07 January 2014

Satay R & K Seremban 2

Sebelum majlis kat Seremban haritu, ada suami bawak pegi makan satay. Dari sebelum kawen nak makan sataynyer. Sampailah dah kahwin, asyik nak ajak makan satay je. Suami memang suka bawak kite pegi makan. Nak menggemokkan isterinye lah ni. Hehehe. 

Kali ni kita makan kat Satay R & K, Seremban 2. Suami bawak tempat makan yang best-best kat seremban. Dia selalu cakap, family dia selalu beli satay ni. First time kite makan kat sini. Ape yang boleh dikatakan, sataynyer sangatlah sedap. Tu yang sampai order dua kali. Hahahaha kelakar plak bila ingat balik. Mula-mula order 10 cucuk je. 5 satay ayam, 5 satay daging. Cukuplah gamaknye. Tapi bila dah makan, eh sedap plak. Dengan panasnye satay tu, kuah sedap. Cuaca plak hujan renyai. Lapar plak. Sian suami macam tak cukup, lastnye order lagi. Hahaha. Kira 15 cucuk makan dua orang.

Restoran dia service sangat cepat. Kejap je duduk dah dapat air. Kalau tak nak makan satay pun takpe, ada banyak menu lain boleh makan. Macam menu goreng-goreng.

Sataynyer sedap. Cukup perapan. Satay kan memang rasa dia ada manis sikit dan sticky sebab perapan dia tu. Kire cukup rempah. Satay dia complete dengan nasi himpit, timun dan bawang. Eka kalu makan satay, memang kena ada timun dan bawang, baru best hehehe. Yang penting kuah dia sedap. Pekat. 

Restoran dia penuh dengan barang antik.


Ni dalam restoran R&K ni. 
Ada pelbagai jam antik, almari antik.


Ade kerusi dan meja yang eka duduk tu, mesin jahit lama. 



Ni lah watak utamanya.
Tapi ni round pertama, Hehehe
Kalau datang Seremban, mesti cuba satay R & K ni tau. 
Sedap.


Suami terus terjah dulu, kuah tu eka punya satu. 
Dia tak hulur lagi kuah satay eka, dia dah makan dulu. Hahahaha

Secucuk satay ni harganya RM 0.80 untuk ayam tak silap.
Kitorang makan berdua, sekali dengan air buah,
tak sampai RM 20.00. Belas-belas rasanya.

Masa tu nampak plak orang belakang order ABC.
Rasa nyesal lak tak order ABC.
Next week kalu balik Seremban, nak datang sini lagi la.Hehehe.


Round ke dua. Ahaha.
Sedap.


Terkeriuk keriuk perut bila tengok gambar ni.
Alahai lapar plakkkk.

Alamat dia.

No 9, Jalan S2, City Park,
Majistreet Square, Seremban 2,
70300 Seremban, NSDK

Ada cawangan lain kat Negeri Sembilan ni.

Taman AST, Jln Sungai Ujong,
70300 Seremban, NSDK

No 22, Jln Bunga Raya 6,
Pusat Perniagaan Senawang,
70400 Seremban, NSDK

Luar Negeri Sembilan ada jugak.
Kat Jelatek.

No 1 G, Jalan Jelatek 1,
Pusat Perniagaan Jelatek,
54200 Kuala Lumpur.


Selamat menjamu mata dan selamat menjamu selera. Lapar ni.