12 November 2014

Cekodok Pisang

Hai, selamat pagi. harini nak cerita mengenai breakfast pula. 

Seperti yang sedia maklum, kami lakibinik memang peminat pisang. 

Pisang cavendish makan begitu sahaja.

Pisang cavendish aku calit dengan nutella. 

Cekodong pisang.

Pisang goreng terutamanya pisang nangka.

Pengat pisang.

Pendek kata, pisang.

Bila nampak je warna kuning pisang tu, lagi-lagi pisang yang cantik masak ranum. Rasa macam segar bugar je. Hehe.

Tapi kalau nampak Pisang Awak yang dah masak ada sedikit lebam tu, tetiba terus teringin nak buat cekodok pisang pulak.

Pagi tadi. Aku bangun dengan mata sepet pegi melecek pisang. Siap-siap buat adunan, siap-siap nak pegi keje,baru goreng adunannya. Rajinnya aku buat cekodok pisang. Fav dak apple ni.


Resepi tak payah lah ya.
Kalau cekodok pisang ni aku suka gelap-gelap.
Baru feel cekodok pisang. Hehe.

Edited : Okey letak resepi lah, ada permintaan hehe.

Eka guna pisang awak untuk buat cekodok.
Kalau tak tahu, masa beli pisang, tanya je pisang awak.
Rupa paras pisang awak tu begini 


Sumber Gambo Pisang Awak di sini. TQ

Bahan-bahan.

1 sisir Pisang Awak (dalam 10 biji)
Dua cawan tepung gandum
Air secukupnya
Gula secukupnya
Garam secubit.

Caranya lenyek pisang bagi hancur,
masuk gula secukup rasa, agak-agak je tau.
Masuk tepung gandum. tepung gandum eka guna tak sampai dua cawan,
main agak-agak je. Masuk air, kacau. Jangan lembik sangat.
Biar adunan tu boleh dijemput guna tangan.
Eka guna tangan je jemput cekodok ni.
Lepastu masukkan garam sikit untuk lemak. Petua ni.

Kemudian goreng dengan cara minyak terendam @ deep fry.
Kalau suka garing, terbalik-terbalik cekodok tersebut.
Sampai dia hitam sikit jangan sampai hangus udah la ye.
Siap dan ngap. Hehe



Ni dua minggu lepas punya minum petang.
Time aku cuti aritu, sambil tunggu dak apple balik opis,aku siap goreng cekodok. 
Haa sepinggan ni kami makan berdua, kejap je licin.
Hingga cekodok yang terakhir.

Jagung tu aku punya la. Hehe.

Korang suka cekodok pisang?

p/s : Ni rasa mengantuk giles plak ni. Rasa nak tido 20 minitlah. Tata. Haha



10 comments:

Fha Hzh said...

Salam Eka..
hahaha terliur plak la tengok cekodok pisang pepagi ni.. hehehe. nasib baik dh makan roti canai dah... :)

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Ya Allah eka.. cekodok tue pn memang favorite akak jugak..tengok eka share nie terus rasa balik kena nanti nak buat cekodok jugak.. makan panas2 dengan air milo... Ermmm sedap kot! =D

HanNis SaNia said...

amboi sedapnye. Patotnye Eka letak resipi jgk hihihihi. :)

Suriya Majid said...

dah hidup dekat 32 kat bumi Allah ni, tapi mata akak tengok pisang tu semua sama. yang tahu pisang tanduk je...yang lelain, adalah pisang

Cik Puan Eka said...

Fha Hzh hehehe nanti buat tau hehehe

Cik Puan Eka said...

kak farah ha ah kak minum ngan air milo ke kopi ke pregh nikmat tak terkata. Jangan lupa cr pisang ya hehehe

Cik Puan Eka said...

hannis punya pasal, eka taruk resepinya. Nanti boleh try utk abg mnum petang ya hehe

Cik Puan Eka said...

kak suriya dlu pon eka tak tahu tapi masa duduk kmpung nenek n opah. mereka ajar mengenal pisang. Pisang berangan, pisang abu. hehe yang mana bole buat gulai, buat goreng atau buat cekodok ehe

eima said...

aku suka ..sedap ni ... mmg fav aku jugak ....

kehidupan sihat said...

tengah hujan ni..memang ini dicari..hehe