07 November 2014

Tanda Hati Kotor

Assalamualaikum dan hai.

Tadi terbaca satu status dari Adam Corrie di FB.



Tanda-tanda hati kotor ialah apabila kita ada rasa meluat lihat orang lain bahagia
 dan buat kebaikan .

Serta mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan 
menyedihkan orang lain juga.


 Setuju dengan kata-kata ini.

Kita sepatutnya berlapang dada melihat orang lain bahagia, orang lain berbuat kebaikan. InshaAllah hati kita tenang dan Allah swt akan memberikan kepada kita rezeki seperti itu juga tanpa kita duga.

Rezeki Allah swt bukan sahaja rezeki bahagia, tapi banyak lagi rezeki dalam pelbagai cara yang kadang kala kita tidak sedar.

Cuma, jangan kita bersikap riak dan takbur atas segala rezeki yang dikurnia Ilahi.

Bersikap sederhana akan buatkan kita seperti padi. Makin berisi, makin tunduk.



Sekian, salam pagi Jumaat. 

:)





3 comments:

Yana Ujang said...

good sharing...sama² bersihkan hati :')

Nastyna said...

To me ini bukan tanda lagi, ini sah sah hati kotor kalau macam ni. huhuu

Eimma Maqsurah said...

moga kita tak tergolong dalam golongan tu :)