28 May 2014

AL Fatihah DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan

Seluruh rakyat Perak berdukacita atas kemangkatan Sultan Perak pada hari ini,

28 Mei 2014.


Pengumuman Khas dari Menteri Besar Perak.
Esok, 29 Mei 2014 Perak diisytihar cuti umum.


Al Fatihah.






Pizza Hut - Taste Of Italy

Hai semua, selamat pagi. Dah hari Rabu la harini. Kejap je masa berlalu. Semalam, ex practical student kat office, melawat kitorang kat opis. Lunch tu pulak, saje nak ngedate ngan dia, perempuan tau. Hehehe. Kitorang pegi Pizza hut. Nak rasa pizza baru,Tekak macam nak makan makanan 'omputeh' la. Hihii taste of Italy pulak. Memandangkan pizza hut kat depan opis ni je, kita jalan kaki je. Exercise sikit. 

Kitorang makan set untuk 2 orang, katanya jimat sehingga RM 15.20. Jadinya satu set, RM 32.90.

Antara yang termasuk dalam set tu ialah,

  •  1 Pizza taste of Italy. (Kami pilih Romano Chicken. Ni sedap plak hehehe)


  •   1 Pasta ( Kami pilih Pesto Chicken Spaghetti, pun sedap)


  •  Italiano Brushchetta ( Ni kami makan celup ngan mushroom soup, sebab tak nak order garlic bread  haha)


  • Air Pepsi jer


Ehhh rajin pulak aku review hahahahahaha.

Jap, tunjuk gambar yang pentingnya. Tapi takde plak selfie dengan pizza. Huwaa rugi rugi. Baru tahu pizza hut ada buat contest posing dengan pizza. Kalau buat, tah-tah kami menang, kan?? krik krik krik krik hahahahahah


Deco dalam restoran pun dengan taste of Italy.


Tu yang kiri tu lah Brushchetta nyer. Dihidangkan dengan dip dia.
Rasanya pencicah dia tu macam salsa. Eh memang salsa la aku rasa. Haha
Ada tomato + onion + ada herb maybe basil kot.
Masam-masam sikit. 

Yang kanan tu asal masuk pizza mesti nak order.
I like potato hehehehe.


Ni lah watak utamanya.
Romano Chicken Pizza.
Ni sedap, dia nipis tapi bukan yang nipis sangat tu,sedang la kira.
Rangup-rangup sikit. Sedap. Kena tekaklah yang ini.
Gabungan 3 jenis cheese Italy. Tapi taktau amenda,haha.
Ada bawang, lada benggala merah, chicken roll ngan bayam. 
Tapi bayam sikit aje. Hehe
Harap makan bayam jadi sihat macam popeye the sailorman tuttt tutttt hahaha


Yang ni pesto chicken spaghetti. Mula-mula makan, rasa macam tak pedas sangat.
Disebabkan tekak orang melayu, kami gaul sekali dengan cili sos.
Wahhh sedap plak, disebabkan ada chilli flakes tu, ha dia rasa lagi kick,
ni pun sedap. Pendek kata sedapla sebab kami tersandar kekenyangan. Krik krik krik. Hahaha

Air plak pepsi je kan, jadinya tak yah lah susah nak tempek gambar,
bayangkan aje gelas pepsi berpeluh dengan ais batu. Lalalalalala.


Korang dah rasa pizza taste of Italy ni? Tekak korang camne? Sedap tak? 




26 May 2014

Roti Gegar @ Medan Selera Dato Sagor, Ipoh

Hari Khamis haritu, sampai je Ipoh. Opismet aku, Kak Aida ajak makan dekat Medan Selera Dato Sagor, Ipoh. Medan selera ni belakang Town Hall, Ipoh. Seberang jalan Town Hall tu plak ada KTM Ipoh. Aku tak tahu jalan pun kat Ipoh ni hihi. Dia nak bawak kami makan kat kedai Roti Gegar. Haaaa nampak, bergegar tau nama roti tu hehehe.

Nanti jap tunjuk gambar.


Serius, sedap.

Roti lembut, garing. Roti benggali diisapu dengan butter, dibakar.
Dah bakar dia kerat sikit supaya senang kita nak makan sebab dia jadi petak kecil.
Letak telur.Telur kat atas pulak memang cantikla masaknya.

Tabur lada sulah + kicap, pekena pulak teh tarik.
Kompem, mak mertuo den lalu pun tak sodar hahahaha.

