04 December 2014

Rezeki

Hai semua. 

Selamat pagi. 

Saja nak cerita mengenai rezeki pada pagi ini. Alhamdulillah pepagi dah ada rezeki. Ingatkan nak turun ke cafe beli breakfast, sekali ada officemate bawa nasik lemak untuk kitorang semua, Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki.

Pagi tadi di Motivasi Pagi Tv3 juga ada menyebut tentang rezeki. Setiap pagi, waktu nak bersiap pergi kerja, aku mesti on tv. Tapi kadang2 laki aku tak tutup tv pon kalau tido depan tv. Hahaha sabo jelah. Pepagi je mesti tuka channel tv3.

Menurut kata ustaz pagi tadi, tentang menzalimi orang lain. Apabila kita menzalimi orang lain tidak kiralah bagaimana cara kita menzalimi orang lain, maka Allah swt akan menahan rezeki kita. Mohon dijauhkanlah. Takut sekiranya rezeki kita ditahan. 

Rezeki pun dalam pelbagai bentuk. Rezeki bukan berbentuk duit sahaja ya. Rezeki ni banyak jenis. Anak juga rezeki, orang tolong kita pun rezeki, orang berbaik dengan kita pun rezeki juga. Dapat suami/isteri penyayang juga rezeki. Dapat kerja yang baik juga rezeki, dapat boss yang baik pun rezeki. Luas kan makna rezeki itu. 

Kadang-kadang kita selalu fikir, kenapa rezeki kita lambat masuk. Kenapa kita tidak begitu, kenapa kita tidak begini. Kenapa kita tak macam dia, kenapa dia tak macam kita. Macam-macam persoalan kan. Tapi sebenarnya rezeki kita sentiasa ada. Cuma cepat atau lambat sahaja. Rezeki kita ada. Bahagian kita ada.

Kadang ada yang persoal lambat dapat rezeki anak. Bersabarlah sahabat sekalian. Allah swt tahu bila waktunya yang sesuai untuk kita punya anak. Selagi belum sampai rezeki, kita ikhtiar. Fikir positif. InshaAllah. Menunggu memang memeritkan. Tapi selagi mampu, kita meminta padaNya. 

Setiap pagi juga, aku suka baca doa dhuha/doa murah rezeki. Doa dhuha ini bagus diamalkan. Kumpulan UNIC ada record Doa Dhuha ni siap dengan maknanya sekali. Bila dihayati, rasa sebak pula. 

video


Semoga kita selalu dimurahkan rezeki. InshaAllah. 







9 comments:

Liyana said...

Good sharing eka :)

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
AMIN

hafizinjamil madrus said...

nak rezeki nasi lemak tu puan eka. hehe

MizzTina said...

insyaAllah..aminnn

eima said...

amin .. rezeki Allah tu dlm pelbagai cara kan .. klu tak rezeki tu pd kita mungkin pd anak2 kita ... pd keluarga kita dan tempias rezeki itu pd kita juga

Nur Inani said...

rezeki allah luas ^__^

Daddy Ziyyad said...

TQ share ilmu..

Saya pagi2 mmg tak sempat la nak tgk TV bagai..kecuali pagi2 hari cuti, atau pagi2 bulan Ramadan..:)

Nastyna said...

kan... rezeki tu datang bergolek dalam banyak bentuk. jadi, buatlah kebaikan sesama kita seikhlas nya. Sekian, wassalam :D:D

LYAfrina said...

suka sgt entri ni..
insyallah..rezeki dlm pelbagai bentuk.. sihat pon rezeki jugak.. semoga kita semua terus dimurahkan rezeki dariNya