13 December 2014

Selamat Ulang Tahun Yang Pertama

Alhamdulillah. 13 Disember 2014. Tarikh keramat bernikah.

Kejap je masa berlalu kan. Sudah setahun aku bernikah dan hidup bersama-sama dengan lelaki yang dichintai. Wahh ayatnya hehe. Harini entry berjiwang jelah yer. 

Memang rasa sekejap sangat eh eh dah setahun dah nikahnya. Masih teringat-ingat kenangan manis masa dinikahkan, dak apple demam campak, dak apple nangis masa nikah. Alamak kalau dia baca ni kena aku hahaha.  Kemudian aku demam semasa tengah sibuk bergambar atas pelamin, bersin dekat sepuloh kali masa bertentang mata hahaha. 'Nebes' sangat memandang muke somi sendiri. 

Kisah demam itu menjadi gurauan iaitu demam baru dapat suami hahahaha. Sehari lepas sanding, kitorang dah ke klinik dengan tangan kaki penuh inai2 ni hahaha. 

Tu pasal honeymoon lambat sikit :p

Selepas 2 minggu, ada majlis menyambut menantu kat Seremban, ehhh aku demam lagi. Siap pakej demam campak hasil jangkitan dari dak apple. Dua kali demam. Adeii antibodi lemah sangat nie. Hahaha. Tapi alhamdulillah kejap je demam-demam tersebut.

Sejujurnya aku cuma ingin kata, aku bahagia bersuamikan dak apple. Pembaca blog ni dari awal mesti kenal dan tahu, lama aku berkawan dengan dia. Dari dia study, sampailah kami bertunang dan kahwin. Banyak sangat kenangan aku dengan dia. Banyak sangat yang kami dah lalui bersama. 

Pahit, manis, terluka, dilukai, melukai, gembira, bahagia, susah, senang, ketawa, sedih , jatuh, tersungkur, semua pernah. Bohong kalau sentiasanya bahagia tak ada cacat cela. Dari situ lah kita mengenal erti kasih dan cinta. Cintanya pun tidaklah hebat mana dan masih berbatas. 

Hinggalah suatu hari, dia tiba-tiba bercakap soal kursus kahwin. Kami tiada lamaran macam kisah novel melutut sudikah kau jadi isteriku. Tak ada. Haha. Tapi dia ada caranya yang aku faham dan masa itu, aku tahu. Aku dan dia dah sedia dari mental dan fizikalnya untuk melangkah ke fasa seterusnya, membina hidup bersama, berdua dan seterusnya bertiga, berempat, berlima. Opsss. Hehe.

Seterusnya, kami merancang dan Allah swt menentukan. Alhamdulillah. Jodoh kami panjang, seterusnya bersatu. Di dalam majlis yang bagi aku sederhana dan meriah. 

Hidup berkahwin ni berbeza dengan sebelumnya. Kita nampak muka dia hari-hari. Selisih faham itu biasa. Tersentap, menyentap tu mestilah ada. Kita-kita kan bukan sempurna. 

Apa yang aku harapkan, semoga perkahwinan aku dan dia berkekalan hingga ke akhirnya. Aku mohon doa dari kalian semua ya, doakan kami hingga ke syurgaNya. 

Ini entry autopublish. Entry aku nak berpuisi, bersajak bagai nanti aku update. Hehe. Nah satu gambar yang tidak pernah aku publish di sini.



Malu woi nak tenung muka walaupun dah sah jadi suami. 
Hahahaha. :p


10 comments:

Nur Inani said...

hahah. ghase nak kawen esok lusa. bhahah :p semoga berbahagia hingga ke syorga :)

Eimma FM said...

wah..happy aniversary kak eka. moga kekal hingga ke jannah ;)

MizzTina said...

happy anniversary eka n fizi..moga ikatan perkahwinan berkekalan hingga jannah..bahagia dunia akhirat.. dikurniakan anak seramai mungkin.. digandakan rezeki.. didekatkan jarak.. semakin sayang.. semakin kasih.. semakin cinta.. aminnnn

Ezy Loy said...

happy anniversary!
semoga tros bhgia disamping suami tersyg..
=)

Najlaa 'Aqilah said...

happy anni to both of u. may the love lasts a lifetime :)

sincerely,
Najlaa 'Aqilah

Hannah Sytieh said...

wahhh.. seronoknya.. semoga berkekalan.. aminnnn ya rabb

LYAfrina said...

alhamdulillah..
tahniah..
happy 1st wedding anniversary..

lya doakan moga kalian berdua semakin uth bersama mghadapi suka duka dlm kehidupan berumah tangga.. semoga kalian berdua dikurniakan jugak ketabahan utk mgharungi segala ujian masam ,manit, pahit... semua tu ada dalam ikatan berumahtangga.. semoga jodoh kalian kekal bahagia bersama selamanya hingga ke Jannah..amin

Puan Awin said...

slmt ulangtahun dik...semoga hubungan yg dibina kekal smpi ke syurga, inshaallah...tak lama lagi bakal menambah org baru....

Fieda Redzuan said...

Tahniah Eka.. Alhamdulillah dah setahun dah ye. Hihi.. Semoga berkekalan selamanya ;-)

Sya Mimie said...

Happy anniversary eka.. Lpas ni bertiga pula.. Puas2 dlu berdua duan. Ada bby nti suami diketepikn kjap. Hehe