30 April 2014

Pesta Buku Antarabangsa 2014

Sabtu haritu eka pegi PBAKL 2014 kat PWTC. Pagi sampai tengahari sabtu tu hubby duty. Tunggu dia balik opis tengahari tu baru gerak pergi PWTC. Mula-mula ingatkan balik awal la kan. Pukul 1 ke. Rupenyer pukul 2 baru balik. Hukhuk.  Masa tu pun dah start hujan lebat dah. 



Nak pegi Pesta Buku je pon,tapi baju biru tu kemaen lagi ketawanya.
Dengar radio punye pasal. Hahaha. Hakak Rimo plak tengah selfie.

Sampai je kat PWTC berpusing gak cari parking kat luar. Lebih 4 kali. Haha. Lepastu kitorang try cari kat dalam. Rezeki, sekali lalu je jumpa parking. Betul-betul depan tangga nak naik ke tingkat 2 ruang pameran buku tu. Senang cite. Hehehe. 

Gambo kat dalam takde pun. Huhu. Yelah ramai sangat kat dalam tu. Malas nak kluar henpon . Kalau jalan pon silap-silap boleh berlaga kalau tak betul jalannya.


Separuh dari hasil belian.
Banyak jugak rembatan hari tu.
Macam-macam jenis buku hader eka ngan hubby amek.
Nasib orang blanjer. Hahaha. 
Eka ada belikan mak eka Buku 400 resepi dari Chefwan,
tentu mak suka nanti hehehe. 



Dah sakit tangan ni menjinjit buku,
kalau tahu nak borong banyak gini,
 pinjam troli mak bawak gi pasor tu hahaha.




Salah satu buku yang eka beli kat Booth Lejen Press.
Tapi tak baca lagi. Siap dapat coklat seketui.
Eka dah baca satu je, Nasi Kangkang dari Azwar Ibrahim

Cite die pasal sorang pompuan yang dah ilmu hitamkan suaminya.
Jadi suaminya pun ikut je telunjuk. Gila bayang gitu.

Boleh tahan gak cite tu. Seram ler pulok.
Sebab tak sangka penghabisannya cam ngeri sikit. hehehe



Korang? pegi tak Pesta Buku tu? 



21 April 2014

Harumanis Dari Perlis

Minggu lepas, opismet balik dari Perlis. Sebelum pergi Perlis, dah kata kat dia. Eka nak kirim buah mangga harumanis. Sebab tengah musim ni. Kite nak ke Perlisnyer entah bila sampai kan hehehehe. lagipolak eka dah teringin harumanis ni sejak sebelum kawen ni. Hahaha lame kan? Tapi bukan eka mengidam tau. Belum ada rezeki lagi walopon perut agak buncc hahahahhh. Doakan kami yer. InshaAllah. 

Lepastu opismet bagi eka sebiji. Sebab dia tak beli banyak. Dapat sebiji pun punya suka. Dapat je buah tu, terus bau. Wangi wei. Bau cam mangga masak ranum. Bau dia hangat. Sedaplah bau dia. Kalau korang nak bau dia camne, nanti beli yer. Eka lupa plak berapa sekilo dia beli kat Perlis. Rasa dalam RM 23 ke 25.

Buah ni bermusim. Antara bulan April hingga Jun ke Julai tak silap. Harga dia tak tetap. Kalau musim cuti sekolah harga naik balik. Nak dapat pun susah sebab cepat je habis kena booking kalau kat Perlis. Kalau yang duduk luar Perlis tu, boleh beli online. Untuk keterangan lanjut boleh klik kt sini :


Lepastu terbaca plak blog Kak Suria Amanda, dia pon makan harumanis gak. Klik sini nak baca hehehe. Hari Jumaat haritu, bawak buah mangga sebiji terkontang kanting sumbat dalam beg baju. Tapi balut siap-siap ngan sokhabo demi nak makan ngan Abang Apple kitew. Hahaha. Kijam plak rase nak makan sensorang. Lagipun makan sorang tak best plak kan. Malam tu kitorang berdua supper makan mangga harumanis. Perghhh.

Jap tunjuk gambo.


Siap beli burger banjir. Bajet nak supper kat umah makan ngan harumanis.
Buahnyer juicy. Isi tebal. Bila makan merecik jusnyer. 
Err melampo tak imagine gini? Hahaha tapi memang betul ade sekali 
eka tergigit, merecik. Hahahaha.
Baunya wangi. Pastu manis pulok. Dah nama pun harumanis.
Sebiji ni pon jadila hilangkan teringin. 
Eka pun memang suka mangga. Takpe, nanti ada rezeki sampai Perlis,
kita beli banyak-banyak yer. Hehe


Buahnya lebih kurang camnila.
Besar pun lebih kurang ajer. 


Terliur tak uols tengok ni? Hehehehe
Rasanya MBG mesti ada jual gak ni.
Tapi tak taulah berapa harganya.

Sumber gambar : MBG Fruits Shop

Korang penah makan harumanis?  




17 April 2014

Jazz Putih

Semalam, dapat whatsapp dari group sekolah.