Korang suka tak makan roti cenggini?

p/s : entry autopublish. Harini eka cuti, semalam ada majlis cukur jambul Cik Zara. Nanti kita upload sekitar majlis Cik Zara pulak ye hehehe






23 May 2014

Happy Birthday To Me

Semalam, 22 Mei 2014, naik lagi setahun usiaku. Tak sangka la dah nak masuk 26 hehehehe. Ingatkan baru umur 20. Hahahaha. Perasan mudo lak ai. 

Terima kasih buat suami, keluarga, kawan-kawan yang wish. Nak tergelaknya suami lah. Dia punya excited, pukul 11.55 dia dah wish guna whatsapps. Kite kate awal lagi, dia cakap ala lagi 5 minit. Hahaha. Lepastu pukul 12.00 tepat dia post plak kat FB, agaknya dia memang dah siap taip, bila start pukul 12 terus dia post. Nak jadi yang pertama katanya. Dah siap post, nak tido. Mata pun layu katanya. Hahahaha. 

Semalam eka seharian kat Ipoh, petang baru sampai rumah. Masa lunch dekat aeon station 18 kat Ipoh, opismet eka, Kak Aida dan Kak Ji belikan slice kek kat Bakers cottage. Terharu plak hehehehe. Yelah, semua yang tersayang jauh nak celebret. Tapi ada kawan-kawan yang masih ingat. 

Lilin tak nyala sebab takde lighter. Lagipun nak buat hiasan je. Bukan sempena 30 tau hahahaha.

Alhamdulillah di umur ini, aku ada kerjaya,suami yang penyayang dan juga keluarga yang menjadi penguat semangat serta rakan-rakan yang sedia membantu apabila memerlukan. Syukur ya Allah. Cuma target aku, nak rasa jadi seorang ibu.  Hihihihi ayatnya kemaen.






Hehehehe nampak bambam lah.
Orang kurus kalau naik badan, mesti tang peha n pipi.
Tapi memang betul, mengalaminya sekarang.

Tahun ni nak cake baskin robbin la rasenye.
Teringin pulak. Encik somi, taknak ke belikan untuk isteri awak nie.
Haha


tu nak yg pink tu hikhik


Tapi yang ini pon bolehhhhhhhhhhhh hahahahaha

p/s : Tahun ni ade ke yang nak bagi adiah yer? hahahahahaha menanti hadiah ni. 

20 May 2014

Masam Keladi

Dari kecik, kalau emak atau nenek yang masak gulai masam keladi, mesti aku ratah macam tu aje. Tak suka makan dengan nasik. Kadang-kadang sampai keluar air hidung sebab pedas. Makan pulak hirup panas-panas. Kalau ada sambal belacan lagilah. Memang menangis dibuatnya Hihihi.

Kalau mak dengan nenek buat, biasanya mesti letak bawang putih masa tumbuk cili tu. Tapi bawang putihnya ditumbuk kasar dan bahan terakhir sekali ditumbuk. Letak banyak-banyak, bila keladi dah masak, bawang putih pun masak, lembutnya bawang putih tu sama ngan keladi. Takde rasa bawang putih pun. Sedapnya alahai.

Tadi turun beli untuk lunch awal sikit sebab semalam turun lewat, lauk dah habis. Terpaksa mintak budak-budak kantin goreng tolo dadar. Harini diorang tegur, mesti kak ika ni turun awal sebab takut lauk habis. Hihi lagipun sini hujan, jadi perut tu lapar dia ekstra sikit hahaha.

Nah, tayang sikit.


Batang keladinya lembut dan lembek. Nyummyy
Isi keladi pun empuk.

Rasa cam eksotik pulak lauk ni kan hehehehe. Tapi kan, kena pandai masak ni. Ada sesetengah keladi, gatal. Penah jugak makan keladi, gatal merenyam kat tekak. Ada petuanya tapi dah lupa. 

Korang, suka keladi tak? 


19 May 2014

Kolopilah

*tadi aku letak Kopilah jer, sekali somi datang komen kat fb. 
Bukan Kopilah, tapi Kolopilah. 
Yela yela aku tukar hahaha.

Hari sabtu haritu mak mertuo ajak kitorang pegi kenduri umah sedara besan mak kat Serting Ulu, Negeri Sembilan. Kitorang pon on jelah lagipun memang takde plan ape-ape pun haritu. Pagi tu pulak hujan lebat sangat. Kalau tidur sedap ni. Tapi perut plak lapar hahaha. Sedang elok la nak pegi kenduri.

