15 December 2014

Seafood di HM Bagan Lalang

Hai semua. Selamat pagi. Malasnya nak masuk office tapi cuti dah tinggal sehari kan. Masuk la juga dengan hati yang gembira hehe.

Hari Sabtu haritu, kan 1st annivesary. Dak apple berkali-kali tanya aku nak makan apa. Aku blur. Haha. Kebetulan pula kami ke Nilai ada undangan walimatul urus. Alang-alang berdekatan dengan Bagan Lalang, aku terus request nak makan seafood. Jom pegi Bagan Lalang lah. Bila dak apple kata jom. Berbunga terus hati aku. Hehe. 

Lepas kenduri, singgah sekejap kat rumah abang dak apple. Rehat-rehat, petang tu kitorang terus ke Bagan Lalang. Perut pun sedang elok je lapornye. Heh. 

Sampai kat sana, jalan tepi pantai kejap. Rasa best pulak jalan sambil ditiup angin pantai. Sengih-sengih mengimbau kenangan kahwin. Tetibe rasa macam malu pulak. Macam tak tahu nak cakap ape. Selalu aku yang melebih asyik potpet je. :P


Selfie seketui. 
Nampak tak bambamnya dak apple skang. 
Mana taknya, asyik makan je. Nak jadi sado kot.
Erkkkkkkkkk.

Sambil-sambil tu kita jalan-jalan kat restoran-restoran seafood yang ada.
Tengok seafood. Dak apple teringin nak makan kupang.
Hamboihh mengidam macam orang pregnant! 
Nak kupang, nak kupang. Tapi takde kupang haritu.
Orang restoran cakap harini takde orang antar kupang. 

Okey, takpela. 
Sambil-sambil lalu tu, aku rasa macam nak makan dekat HM Bagan Lalang.
Restorang terapung dan terletak kat hujung sekali.
Masa tu ramai jugak orang.Kite tengok seafood dulu. Nampak menarik. 
Lagipun dak apple penah makan kat restoran lain kat situ.
Katanya tak best sangat.


Gambar restoran tak sempat snap.
  Google je, terima kasih owner blog (superb Mama)

Dah setuju, kitorang terus je masuk dalam. 
Booking meja. Lepas dah booking meja, waiter akan bagi kertas.
Kat atas kertas tu tercatit nombor meja dan boleh terus pilih seafood.

Nanti waiter kat seksyen seafood tu tulis je order kite atas kertas tu.
Senang.

Rambang juga mata nak pilih seafood. Aku pilih ketam, lala, udang.
Dak apple pilih pepahat,sotong, ngan ikan kembong.

Sambil-sambil tunggu order, diorang sediakan kudapan.


Sedap pulak kerepek ubi pedas ni. Mesti amik kat Banting. tempat banyak kerepek tu.
Ecehh pandai je dak apple bagi andaian. 


Sambil makan kerepek, sambil melihat pemandangan. 
Awal lagi time ni, pukul 6 macamtu.


Candid, katanya. Haha
Tak lama lepastu, lauk pun sampai. Kan awal lagi. Order pun cepat je sampai.
Lepastu berbondong-bondong orang datang tapi tak de tempat.
Kebanyakan dah booking awal.


Ye, aku makan dulu, ratah-ratah je sementara tunggu semua hidangan complete.
Hehehehe.

Jom,tengok lauk yang kite order.


Pepahat masak bercili
RM 10.00

Rasanya sedap sangat. Tak rugi ambik.Pepahat fresh bukan frozen.
Pernah makan kat Melaka, frozen punya. Tak fresh.


Lala Masak Bercili 
RM 16.50

Lala ni pun sedap, dah la sedap, besar-besar pulak tu isinya.
Puas la kitorang berdua meratah.
Terasa-rasa lagi ni. Dah la fav aku pulak tu hehe.


Sotong Goreng Tepung
RM 5.00

Dak apple ambil seekor je sotongnya. 
Sedap jugak. Rangup.




Ketam Telur Masin
RM 35.75

Yang ni aku ingatkan dia goreng dulu ketamnya.
Tapi tak. Dia macam stim kan ketam ni.
Manis. Saje aku pilih yang besar-besar.
 Ni aku makan sorang je hehe sebab dak apple tak suka makan ketam.
Malas nak kopek letew. Aku kopek-kopek isi bagi dia. 
Ni sedap. Manis isi ketamnya.


Kailan Ikan Masin
RM 6.00

Sayurnya sedap jugak.


Udang Butter
RM 19.00

Yang ni aku ingat macam udang butter yang kering pastu
ada kuah lekit-lekit butter n milk tu.
Tapi yang ni lain skit. Kuahnya cair,udang goreng garing.
Sedappp. 
Aku semua sedap, kan? Tembolok beso haha.


Kembung Stim Halia
RM 10.00

Yang ni, salah order. Dak apple nak stim limau.
Tapi dibagi stim halia. Tak masam la kan.
Kami mintak air asam. Baru terasa sedapnya cicah ikan dengan air asam.


Snap gambo dulu sebelum makan, 
tu tengok tangan dak apple tu.
Laju je cekup ikan tu ye. :p


Lepas makan punya ni, dak apple snap.
Dia cakap ni dia je makan. Yang lain tu aku yang makan.
Hahahahaha. Memang licin.
Habis makan, jalan macam penguin.Hahaha


Total makan malam tu, RM 116.70
TQ yer belanja hehehehe

Bagi aku boleh tahan dan sedap. 
Service pun cepat. Tu pasal kena booking awal sebelum orang ramai.
Malam tu kan malam minggu, pepaham jela ramainya.
Tu pun ada yang buat reunion kat situ bagai.

Nanti, nak datang sini lagi bawak family pulak.

Alamatnya,

Restoran Terapung H.M Sri Bagan Sdn Bhd
Pantai Bagan Lalang, Sepang

03-3141 2896

Sambung lagi nanti. Kezutan dari dak apple. Babaii




9 comments:

Eimma FM said...

makan besau ni kak eka. hehhe... semua nampak sedap. ketam tuh tak menahan...ima suka sangat ketam. hahah

Puan Awin said...

tu dia, 2 org makan rm120++ , hehehhe...menu yg eka order tu sume nampak menarik....akak teringin gak nk mkn seafood, tapi disebabkan husband dh de gout, dengan akak2 sekali kena pantang makan seafood :(

akak sihat alhamdulillah, skrg dh 25w...x sabar nak masuk 3rd trimester....

Nur Inani said...

ketam telur masin. sedapnyaa. nak pergi sanaaaa. hehehe :)

Lynda Che Lah said...

belum ada baby baik makan apa nak makan..esok dah ada handbag baru ni..makan tak sempat kunyah dah kena telan..hehe..akak tunggu semua besar baru boleh nak jalan-jalan cari makan ketam..pepahat..kerang bagai ni..skrg mmg takde chance nak nikmati..

safurara said...

huaaaa sedapnya mak buyong makanannnnnn!

Nafira usof said...

sedapnyeeee.. naik lapor plak bc n3 nih. hehehehe

Sya Mimie said...

Tudiaaaa.. Mkn berdua stgh (bby dlm perut) bnyk cmtu.. Hihi

LYAfrina said...

Sedap2nya..
Semua myelerakan..
Y pepahat tu x pnh mkn lg
X pernah jumpa lg kat sini..
Tgk harga ketam tu.. 2 ekor je kan? Tp rm35++.

Wei Chiang Lim said...

Tel:03-3141 2895
Baru betul....