25 July 2014

Selamat Hari Raya

Hai semua, sebelum blog ni bercuti selama seminggu lebih, baik kita wish awal-awal. 

Dikesemmpatan ini, eka nak memohon ampun dan maaf andai ada tersilap kata, terkasar bahasa kepada pembaca semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari saya dan suami. 

Semoga selamat sampai pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.



p/s : Cuti raya 8 hari. Best best best. 




Doaku OST Ramadan Jangan Pergi

Assalamulaikum, hai semua ! Harini masih kat opis lagi. Aduii tak sabar tunggu pukul 5 ni. Tapi ingat harini nak half day jer lah. Nak balik kampung. Hehe.

Korang malam-malam tengok tak cerita Ramadhan Jangan Pergi. Layan jugak cerita tu. Malam tadi hah baru tahu Lufya, semua tu fitnah si Johan je dekat mummy. Lufya pun sedar, dia bukan perampas suami orang katanya. Tapi sebab dia, Johan minta pisah dengan Farah. Baru tahu Farah tu baik. Malam ni last, kita record dulu la cite tu yer malam karang kalau tak sempat nak tengok. Hehe.

Tapi, suka lagu tema cerita tu, Lufya jugak yang nyanyi. Doaku. 


Doaku OST Ramadhan Jangan Pergi - Lufya

Ya Allah hanya padaMu ku bersujud

Matikan lah aku dalam keimanan

Ya Aallah hanya padaMu ku memohon

Kurniakanlah kebahagiaan di akhirat

Jauh dan lindungi aku dari kejahatan dunia

Manusia yang sering alpa

Mengejar kemewahan dunia

Ku tahu suatu hari akan tiba

Waktu untuk aku pergi menghadapiMu

Ya Allah berikan aku kesempatan

Dalam sisa waktu ini untuk aku bertaubat

Sesungguhnya aku berdoa

Agama umat sekian alam

Ampunilah dosa-dosa kami

Oh ya Allah

Pancarkan cahaya kepada seluruh anggotaku

Mataku telingaku hatiku seluruh anggotaku

Ya Allah kabulkan doa-doa hamba

Jantungku bergoncang mendengar kalimahMu


 p/s : Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah swt. Semoga Allah swt jaga kita, pelihara kita dari segala kejahatan dan kecelakaan.







24 July 2014

Wajah Baru

Hai, selamat pagi semua. Semalam. rasa macam nak botox kan wajah blog ni lah. Rasanya umur pun makin meningkat, warna pink ada bunga-bunga ni macam tak sesuai pulok la dengan usia sekarang. Cehhhhhhhhhhhhhhhhhhh hahahaha.

Rasanya blog ni kaler pink pun dah setahun lebih, kot. Ke dua tahun camtulah kotnya. Rasanya nak wajah yang lebih clean, simple. Nak taruk gambor kartun ke, gambor buah-buahan ke? Tak pun sempena raya ni gambo ketupat ke? Lemang semprit pon boleh kot. Hahaha.

Okeylah, nak try godek kejap. Kalau jadi, memang berbeza lah kejap lagi ni kang. Nak upah blog designer, rasanya lepas raya ni. Lets go, bebehhh.




23 July 2014

Terima Kasih


Terima kasih untuk semua pengunjung blog ini. 
Terima kasih kerana masih bersama saya yang kuat merepek ni kadang-kadang.
Selama 4 tahun saya berbelog, mana mungkin saya nak tinggalkan belog ini.
Yang banyak bersama-sama saya.

Macam biasa, bukan semua suka saya.
Kadang tak kenal pun, tapi ada gak yang menyampah T___T
Yang penting tak kacau orang, buat hal sendiri sudah hehehe.

Walaupun kekadang tah hape-hape yang diupdate
dengan resipi-resipi sendiri, dengan petua lah, tutorial yang seketul dua.

Dengan berbelog jugak saya kenal macam-macam orang.
Pelbagai golongan kerjaya dari suri rumah, para ibu-ibu. (suka tau baca blog ibu2) hehe
rakan sejawatan, rakan seusia, akak-akak,adik-adik,abang-abang,
pensyarah, doktor - doktor yang baik hati, cikgu-cikgu yang selalu datang sini,
owner bisnes online, artis blogger dan sebagainya.

