25 November 2014

Magnum Cafe Kuala Lumpur @ Midvalley

Hai, sori lah lama tak update. 4 hari aku cuti. Hehehe harini baru masuk kerja. Tapi aku masih je baca blog engkorang dan drop komen. 

Minggu lepas aku ade pegi Midvalley. Shopping sikit lepastu tetibe aku ternampak ada orang makan aiskrim magnum dalam bekas kertas. Sempat la tinjau tengok macam bersalut-salut dengan kacang. 

Eh, ada magnum cafe ke kat Malaysia ni? Aku ketinggalan zaman ke ni? Mentang-mentanglah dah lama tak pegi Midvalley. Okey, aku terus buka instagram dengan #tag #midvalley. Aku memang suka mencari guna #tag ni. Bila aku search je, memang sah ada magnum cafe kat midvalley. Aku pun ape lagi, gelabah la ajak dak apple. Nak cari jugak jugak. Hahahaha. 

Kemudian aku ternampakla orang beratur panjang, tu kompem lah tu Magnum Cafe sebab nampak ada lambang M for Magnum tu. 

Aku ngan dak apple pun beratur. Ada seorang staff datang round dekat barisan dan tanya sama ada nak beli aiskrim Magnum sahaja atau nak dine in. Aku memang tak mau makan kat sana sebab objektif aku nak eskrem tu je. Hahahaha. 

Okey, ni dia punya Cafe.


Magnum Cafe ni terletak kat 3rd Floor sama level dengan food court midvalley.
Baru je launch rupanya ye? Tapi nape macam takde promosi pun kat sokhabo ke.
Ke terlepas pandang? Ahh lantak hahaha.


Nak masuk pun beratur. 
Aduhh lemah betui aku nak beratur ni hahahaha.
Tapi takpela. Nak punya pasal. Nasib la laki pon sporting beratur sama-sama.
Sambil mengekek gelak gelakkan orang depan kitorang asyik nak selfie je.
Aku rasa beratus keping kot diorang selfie.
Sampai kita rasa macam adoiyai sekali dua dahla.
Kita plak tak selesa terpaksa senget2 badan takut muke kite ganggu kan.
Tapi laki aku saje je tinggikan kepala dia kot2 masuk sekali gambonya ahaha.


Ni bukan aku ye. Aku saje nak snap magnum kaler silver dan gold tu. 
Hehehehe. Nampak menarik dan mewah pulak magnum gold.



Ni keadaan kat dalam cafe.





Okey aku cerita macam mana nak beli dan makan eskrem kat Magnum Cafe ni.

Mula-mula korang kena beratur dulu kat luar.

Lepastu sampai depan pintu, 
kita kene tunggu giliran untuk masuk barisan kat dalam plak.

Lepas je dapat masuk kat dalam. Kita kene beratur lagi.

Sambil kita beratur, kita boleh la selfie beratus kali *dah2laselfietupeningaaa
sambil melihat crew-crew magnum cafe buat kerja seperti 
menggunting mashmallow, bakar brownies, asingkan kelopak bunga ros,
dan lain-lain lagi.

Kemudian, bila sampai dekat cashier, kita pilih aiskrim yang kita nak.
Nak flavour vanilla, coklat, coklat brownies
Lepastu boleh pilih 3 jenis bahan yang kita custom sendiri untuk ditabur diatasnya

ATAU

Pilih je jenis-jenis yang sedia ada di dalam buku menu.
Cam aku, aku pilih yang dah sedia dalam buku menu
iaitu Cookies Monster.

Dah pilih, bayar dan amik resit.
Sampai dekat depan crew tu, 
bagi resit dan dia akan terus buatkan aiskrim kita.


Antara benda-benda yang boleh ditabur.
Banyak.
Ada dried mango, ada buah goji, ada oreo, 
ada pretzel, ada cookies, ada brownie,
ada mashmallow,ada chocolate chips,
hazelnut,almond bla bla bla ada macam-macamlah.



Ini pulak jenis-jenis coklat untuk disalut dekat aiskrim kita.
Ada dark chocolate, milk chocolate atau white chocolate.
Aku pilih aiskrim vanilla. Togel je aiskrimnya.
Aku pilih nak coated dengan milk chocolate.

Kemudian tabur dengan bende2 alah cookies tu.
Dan di letakkan white coklat diatasnya.

dan ini aiskrim aku punya.


Sedap dan fresh sebab buat depan mata kita kan hehehe.
Tapi tu tekak aku, tekak orang lain tak tahu la kan ehe

Coklat dia sedap. Beza dengan kita beli magnum biasa kat 7E magnum tu.

Harga bermula dari RM 9.90. Sama lah harga aku punya ni.

Ada menu lain macam salad. Tapi tak available lagi sebab baru buka kan.


So. korang yang teringin ke, mengidam ke.
Meh la datang sini. Sedap..


p/s : Printer aku jahanam. So, goyang kaki arini sampai tengahari baru ada orang betulkan. Kehkehkeh..





18 comments:

Mimy Hamid said...

wahh org jauh dh merasa dulu...heheh nntla lunch bebila nk gi Mid...dekat je opis ngan MV

eima said...

kat ioicitymall tak bukalagi ... tp mahai le kan .....aku magnum biasa tu pun tak penah mkn lagi

Cik Puan Eka said...

kak mimi, takdelah jauh benar pun hehe Kajang aje hahaha

Cik Puan Eka said...

kak eima. Yeke. kalau dekat IOI city mall putra tu lagi dekat la den nak pegi hehehehe

Nur Inani said...

dah pergi jugak hari tu lepas baca dekat blog qilah.. hehe.. memang puas hati makan eskrem :)

MizzTina said...

vaaaa...giler tempting tgk..

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
ooohoooooooooooiiiiiiiiii
SODAP nya uols
iols nak jugak sob3

Najlaa 'Aqilah said...

haritu masa baru bukak first 100 customer dpt free kalau tak silap huhu


sincerely,
Najlaa 'Aqilah

LYAfrina said...

ramainya..baru tau kewujudan magnum cafe ni,,
mmg menarikla..nmpk sedap..leh design sdri aiskrim kita

Huda Luna said...

omg :O ni kena pegi ni!

nadia mansor said...

pergh..mengiurkan..menjejes air liur nengok ha..

jauh sgt pulak

NadiaMansor menulis tentang.. : Tingkatkan Kesuburan Anda

Diana Rashid said...

wah..siap ada cafe ye??best nih..

Daddy Ziyyad said...

Malas nakgi MV..
Malas nak beratur panjang..

Saya nak beli Magnum kat kedai lain..
Dan buat sendiri segala benda yg boleh tabur tu....hahahaha

Nastyna said...

rasa macam dah tonton entry ni, tapi belum rupanya. maaf to be honest, i tak baca this one just scroll laju2 sebab tka mo terjebak ngan aiskrim di hari sejuk huhuhu.

Syida Rasyidah said...

ramainya.. penat nak beratur eh :)

kehidupan sihat said...

nana pun baru cuba kelmarin..hihi

salam perkenalan & jemput ke blog :)

Nur Zayyani Liman said...

Nmpak mcm cafe eklusif..nk masuk takut sebatang aiskrim rm20..huhu..tpi oklah tu 9.90..murah je rupenye..hihihi

budakbandunglaici said...

wow sedap