : Korang penah makan buah teratai ni? Sedap kan? Hehehehe




8 comments:

MizzTina said...

xpernah makan..sedap ye.. uiiii

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

Assalam eka,
jangankan kata penah makan
nengok pun tak pernah he3

JunAina said...

Akak tak pernah makan buah teratai dulu2 kat kampung senang cari teratai sekarang mana2 sungai pun terang bederang.

eima said...

tak penah plak mkn .. mkn gitu je ke ... tak perlu masak ke ?/

Diana Rashid said...

tak pernah makan..kat pasar pagi vbanyak jual tapi tak tahu makan jadi tak beli la...

Cik Puan Fadli said...

biji teratai nie la yg org suka dok superimpose buat ulat tuuu...eeeeuu!!!...sedap ekkk..x penah tgk pon...

cik_stranger said...

Pasar mlm mane ye..mmg tgh cari...

MiszNurul Suzumya said...

Pnh mkn yg dah dimsak.kt vietnam je ada jual.sries sgt sedap