Terima kasih.

Sepanjang saya berbelog ini jugak, saya dapat bertemu empat mata,
dengan ramai kawan-kawan blogger yang baik hati.
Bukan setakat jumpa je, siap tolong menolong lagi.
Luas dunia blogger ini sebenarnya. Antara sedar dengan tidak sahaja.

Saya ni jarang pergi ke event-event, kalau ada yang saya pergi pun,
itu memang free sangatlah tu. Terima kasih sangat bagi peluang pada saya.

Disini, saya tak harapkan apa-apa,
cukuplah saya ada pembaca-pembaca semua.
Saya tahu ramai silent reader kan kan. Hehe

Terima kasih, sekian.
Mari nyanyi lagu 150 juta dari KokPing Jamal. Hehehehe tetibe.

p/s : Lapaq perut baq hanggggggggg.



Belum Raya

Hai semua. Selamat pagi. Gigih ni pepagi buta dah update. Biasalah dah nak raya, masuk opis pun takde hati dah ni. Hahaha melampau betul. Padahal lagi 2 hari nak habiskan kerja sebelum balik kampung mertua. Tahun ni first time beraya kat sana. Excited sikit. Walaupun sebelum ni pernah datang raya, tapi tu sebelum kahwin feel dia lain sikit. Tahun ni baju raye ada tema pulak. Masa bujang memang nonhodo nak bertema. Haha. Hubby pilih warna Tangerine Orange. Sebab baju kaler tu je nampak menyerlah masa kitorang memilih baju melayu dia. Tu cite baju, lepas raya lah cerita tempek gambo yer. Hehehe. 

Tahun ni raya dapat cuti lama sikit. Tahun lepas ingat lagi, raya ke 4 dah masuk kerja. Menyimpan cuti kahwin punya pasal. Tahun ni seminggu lebih. Bestttt. Korang plak berapa lama cuti raya?

Kat opis ni, ramai yang cari rezeki jual biskut raya, kuih raya. Ni penuh kat bawah meja dengan kerepek kiruk-kriuk. Tak tahu bila nak bawak balik rumah. Malas je nak angkut turun tangga. Hehehehe.


Ada popia simpul. Popia simpul ni sedap. Setiap tahun beli rase sama jer.
Inti dia tu sedap. Yang ni 1/2 kg RM 15.00

Ada steam fruit cake, yang ni engineer kat opis jual. Memang sedap. 
Dah rasa sample, sedap. Memang kena order lah. Hehe.
Dia buat sendiri je pulak tu.  

Ada gak kerepek pisang tanduk. Yang ni pun home made gak,
First time beli kat member, ayah dia usahakan sendiri.
Fav ni. :D

Yang lain tu kerepek ubi pedas, kerepek ubi tak pedas Alhamdulillah orang bagi.
Rezeki bulan mulia ni, ramai yang bersedekah.


p/s : Korang tahun ni banyak kuih raya tak? Tahun ni memang tak berkesempatan nak buat biskut. Semua tunjuk je. Kerepek je banyak beli untuk bagi kat rumah mak, rumah mak mertua. Rumah sendiri takde kuih raye, sebab dua orang je pun. Tak terhabis nanti. 





21 July 2014

Proses Permohonan Kad Nikah (N-Kad) Negeri Perak

Ada rakyat Negeri Perak disini? Hehehe. Ada yang dah buat N-Kad? Atau ada yang belum buat N-Kad? Meh kita bagitahu cara-cara nak mohon N-Kad ni. N-Kad atau kad nikah ni rasanya dah ada dalam 3-4 tahun dah. Eka pun apply lewat jugak. Eka apply masa 2 hb Mei 2014, dapat kad ni 27 Jun 2014. Sekejap je kan siapnya. Hehe. Nak apply pun mudah.

