13 November 2014

Kriteria Blog Yang Suka Dibaca

Hai. Ceh kemaen ada plak kriteria blog yang disukai untuk dibaca, dikomen. Dah lama rasa kan tak buat review begini. Sejak facebook dah kene blocked ni, aku selalu masuk blog-blog korang. Kadang-kadang aku masuk saja tapi tak komen. Cuma aku baca tau entry korang. Kalau rasa macam ada benda nak komen, ye aku komen. 

Ciri-ciri blog yang aku suka.

  • Simple, takde iklan bersepah kiri kanan. Takde butang KLIK LIKE UNTUK TERUSKAN MEMBACA. Sebenarnya kalau blog tu menarik, tak payah nak suruh orang klik LIKE, orang automatiknya akan LIKE tanpa disuruh dipaksa-paksa.

  • Tak ada widget-widget yang tetiba hadir seperti bunga berguguran, salji dan daun-daunan berguguran. Juga kartun-kartun yang mengekori kita apabila si tetikus bergerak. Sebenarnya benda tu mengganggu pembaca nak baca entry awak. Jangan tak percaya, aku dulu awal-awal berblog pon ada letak salji. Salji berguguran. Ada orang komplen. Aku pon macam, ko dah kenapa? Lama-lama, baru aku tahu. Tujuan aku buat blog untuk orang baca, bukan untuk menyemakkan mata orang baca. Benda tu juga buat blog jadi berat. Okey, aku delete. Bukan salji je aku letak. Segala akuarium, kucing la semua aku tempek hahaha. 

  • Tak ada Short Form. Bahasa santai tapi perkataanya penuh dan senang dibaca. "Sbnrnya ak nk cte tntg pglmn ak sms brjln di papua new guinea.Sjuk gle tau. Aq rse cm ggil gk aa klu bgn pg2.syes aq rs nk bku." Rasa-rasa dapat baca sampai habis tak? Ke terus klik X?

  • Yang lain-lain tu basic la. Cerita apa pun aku baca je. Suka baca pengalaman orang, cerita orang ni. Oh ya, lagi satu. Korang punya kotak komen, tak kisah la jenis pop up ke embedded,full page. Aku lebih suka komen pop up. Tak ganggu nak tulis. Lagi satu cer cek korang punya setting comment. Ada tak verification code? Kalau buang verification code tu lagi best. Takdela setiap kali nak comment, kene masukkan code. Erkk. Kalau ada yang tak tahu nak buang, nanti aku buat tuto ya.

Tata, nak sambung blogwalking. Aku free skit harini. 



11 comments:

Jueliza Jamani said...

betul.. tak suka kalo ada widget pehtu iklan bersepah2.. & 1 g slow loading.. gggrrrr mencikkk terus tekan X

Hayati Ghazali said...

ada satu lagi..klu blog yang sediakan muzik...bukak je blog tu..tetiba muzik kuat terpasang..kelam kabut nak silence kan ..pun aku terus pangkah je blog tu..

Huda Luna said...

hahah
huda lak komen buat embedded tu sebab senang nak reply sebab ada reply button
:P

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

Assalam eka,
oopppsssss, iols punyer blog uols paham dak???he3

Mazuriah Mohamed said...

suka baca blog yang simple & kemas. tak perlu nak letak gadget sebab itulah yg membuatkan blog tu berat, lambat nak loading. pernah sekali buka blog, tiba2 keluar muzik kuat sangat. aduuh kantoi. buka kat opis pula. terus cepat2 tutup blog. hehehe..

Nastyna said...

hahaha bunga bunga berguguran lagi.. eh awak suka baca blog kita tka? sajer soklan nyampah. but honestly yang guna short form sangat tu kan, I was like.. kau dah kenapa? payah sangat ker nak eja penuh? tak perlu guna baku pun, tapi agak2 la.. kerut2 muka I baca short form tu tau, nnt cepat tua banyak kedut canner.. terus pangkah.

HanNis SaNia said...

Hihihi semua yang di atas adalah betul. Sama laaa. kenkadang tak memilih pun blog apa nak dibaca. Asalkan tak semak, tak bersalji and mengganggu emosi nak membaca. :)

aku skema rono said...

blog colourful sangat pun menyakitkan mata. tambah salji-salji lagi. haish terus close window

Hana Niey said...

Hehe.. sy dulu mcm2 jugak letak widget.. al-maklum la nak cantikkan blog.. tapi skrg baru taw widget tu bkn mncntikkan tapi menyemakk aje.. :)

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Akak sependapat dgn eka..paling tak suka kena like dulu baru boleh baca.. mmg akak tekan button X terus la..=D

QasehnyaRania said...

sama la jgak.sy dlu pon letak juga bunga berguguran n salji tu.kikiki
skrg dh bijak pandai kan..hahaha

tp betul la semua tu..