09 December 2014

Berjuang

Hai kekasih.

Kau tahu, sejak kita bersama. Dulu hingga kini walaupun sekarang situasinya berbeza.

Setiap kali kau mahu periksa, aku pula yang selalunya bertanya-tanya.

Apa kau sudah baca buku?

Apa kau sudah hafal formula-formula kamu?

Apa kau sudah khatam untuk mengulang kembali topik-topik kamu?

Apa sudah kau belek nota kecik-kecik itu?

Sebabnya aku bertanya. Kita selalu bersama, buku kau bawa tapi tidak dibaca. 
Haha ketawa bersisa bersama-sama sudahnya . 

Baik merenung mata ke mata. 

Tiba-tiba.

'Abang dah study ke? ' sambil mata aku terus terpandang pada bukunya di atas meja solek.

Belum lagi, katanya. Tidur dulu lah. Nanti mungkin pukul 2,3 pagi bangun semula baca untuk ambil mood. Sambil tersengih persis kerang sampai ke telinga, matanya sengaja dipejam kenyit. Haihhhh budak ni. Penyudahnya bila subuh, lampu menyala dari malam sampai siang. Bukunya masih duduk diam disitu tanpa berubah posisi. Hebat. Hihi.

Itulah gaya apabila sudah berkahwin tapi masih belajar. Ditambah kerja sambil belajar. Kadang-kadang masa tak ada, tapi kena ada jugaklah sebab sudah itu tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan juga pelajar. Aku belajar memahami rentaknya. Kadang, waktu malamnya. Aku diangkut sekali ke kampus sampailah dia habis waktu kelasnya.

Aku? Macam biasa. Duduk diam molek. Tangan pegang telefon genggam, masuk dalam surau. Sambil berbasa basi berborak sama dengan para-para isteri atau para-para suami yang sama saja macam aku, menanti pasangan menuntut ilmu. Kadang, ada para suami yang membawa anaknya sekali siap diusung stroller agar anak selesa sambil menanti ibunya belajar.

Kadang ada juga yang bawa anaknya masuk sekali di dalam kelas, sambil si anak duduk diam sahaja di atas riba ibunya tatkala ibunya mendengar pensyarah di depan. Bagusnya hai anak. 

Bila status bertambah, lagilah banyak masa perlu dikorbankan. Nak berjaya kan perlu pengorbanan. 

Untuk malam ini, semoga berjaya di dalam peperiksaan kertas pertama. 

Doa aku untuk dia, dan juga rakan-rakannya.

Semoga dilapangkan dada, menjawabnya dengan yakin. 

Berjuang dengan pen dan kertas berkajang-kajang. Tangan di meja, mata ke atas ke bawah. 

Semoga selamat semua.

Cepat pukul 5, aku mahu ke pasar. Menambah apa yang kurang di dalam almari ais. Serasa malas mahu memasak, tapi mahu membeli di kedai. Aduh. Jemu sungguh rasa. Baiklah masaknya sendiri walaupun hanya telur goreng gedik-gedik (*baca telur 3 suku masak )ditambah cili padi lalu direnjis kicap sama sos cili. Perghh itu nikmat tahu? Tak perlu ayam dan segalanya, pasti nasik kau licin sampai tak ada sisa. 

Bye, jam 5 sudah. 





11 comments:

Diana Rashid said...

Yang penting hidup bahagia dan seronok./:)

Nur Inani said...

perjuangan isteri untuk suami :)

Eimma FM said...

memang best telur 3 suku masak. hiiii...slalu masak bila xde slera :)

Nastyna said...

apa sudah kau habiskan telur rebus mu itu? berikan lah sedikit kepadaku, perut aku ini... semacam sahaja laparnya hahahahaha.

All the best untuk Dak Apple.. haaa sampaikan I berdak apple kan dia.

eima said...

goodluck en hubby cik eka......

Hafizin Jamil said...

Tak apa. Cik abang rilek je nak jawab exam sebab cik isteri selalu je support dia. Tak yah baca buku takpe. haha. Kan Puan Ika?

orked violet @ SYA said...

asben stdy lagi ke? ala..comel nye.. Sya pon maybe stil stdy even pas kawen nnti kot. insyaallah. moge dipermudahkan semua.. =)

AINUN ZURIYATI MOHAMED said...

almari ais...comelnya terma nih...
semoga berbahagia sokmo...:-)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Betui mcm my best friend belajaq sambil keja dh ade anak 2...tgk penat sgt but berbaloi lepaih berjaya

Cik Zety said...

Semua tu kenangan boleh diceritakan kat anak nnt :)

LYAfrina said...

lya dulu pon bergelar isteri sewwaktu msih belajar. insyallah Allah SWt permudahkan