Pertama sekali, sediakan :-

  • Lengkapkan borang permohonan (Nak ambil dulu pon boleh, atau nak isi masa datang ke Pejabat Agama Daerah kawasan anda pun boleh)
  • 1 salinan sijil nikah
  • 1 salinan KP Suami
  • 1 salinan KP Isteri
  • 1 keping gambar berukuran pasport Suami
  • 1 keping gambar berukuran pasport Isteri
  • Bayaran proses RM 40.00
Kemudian bawa semua ni ke Pejabat Agama Daerah masing-masing, kemudian apply. Kad akan siap dalam masa 2-3 bulan. 


Masa ni dah 5 bulan nikah, baru apply. Hehehe.
Tu pun bising dak apple, sebab eka tak ambik-ambik lagi gambar passport. 
Hahaha. 


Selepas 2 bulan setengah, dapat call dari pejabat Agama, suruh datang ambil kad,
dah siap dah.


Paparan hadapan kad. Senang ada kad ni, lagi-lagi pasangan PJJ.
Nak kemana-mana, bawak je dalam dompet masing-masing.


Ni paparan belakang kad. Tertera sekali nama wali dan saksi-saksi.


p/s : Lain negeri, lain prosedurnya. Kalau kat Wilayah Persekutuan KL, sehari je boleh siap. Macam buat KP. Hehehe. 




07 July 2014

Resepi Puding Karamel Bakar

Hari sabtu haritu adik request nak makan puding karamel. Tekak pun macam teringin je. Memandangkan puding ni senang nak buat, bahan pun ada, kita pun buat. Cuma kali ni resepi lain sikit sebab kite nak puding karamel yang dibakar. Selalunya kukus tapi serius kukus tak sedap sebab rasa cam bau telor. Hehehe tak tahu la orang lain kan, kalu eka, eka tak suka sangat kukus. Selalu eka buat dan bagi orang makan je. 

Resepinya mudah je. Kali ni takde step by step sebab lupa. Mudah je sebabnya kan hehe

Resepi Puding Karamel Bakar

Karamel

Ambil loyang, masukkan 4-5 sudu gula pasir, 
letak atas dapur gas, kacau sehingga gula perang. 
Dah perang ketepikan. Kita nak buat pudingnya.

Puding

3 biji telur
2 butir kuning telur
400ml susu segar
4 sudu gula pasir
Esen Vanilla

Caranya campurkan kesemua bahan tu, Kacau sampai semua sebati.
kacau perlahan-lahan jangan sampai berbuih.
Kalau berbuih, nanti puding kita banyak lubang.

Lubang sikit tu normal. 

Lepastu tapis. (tapis penting sebab nak tekstur puding yang lembut dan tak berketul)
masukkan ke dalam loyang yang ada karamel tadi,
bakar menggunakan kaedah stim bath dengan suhu 200 selama 40-50 minit.
Bagi yang nak tau kaedah stim bath tu meh klik sini.
TQ Owner Blog Dassyworld.

Bila dah siap, eka sejukkan dalam peti ais, lepastu lorek sikit tepi dia untuk keluarkan.
Alhamdulillah jadi. 

Ini dia eka punya puding karamel bakar


Serius sedap. Hehehe puji diri sendiri.
Tapi memang sedap sebab mak eka pun makan.
Selalu dia tak sentuh puding ni.

Mungkin sebab bila bakar, telur dan susu tu dimasak,
ada satu rasa yang umphhh susah nak cakap hehehehe.
Tesktur pulak lembut macam taufufa.
Memang sedappp.

Korang boleh cuba nie hehehe.





White Perfect Total 10 Tea Party @ One Utama

Pada 28 Jun 2014, eka ke event Loreal paris untuk produk terbaru Loreal, White Perfect Total 10 yang eka pernah review bulan lepas di blog ni.


Nak baca pasal review White Perfect Total 10 ni? Mari KLIK SINI ye. Kebetulan memang nak shopping sikit haritu, terus aje ajak suami ke One Utama sekali. Event diadakan di Chillax, TGV, OU.


Kite dah sampai, jom masuk.
Hubby pergi jalan-jalan sorang sementara eka masuk ke dalam event tersebut.
Hehehe.

Masuk-masuk je, terus ada sesi selfie bersama product Loreal yang terbaru tu,
ada Blogger Photo Contest bersama Loreal White Perfect Total 10.
Malu jugak ahahaha tapi buat tak tahu je.
Lagi-lagi masa tu tak nampak blogger lain lagi sebab ini dekat entrance

Rasa macam model Loreal plak hahaha.
takde ciri-ciri langsung.


