27 November 2014

Udang Galah Tercili

Hai, bertemu kembali kita pada pagi ini. Dari semalam nak update bende alah ni tapi semalam sibuk sikit mengemas laci sendiri. Harini ada audit dalaman. Nanti bulan 12 kot, ada auditor dari MPC plak. 

Semalam aku dah draft bende ni kat bloggerdroid tapi entah kenapa dia macam jem plak. Aku publish pun dia tak keluar jugak.

Gasaklah. 

Saje nak update pasal dinner semalam. Hehehe. Malam semalam kitorang dinner dengan udang ni lah. Sedap plak tu. Manis je. Ni udang galah sungai. Fresh lagi pulak tu. Dulu kecik-kecik, orang tua tak kasi kita makan otak udang, nanti bodoh dan pelupa. Aku pun tak dapat nak mensahihkan teori tersebut. Tapi dah tua ni, aku belasah je gigit semua sekali hehehehe.


Aku kalau masak sambal, selalu campur dengan sayur.
Contohnya campur buncis.
Masak sambal sotong pun buncis jugak.



Alamak betik dengan anggur dah tinggal separuh baru nak snap ye.

Tapi sedap betui betik ni. Manis. Nyesal beli dua bijik.
Kalau tahu manis aku dah beli 4 bijik.
Nanti laki kata, ni semelit teruk ke apa ni?
Kahkah ingat betik ubat semelit jeke. 

Aku suka potong kecik-kecik, simpan dalam peti.
Sambil tengok tv, sambil ngap-ngap.

p/s : Aku dah mula sakit tekak. Alamak, cuti tinggal sehari. Tula, asyik cuti memanjang. :p






8 comments:

LYAfrina said...

Nampak sedap sgt msk sambal mcm ni..

LYAfrina said...

Lya punya ct dh lama hbs. Bln ni aje 4ari unpaid leave.. huhu..apakandaya

Nur Inani said...

sedapnyaa. terliur pulak tengok :)

Daddy Ziyyad said...

hadoiiii..terliurnya....mana lah saya nak carik udang galah sungai ni...rasanya dah dekat 10 tahun kot tak makan...

eima said...

tuan doktor kena pi ke k.rompin byk .......

sedapnye dik ..ai tak mkn udang tp udang galah ai suka ....sedap

Diana Rashid said...

memang sedap kalau masuk kan dalam peti sejuk..kalau yang keras2 sikit tu boleh makan dengan kicapp..ekekek..

Nastyna said...

mat salleh punya la bangga kalau dapat makan betik, untuk awet muda katanya... maklum la exotic fruit hahahaha.

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
ooohoooiiiiiiiii sodapnyaaaa
memang melotops la kalo wat sambai udang ngan kacang boncis
peberet tuuuuuuuuuuuuuuuuuu