03 December 2014

Susu Segar Zaman Dahulu

Hai semua. Selamat pagi. Lama tak bersiaran. Last tulis entry pada bulan lepas. Ecehh macam lah jauh beno bulan lepas tu padahal ni baru masuk 3 haribulan Disember. Hehehe. Sorry lah ya, aku agak busy sikit sekarang ni. Ni pun batuk baru nak baik ni. Malam-malam aku telan kicap + limau nipis. Bila pagi-pagi tu banyak kahakssss keluar. Lega. Itupun jenuh aku kena bebel dengan dak apple sebab aku kuat minum ais. Milo ais, sirap limau ais, teh ais, sky juice. Pendek kata semua ada ais aku suka. Ni pantang la pulak. Batuk kan. Heheheh. Mendapat.

Panjang sangat mukadimah mak nenek ni. Heh. 

Ni ha, korang penah minum susu ni? Aku sure masa korang kecik-kecik kompem penah minum susu ni kan. Fav aku tentulah strawberry, jagung dengan coklat. 

Semalam aku jumpa kat Pasar Malam. Ehh sedapnyaaa. Masa kecik2, atok aku selalu belikan susu ni. Adik aku pun suka jugak. 

Fav dak apple jugak ni. Dia pun suka strawberry.  Kalau dia cerita pengalaman dia masa duduk kampung dulu, dia mesti masukkan cerita susu ni setiap kali ke Pasar Pagi Kuala Pilah. Uwan ngan atok boli kan untuk dia. Touching bila dia cerita. Siap ada gerainya bentuk botol susu ni. 



Dulu harganya mungkin seringgit lebih kot.
Sekarang ni harga RM 2.00 sebotol.
Rasa tetap sedap.

Kilangnya Pusat Susu Jabatan Veterinar dekat Jalan Pahang, Tapah.
Jalan hala nak ke Cameron Highland tu. 
Aku ingat dalam waktu terdekat ni nak naik Cameron Highland.
Jadi, bolehla aku singgah kilang ni borong banyak sikit buat stock. Heheh.
Teringin nak makan strawberry celop coklat lepastu buat aksi anje-anje kat ladang teh Boh. Hahahahaha berangannnnnnnn.


Korang suka flavour apa kalau minum susu ni?




6 comments:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
iols TAK PERNAH minum susu
ganti kan cheese boleh???
he3

HanNis SaNia said...

omg my feveret !!! huhuhu

EzanIdris said...

sedap minum ni kalau tengah sejuk kannn

shaFazie said...

Ada lagi susu ini...
Rasanya dah lama xminum..

cik violet said...

Suka perisa choc!

Lame teringin susu ni. huhu

LYAfrina said...

feberet ni.. lya suka jagung..
aritu ada nak beli, skali org tu kata xde stok plok..frust.. satu lg dadih dia pon sedap