Guyssss

Jazz ingin diletgo. Kaler putih.
Masih Cantik. Tidak pernah jalan jauh. 
Owner pelajar.
Bagi owner RM 3,500.00.
Bulan-bulan RM 300.00.
Ada 2 tahun lagi.

Reason jual : Owner dah pergi oversea.
Berminat? Let me know


































Gambar ada?

<









>









<





<






>


Hahahahahahaha


p/s : ramai kena semalam ni. Eka pun terkena. Hahaha. Masa memula dapat wasap tu, rasa macam ehhh bio betik .Ye ke ni. Cam tak caye je.

Ramai gak terkena. Siap tanya lagi pasal deposit kete. :p Pastu adik eka yang lelaki tu, beria tanya, siap mintak gambo. Bila bagi gambo ni, dia terus cakap, LAWAK SANGAT KANNNNNNNNNNNNN hahahaha

Kawan fb cite plak, anak buah dia pun terkena. Dahla budak tu baru dapat lesen kete. Dengar gini, mau tak melompat. Hahahaha. 

09 April 2014

Kepala Ikan

Sejak opismet saye, Kak Fara mengajor makan kepala ikan dekat Sushi King, pantangla pergi ke Giant ni, mesti nak singgah situ sebab kepala ikan dah memanggil-memanggil suruh makan dia aaa.. Hahaha.


Salmon Ara Piri-Piri @ Kepala Ikan Salmon Goreng
bersama sos ape tah namanya.
Rasanya sangat sedap. Macam isi ikan terubuk. Eh ni tekak eka tau,
tekak orang lain tak tau hehe
Yang penting ikan ni berlemak, kulit dia pun sedap sesangat.
Sepinggan sensorang pon habis silap-silap nak lagi sepinggan
(Kisah benar my opismet) Hahaha jangan mara.
Namamu dirahsiakan. :p


Ni sushi udang tempura, pon sedap jugak.
Penggemar udang cam eka ni, harus lah amek.
Sebab eka tak reti la makan sushi yang ada raw fish walaupun ikan tu ikan salmon
tak leh telan. Termasuklah jugak dia punya telor ikan ke, ape ke.
Tekak melayu memang gini hahaha.

Kalau nak makan sushi pun, mesti amek yang bahannya bergoreng jer.
Kalau tak, makan bento je pun. Sebab ada nasik. 
Nasiknya sticky sangat tu pasal cepat beno kenyangnya.

Tapi satu jelah tak best.

Air dia.


<





>




<





>




<





>






Sebab cawan dia kurus dan kecik.
Tak puas. :p tapi sedappp
Rasa nak bawak air dari luor jeee.

Nak minum green tea, errrrrrrrr tak boleh telan.
kehkehkeh


Korang? suka makan sushi?

p/s : Dah pandai pegang chopstick! hahaha

07 April 2014

Kuih Sema

Assalamualaikum semua. lamanya eka tak update. Sorry ye semua, eka sibuk sikit minggu lepas. Eka pergi kursus, pastu balik kursus ada lagi seminar. Pastu balik ke Nogoghi pulak. Sibuk sikit ehehe. Nanti eka cerita pasal kursus yer. 

Harini dah hari Isnin. Dah masuk bulan April 2014 dah. Kejap betul masa berlalu kan. Kadang-kadang tak sedor. Tinggal lagi beberapa bulan je nak masuk Bulan Ramadhan, pastu nak masuk bulan Syawal plak. Tup tup habis tahun. Kejap sangat.

Minggu baru ni balik umah mak mertua. Pagi semalam lepas sarapan, mak mertua bagi rasa buah tangan kak ipar bawak. Kak ipar kawen dengan orang Kelantan, bulan lepas dia balik sana, dia bawak lah ole-ole. Salah satunya kuih ni.


Cute kan. Macam-macam kaler ade. Hehehe.

Mula-mula bukak, eh kuih apa ni. Bila pegang berhembus tepung. Try kutil sikit, halus macam benang. Cubit-cubit masuk mulut. Cair dalam mulut, sambil kunyah-kunyah. Rasa macam cotton candy. Tapi tak terlalu manis bila dimakan dengan tepung tu sekali. Ingatkan tepung gandum, rupanya tepung jagung. Sedap jugak!

Bila post kat IG link dengan FB, tanya kat kawan-kawan especially yang dari Klate. Rupanya namanya Kuih Sema. Sejenis kuih tradisional turun temurun dari Kelantan. Ada orang panggil gula tarik. Sebab masa nak buat, kena tarik kot gulanya. Tu pasal dia halus. Dah macam benang. Lagi pulak bentuknya bulat-bulat. Lagilah macam benang orang buat kait-kait tu hehe. Tepung jagung tu pulak fungsinya mungkin taknak gula tu melekat antara satu sama lain. Semalam tak bawak balik pulak kuihnya. Segan pulak nak mintak kat mak mertuo. Ni rasa rugi plak tak bawak sebiji dua. Tapi takpelah, ujung bulan balik lagi. Hehehe.

Korang penah makan kuih sema nie?

p/s : Ada macam-macam nak update, tapi malas tahap gaban power rangers ultraman hahaha.