Gerak dari Seremban, hala ke Kuala Pilah. Ini first time la aku pergi ke Kuala Pilah bagai-bagai ni. Lalu kat jambatan kedua tertinggi di Malaysia kata sign board tersebut. Jalan nak pegi sana tu macam nak gi cameron highland plak. Liku,liku, selekoh, bukit-bukit, ada gunung ganang kat tepi jalan. Barulah den tahu ada nama tempat Tanjong Ipoh, Terachi dah ape lagi tah nama tempatnya. Lupa hehehehe.

Ada lalu satu kawasan sawah padi, cantik. Padi tengah menguning. Lupa nak snap lah plak. Pastu lalu dekat Restoran Warisan, dekat simpang nak ke Istana Seri Menanti. Mak mertua kata, mahal makan kat situ. Tapi cantik la pulak. betul-betul suasana kampung habis.Tepinya sawah padi. Boleh bayang tak camne? Eka letak gambo gugel jap. Best. Ada sesiapa penah makan situ tak?


Sumber gambar dari blog ini,
terima kasih tuan blog. :)

Sampai kat kenduri, jalan lecak habis. Sebab baru lepas hujan teramat lebat. Tengah sejuk begitu, makan pula nasik minyak berlaukkan gulai lomak daging salai berkentang, sedaplah jadinya. Hehehe.

Masa nak balik tu, abang ipar ajak singgah jalan-jalan kejap kat Hutan Lipur Serting Ulu, jalan nak menghala ke hutan lipur tu satu jalan dengan rumah orang kenduri tu, jadi ape salahnya kita melawat kejap. Hehe. Nak mandi air terjun memang tak laa. Baju pun tak bawak.


Kat sini ada Berhulu camp, 
sape-sape nak buat kem tu boleh la datang sini.
Lupa lak nak tangkap gambar, tapi boleh klik sini untuk maklumat.


Menarik jugak kat sini. Airnya sejuk.


Kalau nak pegi ke tempat air terjun yang cantik tu,
boleh naik atas lagi. Tapi kami tak naik pun,
dengan berbaju kurung bertumit tinggi, memang tidaklah nak memanjat ke atas ni. 


Dekat bawah ni ada kolam. Tapi airnya macam keruh 
sebab bertakung kan. Tengok orang mandi cam best je berendam.


Sepanjang jalan menghala ke Kuala Pilah tu 
tepi-tepi jalannya kemaen banyak lagi orang meniaga.
Banner coconut shake, gulai lomak daging salai restoran warisan pon ado.
Pastu ada ramai jual itik salai, sembilang salai, keli salai, madu, tolo itik. 

Meriah betui. Masa balik tu singgah jap kat Terachi.
Mak mortuo nak beli potai, sebab ada sorang menantu baru mak, 
teringin beno sambal petai udang. Ish ish menantu mak ni, ngengada. 
Sapelah tu hahahahaha.


 

Ini lah Terachi. Lalu kat sini memang syok sebab rumah cantik-cantik,
bukan kat Terachi ni je. Sepanjang jalan tu punya banyak rumah-rumah tradisional
orang Negeri Sembilan. Ada satu rumah tu kemaen lawa warna Purple + peach.
Tak sempat tangkap gambar, driver laju sangat.
Haih baru nak snap dari dalam kete hihihi.



Ni salah satu rumahnya. Tengok dekat-dekat lagi cantik, 
comel je tau. Bersih pulak tu keliling kelalang.



Singgah sini, macam-macam ado.
Berkenan pulak ngan bakul baby tu.
Tapi baby nyer tak ada lagi. Cuci mata jelah dolu ya hihihihi.

Korang? ado orang Kolopilah sini? Raye nanti nak datang umah, boleh? Hahahaha



14 May 2014

Terengganu Kite

Awas, entry ni panjang sikit, banyak gambo hasil cedok-cedok dari peserta yang join heheheh.

Minggu lepas, hari Jumaat malam, eka, suami dan 3 orang kawan dia, kami ke Terengganu Darul Iman. Negeri cantik, budayanya menarik.Kenalah dengan slogannya tu.

Ini first time eka datang Terengganu. Baru lah complete penjelahan belah semenanjung Baru je complete ye Malunya. Ahaha. Eka sampai KL pukul 8 lebih, tunggu semua sampai, lepas makan baru kami gerak. Tu pun pukul 1 lebih dah. Ikut Gombak sampai Plaza Tol Jabor dalam pukul dalam pukul 3 lebih kot. Lupa dah. Lepastu teruskan perjalanan, sebab nak singgah kat rumah makjang. Mak sedara eka tu. Dia duduk dekat dengan Padang Kubu. Kat Kompleks perumahan Durian Mas. Singgah rumah dia untuk rehat sekejap, sebelum dia bawakkan kami ke Kerteh pagi Sabtu tu.

Jalan Jabor tu macam jalan lama, kiri kanan sawit, getah pun ada kut. Ada lah kedai-kedai, rumah sume. Dalam pukul 4. 30 makjang call, tanya kat mana. Dah call dia wasap plak, eka pun memang tak tidor sepanjang perjalanan, macam biasa lah teman hubby nyembang, risau plak takut dia mengantuk. Tapi memang dia mengantuk pun, kejap mintak air, kejap mintak chewing gum, kejap gegula. Berbalas wasap ngan makjang, sekali kereta hubby macam hilang kawalan, dia mengelak kekiri, pastu kekanan, masuk kekiri balik. Allah ape ni, terus jerit kat suami. Suami pulak terus tunjuk-tunjuk ke arah depan, dia tak bercakap! Bila dah tenang semula, baru tanya dia, kenapa. Rupanya dia nampak ular sawa, besar gila, kepalanya sangat besar. Badannya panjang, kereta kami sikit lagi nak langgar kepala dia, sebab tu dia mengelak. Nasib baik lah Allah bantu, tak ada kereta dari hadapan, memang kami dua kereta je masa tu. Kalau ada, tentu terbabas dah. :( Lepastu hubby terus suruh eka jangan cakap apa2 pasal ular sawa tu. Terus buat tak tahu sampailah kat rumah makjang. 

Sampai rumah makjang pukul 5.30 pagi, suami tanya kat kawan dia yang drive kat kereta belakang, Hafiz namanya. Dia pun nampak. Dia pun nyaris nak terlanggar, tapi eka tak nampak apa-apa, sebab pandang handphone. Debar-debar okey. Huuu. Dah siap sarapan sambal sotong yang giles pedas, solat.  
Ape lagi, semua tertidur termasuk lah eka yang macamlah drive ni hehehe.

Sabtu pagi tu pukul 11 lebih, gerak plak gi Felda Kerteh 4, Bandar Ketengah Jaya. Rumah kawan hubby, Izwang namanya hehehe. Kan namanya dah tambah G kat belakang tu kihkih.


Majlis menyambut menantu, seronok jugak kenduri kat sini.
Makang gulai.
Kata Izwang, kalau kenduri menyambut kat sini, 
pengantin perempuan duduk kat atas rumah, ada pelamin kecil,
tetamu perempuan akan naik ke atas, jumpa pengantin perempuan.
Salam-salam dan bagi hadiah. Eka naik jumpa wifenya, orang Johor.
Ada gambo,dalam henpon makjang hehe. Tak dapat tempek sini. 
Pengantin lelaki pula kat bawah, layan tetamu.
Lauknya Izwang cakap, memang camni. Simple tapi sedap, tambah dua kali.Aha.
Ada gulai daging, ayam rendang, acar timun, 
sayur labu air tumis ikan bilis (sedapp) cicah sambal belacan,
ada ikan kering jugak. Ada bubur kacang hijau + jagung, Sedapnya lahai,
sampai sekarang terliur lagi ni adehhh.


Kawan-kawan suami. Ada yang kawan dari sekolah menengah,
ada yang dari Poli. Ni BFF diorang la ni.
Eka plak memang sejak kawan ngan suami, kenal diorang ni.
Semua baik. Ada yang single lagi. Kecuali nombor dua dari kiri. Lakiku.Hahah

 Bokonan dengan yang lain ? PM eka hahahahahaha :p

Dah setel kenduri, kita gi Tasik Kenyir. 


Ada festival kat situ.


Macam-macam hado dijual. Makjang bagi eka hadiah kat eka.
Bagi sesiapa yang datang Teganu gi umah dia, dia bagi hadiah.
Dapatlah blender Sharp kaler pink uols. I lap u makjang hahaha.


Nampak tak kegigihan suamiku menjinjit hadiah belender tersebut,
 sambil meronda Tasik Kenyir hahaha. 
Disebabkan ada festival kat situ, maka kereta diparking kat satu tempat,
ada bas yang akan angkut kita ke atas. 


Cantik dah Tasik Kenyir ni kata orang yang dah penah pegi.
Ada macam dataran, dulu takde.
Tapi panas kanmain. 

Kendian, ada terjumpa rumah yang unik.
Macam kat obesi uols. 


Cantik kan. 
Posing sepam.


Eh posing dua pam.

Konon-konon tak ready amik gambo, 
padahal pesan kat tok Laki,
suruh tangkap je gambo orang betulkan tudung. 
Erkkk K BYE! Ahahahahahah.

Selepas ke Tasik Kenyir yang sangat jauhhhh dari Kerteh itu,
kami ke Kuala Terengganu plak.
Yo yo ooo je Makjang kabo sejam lebih je dari Kerteh, 
ropenye dekat dua jam lebih nak ke Tasik Kenyir
Pilot kat sebelah dah rope nak mengamuk, penat drive.
Nasib i sempat tenangkan dia dengan membuat lawak2 antarabangsa.Hahaha.

Kita ke Masjid Kristal pulok. Nasib baik dari tasik Kenyir tu
nak ke Kuala Terengganu ikut jalan potong.
Kecik je jalannya, ikut ladang Espek apa tah.
Pak Jang yang jadi pemandu arah.

SubhanaAllah sangat cantik masjidnya.


Haruslah bergambar dolu kan,
bukan selalu datang sini kang abe weh.
dan dan ade G kat belakang khen. Haha


Nak jugak berlatar belakang kan Masjid Kristal.


Nilah makjang kite, adik mak yang nombor 4.
Kemaen seronok lagi kite datang sini.
Sebelah kiri tu TokWan, Pak Mertua Makjang,
makjang jaga Tokwan.


Ahli rombongan nak bergambo bersame2 jugek.

Selepas Masjid Kristal, kami nak ke Losong plak sebelum cari hotel
kat Batu Buruk.


Singgah sini, saje cari kudap-kudap


Sedap sangat kepok leko losong ni.
Nyesal hari last kat KT tak gi beli sini ayaiyaiyai.
Makanya kami langsung tak beli di Losong sebab nak balik ikut Kemaman,
nak beli di Kemaman.

Sampai di batu Buruk, lepak sini jap.
tadaaaaaaaaaaa.


Kereta Kudo berhias. Tak naik pong.
Kalau naik mesti feeling princess kan hehehe.
Dewasa RM 5.00, Kanak-kanak RM 3.00

Lepas tu kite cari hotel. Semua full. Wuuuuuuu
Call sana sini, Batu Buruk Beach resort ada satu je lagi bilik,
abes yg kawan2 hubby tak dapat kang. Cari lain.
 Dapat primula pon best gak Tapi, Primula pon full.

Yelah, cuti tersepit kan, ramai la.
Cari cari dapat kat Intan Beach Resort. 
Dua bilik je tinggal.


Gambo Google jer hehe.
Bilik okey semua. Nyenyak tido. Kehkeh



Ni kat Lobi, nampak pantai.


Pemandangan dari Lobi.
Punya kocik donia, boleh plak terjumpa opismet hubby,
siap reverse kete lagi bila nampak hubby haha.



Selfie dolu sobolum balik.
Balik ikut jalan pantai.


Cantik pantainya. Tangkap gambo dari dalam kete je.
Siap suruh hubby bawak slow-slow, mak incik nak tangkap gambo nie.
Ha, hahahaha.


Ni masa lalu kat Petronas Kerteh tu, nampak api. 
Snap sekeping. Hihi.
Ramai betul pekerjanya, motor, kereta bersusun.

Singgah kemaman, beli sikit je.
Singgah Cherating kejap.
Pilot2 nak rehat



gambo ni kontrobesi.
Ada cakap gemoklah, sedih.
Huhu ada cakap pregnant lah.Padahal belum waktunya membuncit.

Cuma eka tertunduk + baju pon terkembong.


Tengok ni, tak gemok kan kan kan.

Akhirnya sampai bangi pukul 2.30 pagi setelah gerak pukul 2 lebih dari K. Terengganu. Hajat nak makan ikang celop tepong tak kesampaian.Yelah dah lewat sampai kan. InshAllah datang lagi nanti. Isnin cuti, memang rehat cukup-cukup kat umah. Ni dah mula kerja semula.

Na na na na Ganu kite...



07 May 2014

Cik Zara

Kejap sangat masa berlalu, anak buah aku dah 3 bulan lebih. Dulu masa lahir alahai kecik yang amat. 2.5 kg aje. Tapi Alhamdulillah sihat walafiat. Lama tak tempek gambo dia, skang ni sonok main sebab dia dah pandai tengok camera. Dah pandai main-main. Dah pandai kenal orang jugak hehehe. Nanges dia kalau orang tak biasa. Tapi ngan aku dia tak nangis. Mungkin sebab aura dari dia dalam perut suka sembang ngan dia. Hihihihhh. 

Budak kecik skang, zaman media sosial ni, kemaen pandai tengok camera. Si Zara ni bila hala je handphone, mata dia terus tertancap kat handphone. Tapi takde flash lah. 

Balik rumah mak, pepagi buta mak @ nenek Zara dah suruh eka amik Zara dalam bilik mak ayah dia. Siap ketuk ni, uiiii kome, Zara dah bangun ke, bak sini dia. Hahaha


Bulat2 biji mata awak nie 


Sedap menggomol.
Eka suka gomol cium-cium dia sampai dia rimas.
Jahat kan maklong ko nie ahahahaha.




Amboi masam betul muka masa selfie dengan Zara,
masa ni eka nak pegi amik ibu Zara balik rehat.
Sambil selfie, rupenye balik umah, Zara tengah popo.
Hahaha patut masam je rope.



Paklong pun nak begambo gak ngan Zara.
Kemaen lagi bulat mata.

Zara mesti tak sabar nak dapat sepupu kan Zara? 
Boleh main ngan sepupu Zara . Ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh 
Hahahahahahahahaha





05 May 2014

Jus Ambra @ Kedondong Asam Boi

Haih tengok gambar ni, rasa meleleh plak air liur teringat rasanya. Haritu eka cuti 4 hari. Best gile. Hahaha. Banyak betul cuti tersepit tahun ni. Geng-geng PJJ memang sonok lah, boleh ambik cuti direct. Haritu Labour Day 1 mei hari Khamis, eka amek terus hari Jumaat. Minggu depan wesak 13 Mei jatuh hari Selasa, so hari Isnin eka amek cuti lagi. Lagipun minggu ni kalau takde aral melintang, eka nak ke Terengganu. Kawan baik suami kawen.

Hari Rabu malam dah sampai umah mak eka. Punya syok balik umah mak, makan sedap-sedap hihi, dapat main ngan anak buah, Zara. Pastu ada suami kat sisi ecewahhhh dapat pulak jumpa mak ayah. Best sesangat. Khamis tu pulak makteh datang, bawah buah ambra @ kedondong. 

Ni ha rupanya bagi yang tak penah tengok


Sumber gambar [sini] TQ

Rasa buah ni unik sikit.
Rangup dan masam manis.
Meleleh lagi air liur ni. Haha.
Kalau nak macam gitu aje pon boleh,
ada yang dibuat jeruk.Tapi eka suka makan cicah kicap.
Haritu pulak suami mintak buat air kedondong asam boi,
Dia siap beli asam boi lagi lepas solat jumaat.
 Terpanjat gak tengok dia bawak seplastik asam Hahaha.
Mengidam ke pulak suamiku ini. Hehehe.

Petang tu kemain panas lagi, memang sedap sangat minum air kedondong asam boi ni.



Terliur tak? Hehehehe.

Cara dia senang sesangat.

6 biji buah kedondong
Air masak satu jug kecik 

Blender dua bahan ni, 
dah siap blender taruk gula sikit je. 
Dalam sesudu.

Lepastu tapis, saya tapis guna tapis teh yg nilon tu,
Dah siap tapis masukkan dalam jug, campakkan buah asam boi 5 biji.
Paling sedap asam boi kaler putih tu. 

Kacau-kacau, masukkan air batu,
pastu minum tengah cuaca panas. Perghh.
Masam + manis + sejuk memang sedapppp

Suami kata, macam air asam boi kat kedai Mohd Chan,
tapi dia kata, eka buat lagi sedap lah. Hahaha
Buat ngan kasih sayang kan, tu extra perisa heheh.


Korang, penah makan kedondong? Semalam eka gi tasik titiwangsa. Ada makcik2 gerai situ jual buah potong, ada buah kedondong ni makan ngan asam serbuk. Perghhh sedap rangup masam manis.