08 December 2014

Cendawan Busut

Hai. Selamat pagi. Selamat hari Isnin. Ade monday blues ke harini? Aku ngantuk je ni. Hehehe. Minggu baru ni, aku balik rumah mak ayah aku pulak. Tujuannya menghadiri majlis perkahwinan sepupu lelaki aku. Majlis menyambut menantu lah kiranya. Majlis belah perempuan dah selesai bulan 7 haritu di Bongawan, Sabah bhaa. Aku tak pegi Sabah haritu sebab buat time raya ke 5. Memang idokle aku nak pegi hehe. 

Gambo kahwinnya nanti lah aku tempek sini. 

Aku nak update pasal ini ha. Musim cendawan busut kembali apabila kelkaktu bermaharajalela di lampu kalimantang rumah kita. Kecik-kecik dulu aku penah kutip cendawan ni. Memang kena pandai kutipnya jangan main tarik je dari tanah takut terputus dah rugi. 

Sedara aku bagi kat mak aku, dia bagi satu plastik besar. Malam tu mak aku buat masak tumis air. Rencahnya ikan bilis. Tu pun sedapnyaaaa lahai. Manis cendawan ni. 

Semalam plak, kat rumah nenek. Diorang buat cendawan goreng tepung. Makan panas-panas. Mabelesss cicah sos uols. 


Sedap. Tapi cendawan kan angin. Aku makan sikit je hehe.

Musim hujan gini, bukan aje cendawan yang musim, tapi ikan sungai pun ada.
Banyak dan bermacam jenis. Ada lampam, terubui, putih, baung bla bla.
Aku suka terubui dan lampam. Memang sedap walaupun tulang banyak.
Buat goreng, atau sambal. Pergh terangkat-angkat :p

Cerita pasal tulang ikan,
dak apple sebelum kahwin dia tak pandai makan ikan bertulang.
Kalau balik rumah FIL, selalu ada ikan siakap,merah, senangin. 

Bila dah kawin dengan aku, aku ni jenis suka ikan bertulang.
Ikan sungai termasuk la ikan laut yakni ikan terubuk. 
Tu tulang dia jangan dikenang. bentuk Y tau. 
Kalau tercekik,paham jelah ya. Hehe. 
Takut la dia bila nampak tulang berselirat.

Jadinya setiap kali makan ikan bertulang, aku akan buang tulang untuk dia. 
Manje angat la dak apple ni. Baru lah dia tahu kesedapan ikan bertulang ni.
Tapi skang dia dah pandai dah makan ikan bertulang.
Pekasam pun dah jadi fav dia. Tempoyak jelah tak bole telan lagi.
Jaga dia. Lepasni nak suruh makan tempoyak hahahahaha. 



Sekarang musim rambutan gak.
Ni rambutan kuning @ rambutan gading.
Rumah jiran nenek aku, pokoknya berbuah lebat sangat.
Jadi, dia pesan kalau ada buah, amiklah kalau nak makan. 

Tu semalam, suruh dak apple kaitkan. Bawak balik rumah.
tengok tv sambil ngap ngap ngap.

Oh sedappp.


Korang, penah makan cendawan busut ni?

12 comments:

MizzTina said...

mcm mn rupe cendawan busut tu?

Irfa said...

akak suka sgt cendawan busut ni
kt kg kami pggil 'kulat pusu'
hihi..

Fieda Redzuan said...

dulu masa kecik2 je makan ni tu pun tak selalu kan musim hujan je ada.. now mmg harapan je la nak dapat cendawan camni. beli cendwan kat pasaraya je :p

eima said...

Xpenah....takut .....hehe...

Tp penah dgr tok ckp pasal kelakatu tu

Eimma FM said...

tak makan kak eka. makan rambutan je. hahah

Hafizin Jamil said...

makan yang goreng ari tu boleh tahan juga sedap.

Daddy Ziyyad said...

Saya tak biasa cabut cendawan busut..

Saya cabut cendawan shitake aja...hahahaha

Nur Inani said...

lahaii. sedapnyaa rambutan tuu :)

Nastyna said...

sedapnya yunk cendawan busut tu... akak minggu lepas lepas ada beli cendawan tiram mahal nak mampsss, tapi sebab tingin beli jugak la, sini cendawan butang jer yang murah.
ikan sungai akak tak reti makan, owh yang jenis bertulang... ikan biasa2 ni pun tok laki dah komplen penat nak asingkan tulang hahahahaa cannot imagine la kalau bagi dia ikan terubok tu. Sedap yer ikan tu? I tak pernah makan, my mom masak dulu2 pun tak ingin nak sentuh, tapi skang baca ur cerita macam teringin pulak (plus takder).

psstt semalam baru kita buat udang tempoyak... fuhhh lapeluh.

LYAfrina said...

biasa makan y cendawan tiram tu je.. y ni mcm cndawan butang ye?

merahitujambu said...

sy suka betul cendawan2 ni tau..x kisah laa apa pon

aquarius morius said...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur