27 June 2014

Kibas Bakar for 1st Time

Semalam, cawangan opis ada buat makan-makan, majlis beramah mesra camtu. Kitorang pun semua kegembiraan lah sebab dapat makan sedap. Terbuntang jugak bijik mata makan tadi. Adalah dua round. Hahahaha. 

Menunya sedap-sedap. Ada nasik goreng, spaghetti, bihun goreng, butter prawn, sayur, buah-buah,dadih, air kelapa (frust tak dapat minum) dan menu istimewanya Kibas Bakar. Sebenarnya saya tak tahu pun kibas ni macam kambing. Yela sama spesis ngan kambing kata owner syarikat bbq nie. Alamak. saya tak makan kambing. Tapi teringin dia tu membuak-buak plak. Orang beratur, ehh saya pun nak beratur jugak ambil kibas bakar tersebut. Rasanya, sedap. Ingat ada bau cam kambing ke kan. Tapi takde bau. Perghh sedap rupenye. Lepasni boleh la cuba kambing boer bakar plak. Hahaha. 

Dulu masa kat opis lama, opis tu ada projek kambing boer lagi. Hampir setiap bulan ada pelawat datang. Masa tu boss selalu buat kambing bakar tapi sekalipun saya tak pernah cuba. Hahahaha. Yelah, selalu tengok kambing. Makan kambing pun tak nak. 

Malas cite banyak, jom lah cuci mata melihat gambar. Lapar je kan tengok pagi-pagi begini. Hehe


Butterprawn my fav. Sedap.
Baru semalam teringin makan udang, harini dah dapat.
Alhamdulillah.


Geram je tengok tembikai, tapi saya batuk.
Lupakan hasrat menikmati buah semangka ini.


Ni second round. Hehehe
Sikit-sikit tapi semua rasa.

 

Inilah Kibas panggang tersebut.
Sesiapa yang nak buat majlis, nak order kibas, kambing ke boleh contact 

Abang Ismail : 0192724842
Blog : BBQ Kambing

Bila korang order, harga termasuk pakej dengan side dish

Home Made Mash Potato
Salad
Bun
Buah Oren


Menyelerakan hehehe



Sebagai penggemar kentang, termasuklah segala jenis kentang
lagi-lagi mash potato ni, memang ini jela yang makan banyak pun. 
Kehkehkeh.
Sedapp. Semua jenis mash potato saya kata sedap hahaha.


Saya punya. Daging kibas lembut. Manis.
Siap dapat rib pulak tu. Tapi segan nak makan kokak-kokak.Hihi

Alhamdulillah kenyang dengan semua hidangan.

Korang, makan kambing bakar? Pernah makan kibas? 





25 June 2014

Sempena World Cup!

Google buat doodle menarik sempena world cup 2014 


Hah masuk, masuk


Boss lalu hahaha tetibe keluar graf plak kannnn


Silent


Tetibe.


Tertukar bola semula hahahahaha







24 June 2014

Cerita Hujung Minggu

Assalamualaikum.

Kebelakangan ini, agak sibuk pula. So, update pun tak berapa banyak pasal diri sendiri. Banyak pasal shopping lah, produk lah. Tu yang suka. Heheh.

Tapi lepasni kena rajin la pulak kan. Kesian pula my followers semua. 

My hub pulak sibuk dengan assignment dia yang banyak tu. Dia nampak macam pressure tapi sempat lagi menonton bola uols. Haha. Kalau dekat rumah pulak, memang takde can lah i nak tukar channel lain. Setiap hari, TV tak katup tau. Tido depan tv sambil tv pasang. Agaknya bill eletrik pun mahunya melambung macam mael lambung bulan ni sampai bulan depan. Hahahaha. Nasib dia yang bayar, bukan i.



Dekat wall siap tampal dengan carta world cup ni lagi. 
Marker pen sebatang terkontang kanting atas meja dekat dengan wall ni.
Senang nak tulis score katanya.
Kalau my hub tidur, barulah saye cepat-cepat kalih channel lain. 
Hahaha. Tidur la lama sikit kan, lama la boleh tengok channel yang saye suka. 
Yippieeee~

Hari Sabtu lepas, kitorang pergi ke Hotel Presscort Kajang,
ke kenduri kahwin ex-officemate my hub.
Dulu satu cawangan, sekarang pengantin lelaki tu dah tukar ke Cyberjaya.
Tahniah pengantin, selamat pengantin baru.
Lalui hari-hari yang indah bersama-sama sehingga keakhirnya. 

Eh gambar ni menampakkan i macam gemok,
tapi jangan tertipu tau. I still macam biasa, cuma berisi sikit je.
Biasalah, lepas makan kan. :p 

Last, gambar separuh-separuh.
Trend hahaha bluerkkk









<









>









<









>









<





p/s : Kebelakangan ini jugak, macam-macam hal yang berlaku di dalam lingkungan keluarga dan kawan-kawan. Ada yang pulang ke Rahmatullah. Al- fatihah untuk saudara-saudaraku. Walaupun saya tak dapat ziarah, alhamdulillah ada yang saya jumpa dalam mimpi saya semalam. Sayu sangat rasa hati. 

Juga untuk orang-orang disekeliling saya, buang yang keruh ambil yang jernih. Ya, manusia semua tak perfect. Cuma saya nak pesan, nak buat apa-apapun, fikirlah masa ke depan. Jangan ikutkan hati, kelak binasa. 

Kita dibekalkan dengan ilmu yang cukup, hasil didikan ibu bapa, sekolah, universiti lagi. Tapi kadangkala kalau kita ikut hati, semua boleh hilang. Tapi tak mengapa, dengan doa yang tidak putus. Alhamdulillah, semua kembali normal. Mulakan hidup baru ya sahabat-sahabatku. 






19 June 2014

Kasut Dari Zalora

Semalam kita order kasut dengan Zalora. Barulah tahu Zalora ada keluarkan kasut jenama sendiri. Cantik-cantik design dia tau. Jenamanya EZRA by Zalora.

Kita klik klik order, tak sampai sejam, kata order dah diterima, lepastu terus dah pos. Siap dengan tracking. Laju. Memang betul la iklan tv tu cakap. Patutla banyak suara menjerit-menjerit kat iklan tu. Hehehe.
Sehari je penghantaran. Tapi ikut kawasanla. Macam kat sini, memang sehari kadang-kadang dua hari. 

Tunggu-tunggu jugak abang GDEX sampai, hehehe. 





Saya order dua kasut ni.
Ezra By Zalora
Dua-duanya saiz UK 40, tapi kalau MY saiz 9


Yang ni casual wedges Vincci, saiz 9.
Disebabkan memang selalu beli cikvincci ni,
jadi saiznya sama je, terus grab saiz 9 tanpa ragu. 
Amboi tanpa ragu hehe.


Sampai je parcel, ada satu sampul macam-macam ada.
Macam biasa, ada invoice. Ada baucer diskaun, hehehe. Ada % ni paling suka.
Ada update baju raya terbaru yang modelnya Diana Danielle tu.

Yang menariknya apabila shopping di Zalora,
Dibekalkan siap-siap sampul pos laju lagi kalau kita nak return barang.
Barang tak muat ke, barang berada dalam keadaan yang tak baik ke,
kalau korang tak suka barang tu pun korang boleh return balik.
Best tak? hehehehe


Sling wedges Ezra by Zalora.
Yang ni saiz 40.


Yang ni pulak Casual wedges by Vincci
Saiz 40 jugak.

*ehemmm kaki saya panjang, hanya kasut jenama tertentu je muat.
Salah satunya vincci ni aje yang celus di kaki panjangku ini.

Tapi, korang nak beli kasu di Zalora, jangan risau ye.
Tengok saiz betul-betul di Carta saiz yang disediakan.
Pihak Zalora menyediakan carta saiz yang memudahkan kita untuk memilih saiz yang sesuai.

Saiz carta ni pula berbeza mengikut jenis kasut yang kita pilih.

Contohnya kalau kita beli wedges Vincci di  Zalora,
akan keluar carta ini


Mudah nak pilih saiz yang sesuai mengikut jenis kasut yang kita mahu.

Jadi, apa tunggu lagi. Jom shopping lagiii. Hehe


Terima kasih Zalora.
Memudahkan saya dengan perkhidmatan yang pihak anda berikan.
Semoga kekalkan perkhidmatan yang baik ini.

Kawan-kawan yang nak cari kasut raya tu, meh la kite shooping kasut raya cepat. Hehehehe. Selagi saiz masih ada. Cepat-cepat klik Zalora : Shoes . Tapi kalau nak beli baju raya ke, tops ke, handbag ke pun ada di Zalora. Happy shopping uols. 





Sarapanku

Assalamualaikum semua, zaoshang haoPagi tadi kengkonon nak singgah beli nasi lemak kerang. Semalam try beli, eh sedap pulak rasanya nasik lemak tersebut. Itu yang harini nak beli lagi tu. Tapi sebabkan dah lambat, memang tak beli la. Lalu je kedai tersebut. Mana taknya, sampai pejabat pukul 7.56 tau. Lagi 4 minit je. 

Harini kita breakfast ini je.


Nestum tu penting. Sesuai dengan slogannya.

A cup of Nestum for a better day

Kalau yang oat ni, memang cepat kenyang tau. 


Korang breakfast ape harini? Tu je la motif entry pagi ni. Kena kerap update ni, dah macam makin pemalas jer rasanya. Haha. 

p/s : Tengah tunggu Gdex datang bawak barang dari Zalora ni. Hahahaha. Tak sabar menunggu ni. Boleh? Hihihi.




17 June 2014

Review LOREAL White Perfect Total 10 Whitening Day Cream

Hai semua, selamat petang. Harini kita cerita pasal krim kecantikan pula. Yang ini best. Siapa tak kenal Loreal kan. Kali ini Loreal Paris ada keluarkan satu produk yang baru dan sangat sesuai bagi semua wanita yang inginkan kulit tampak lebih cerah, tidak berkilau dan yang paling penting, kulit yang sihat. 

Ini dia, Loreal White Perfect Total 10 Whitening Day Cream.


Eka telah diberi kesempatan oleh pihak Loreal dan Lion & Lion antara yang terawal untuk mencuba kehebatan Loreal White Perfect Total 10 ini. 


TQ Loreal Paris Team dan Lion & Lion


Intense Whitening, 
perlindungan penuh serta mempunyai 10 kebaikan untuk lebih cerah 
dan bebas kilau.


Botolnya jenis pumping, comel sahaja. Loreal White Perfect Total 10 ini mempunyai 10 manfaat 
yang bukan sahaja mencerahkan kulit tapi ia juga melindungi kulit kita secara keseluruhannya.

Ia juga dirumus khas dengan 3 vitamin ( E,B3, & C ) serta Dermo Shield Complex 
untuk melindungi kulit kita supaya tidak gelap.
Krim ni juga dwi perlindungan bukan sahaja mencerah tapi melindungi kulit kita.

Menarik kan? 


Krim ini juga ada 10 manfaat untuk mencerahkan dan melindungi.
Bukan sahaja mencerah tapi meratakan sekali warna kulit. 
Yang paling eka suka, mengurangkan minyak berlebihan.


8 minggu je boleh nampak kesan, nampaknya kena tunggu 8 minggu ni hehe


Sampai-sampai je, terus nak cuba. Krim dia warna lilac. Cute sangat.
Bau pun tak kuat. Sapu di tangan pun terasa lembutnya.


Krim ini cepat meresap dan paling penting tak melekit.
Sekarang ini eka cuba pakai krim ni sebelum pakai foundation.
Hasilnya foundation pun jadi sekata. 

Jadi, pembaca semua yang nak cuba Loreal White Perfect Total 10 ini boleh dapatkan 
di pasaran sekarang dengan harga yang mampu milik RM 39.90 untuk 50 ml.

Untuk update terkini produk Loreal Paris, anda semua boleh ke :-


Facebook Loreal My : Facebook Loreal Paris Malaysia

Twitter : LorealParisMy


Kita dapat jemputan ke Blogger Tea Party to celebrate the launch of white perfect total 10.
Jumpa di sana ye kawan-kawan blogger. Dah lama tak join event. 
Kali ni je free boleh join. Hehe



Sekian, terima kasih semua. Cepat try tau. 




16 June 2014

Lama Menghilang

Assalamualaikum semua. Rasa lama sangat tak update. Maaf ye semua pembaca,saya agak sibuk kebelakangan ini.

Minggu lepas, seminggu eka berkampung di Intan Jln Elmu, Petaling Jaya. Kursus bahasa Mandarin. Ni hou ma? Ahaks.

Nanti entry yang berikutnya eka cerita pasal kursus tu. Memang menarik. Di akhir kursus,kita dapat bertutur walaupun tak banyak dalam bahasa mandarin.

Selain dapat ilmu baru, saye dapat ramai kawan baru dari pelbagai jabatan. Seronok bertukar-tukar ilmu.

Ingatkan harini nak update, tapi internet di PC buat hal,so update melalui hp jer.

Nanti internet dah ok kite post lagi ye uols. Tatata

Gambar bersama penceramah, Lai Laoshi. Dah dapat sijil, maka kerosos pon tamat.

Zaijian. Hee

07 June 2014

Aquaxyl Filler Mask From Hansaegee

Hai semua, selamat pagi. Haritu eka dah review Hansaegee punya CC Cream. Klik SINI kalau nak baca. Kali ini eka nak cerita tentang Aquaxyl Filler Mask yang best dari Hansaegee.


Eka jarang pakai mask, tapi bila pakai mask ni, best tau. Eka pakai mask ni sambil tengok tv, terlelap terus. Hahaha sebab sejuk. 


Ini rupanya mask ni.
Aquaxyl Filler mask ni bertujuan untuk meningkatkan kelembapan kulit
dan juga untuk pembinaan semula kulit yang rosak.

Bahan utamanya adalah Aquaxyl yang mempunyai pengekalan kelembapan yang sangat baik, 
Phyto Oligo, dan Ceramide yang sesuai untuk pembinaan semula kulit kita.


Nak pakainya ada dua step.Step yang pertama, 
kita sapu mask base ampoule.
Mengandungi Plant Water instead of Water
yang penting takde pewangi. So kulit kita tak rengsa

Tujuan kita sapu ni untuk memaksimumkan kesan mask yang kita akan pakai
dan juga untuk menyerap segala khasiat yang ada pada mask tu.


Ni kita sapu dulu ye mask base ampoule


Lepastu kita pakai mask.
Lembut lembab je mask ni macam jelly pun ada bila basah.

Sejuk je. Pastu kita relaks.

dah agak kering, kita buka.


Ni selepas pakai, muka rasa lembab je tau. Pastu tegang je kulit.
Yang penting rasa sangat segar. 

Best kan.

Bagi yang berminat, meh klik sini untuk beli macam-macam jenis mask 
yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Klik sini : 


Facebook : Hansaegee Nature

Instagram : Hansaegee Nature

Happy shopping uols. 









06 June 2014

Jenama Make Up Terbaik !

Hai semua, selamat pagi. Harini kita nak cerita pasal make up pula. Sekarang ni, macam-macam jenama make up ada di pasaran termasuklah jenama-jenama baru yang kadang-kadang kita sendiri pun tak pernah dengar. Tak kisahlah jenama tempatan ataupun antarabangsa, semuanya menawarkan rangkaian produk mereka untuk menjadikan kita lebih menarik dan berkeyakinan gitu. 

Kalau macam eka, kerja di bahagian customer service, memang kena sentiasa menarik dan berkeyakinan. Menarik tak semestinya make up sahaja, tapi keyakinan tu penting kan. 

Tapi, apabila kita nak guna sesuatu produk tu, kita sendiri pun tak tahu sejauh mana keberkesanan produk tu dekat kita kan. Kadang-kadang ada yang pakai elok je muka dia. Kadang-kadang ada yang tak sesuai, orang kita cakap tak rasi. Jadi, kita kenalah pilih make up yang sesuai dengan kita. Pemilihan make up sangat penting, mahal sikit pun tak apa, janji tak mendatangkan kesan yang negatif untuk kita. Sebab tu mahal sikit pun tak mengapa, asalkan produknya bagus. 


Ini ada berita baik untuk semua. kenal ZALORA kan? Yeahhh ZALORA!

Zalora sekarang ini membawakan barisan produk kosmetik ataupun jenama make up yang terbaek. Diulangi terbaik dan dijamin kualitinya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Jenama tersohor yang menarik ada di ZALORA adalah seperi FARMASI, SEPHORA, RODIAL, RIMMER, STAGE dan banyak lagi. Excited ni hehehehehe. 




Jenama-jenama yang Zalora pasarkan ni bukan nama baru tau, tapi dah lama. Eka pun pengguna jenama Farmasi. Lipstick dia best, foundation farmasi pun best. 









Macam-macam produk kosmetik ada tau, Korang nak foundation, blusher, eye shadow, lipstick,mascara dan banyak lagi lah daripada jenama-jenama make-up yang terbaik kini di ZALORA MALAYSIA .

Dengan beberapa langkah mudah sahaja, kita dapat membeli belah secara online dengan segera. Servis penghataran pun terbaik serta percuma ke rumah kita. Jangan lupa, ZALORA ada sediakan perkhidmatan pemulangan secara percuma selama 30 hari selepas pembelian. 

Jom, shopping make up di ZALORA.



 Klik sini : MAKE UP ! Happy shopping uols. 


02 June 2014

Jagung Rembau

Selamat pagi semua. Lemau betul la harini. Eka masuk rumah sewa baru, nanti ada masa eka cerita. Macam tak sangka je, penah duduk rumah tu dulu. Sekali dapat masuk kembali. Hehehe. TQ kak ct. Lagipun rumah tu agak selesa untuk didiami ditambah pulak sewanya lebih murah dari yang sebelum ni punya rumah dan keselesaannya pun berbeza.  Dah la tak boleh lebih kurang. Duit deposit pun tak dapat lagi ni. Hmmm.

Lupakan cite pasal rumah tu, cite pasal jagung pulak. Sebenarnya dah lama menyukai jagung. Tapi sekarang ni bertambah sukanya. Ahahaha. Jagung tongkol pun suka tapi eka lagi suka jagung dalam cawan. Lagi senang nak makan. Tapi jagung ni kalau eka nak beli, eka tengom dulu rupa jagungnya. Kalau jagungnya nampak jernih, berisi, bulat kompem kalau masuk mulut, gigit meletop letop air jagungnya. Tu sedap. Kadang-kadang ada yang jual isi jagung dah kempes. Tu tak sedap.

Sabtu baru ni, pergi kenduri kahwin adik biras kat Rembau. Dua orang sekali satu kenduri. Lepastu ada gerai comel jagung Rembau. Sedap plak tu.. Isi jagung dah manis + butter ngan susu bertambah lemak. 3 cup eka makan ye. Nak ambik banyak malu lah. Hahaha. Somi cakap, amboi kemaen lagi ye makan jagung . Hahaha.

Selain jagung ada gerai aiskrim. Walaupun kami sampai agak lambat, tapi aiskrim masih banyak dan 2 kali juga ambik aiskrim. Hahahaha. Sedap la pulak. Disebabkan ada flavour mint choc. Haruslah nak kan. Fav tu tau.


Ermmmmm sedapnya, nak lagi nak lagi nak lagi.

Korang pernah rasa Jagung Rembau?