Snap snap snap


Dah siap, tampal dekat board yang ada kat situ.
Agaknya boleh menang ke tidak ni.
Pesaing semua cun cun pulak tu hehehe.

Dah siap sesi selfie, masuk dalam pulak.
Terus ambik makanan ye hehehehe.
Part ni paling suka. Memandangkan lapar + lambat sikit sebab jem pagi tu, 
memang best la makan dolu.
Majlis pun mula lambat sikit sebab ramai yang terperangkap dengan traffic jam.


Ala kadar je kite ambil. Asal kenyang tapi dia punya dessert,
Raspberyy Panna Cotta tu sedappp. 

Dah selesai mengenyangkan perut, majlis pun bermula.


Cuba la try Loreal White Perfect Total 10 ni,
Eka dah pakai dalam 3 minggu, memang best.
Kulit pun rasa soft jer.


Sesi memperkenalkan Loreal White Perfect Total 10.


Kemudian, Fashion blogger yang cantik, Fish.
Jadi model untuk tutorial Loreal White Perfect Total 10.
Krim ni kalau nak guna sebelum pakai founcation memang sesuai.
Make-up pun nampak cantik. 

Selesai sesi tu, kita ada sesi Do It Yourself Charm Bracelet.
yayy dapat charm ala-ala Pandorara hehehe


:D


Pilih saje yang mana kita berkenan.


Tangan eka yang kanan,
Cute tak charm bracelet kite hehehe
Cer teka tangan kiri sape punya. Hehe

Hannah punya. Hehehe

Kemudian sesi make over yihuuu ni suka hehehe



Gila tak gila tengok punya la penuh nak try ni.
Semua nak dicuba hehe.
Dapat plak blogger yang semua sporting.
Ada Mek Onie, Shiqin, Hanna semua pakat cuba.

Loreal sekarang ni ada produk baru 


Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

1. Mat Magique All-In-One Compact Powder wih SPF 34 PA+++
2.Loreal Paris Color Richie Moist Matte Lipstick

Menarik warna lipstick tu.
Yang eka tengah cuba tu code dia PR511 Spring Rosette

Compact powder dia pun best, memang rasa flawless je.


Sapu, jangan tak sapu hehe


Mirror selfie hahaha.
Tengah seronok selfie, sekali nama kena panggil.
Rupanya menang blogger photo contest.


Suke mokcik hehehe.


Lepastu Hannah plak menang.


Harus bergambar bersama-sama.


ShiqinHanna, Eka.


Sibuk betul mokcik lonjong ni hehe.
TQ shiqin, kite pinjam dua gambar tau.


Bergambar kenangan, ada yang kita tak cam,
nanti komen ye. Add kat FB lagi senang hehehe.


Ni lah Cassie yang selalu emel kat kita pasal Loreal ni.
Cassie from Lion & Lion


Last, mestilah owner punya gambo. Haha
Nampak gemok, k gemoksss.

TQ Lion & Lion & Loreal Paris Malaysia kerana sudi menjemput saye.
Next time boleh jemput lagi hihihihihi.






02 July 2014

Kelebihan Buah Kurma

Semalam eka terasa sangat haus, sangat penat dan lesu. Pastu ada tanya pada kawan-kawan. Mereka kata cuba ambil kurma dalam 5 biji masa bersahur. Pagi tadi try. Alhamdulillah harini rasa lebih tenaga dan tak haus sangat macam semalam.

Terbaca di FB Kevin Zahri, mengenai kelebihan buah kurma.


Menarik kan kurma ni. Orang pregnant pun bagus makan kurma.

Sabda Rasulullah s.a.w 
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, 
kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, 
nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,
 bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Eka suka makan kurma madu Rotab Yusof Taiyobb (bisik skit) hihi.
Rasanya tak sampai dua minggu kot kurma tu makan sorang hehe.

Buah kurma ni antara buah yang terbaik dan disebut dalam Al Quran.
Kurma juga makanan Rasulullah SAW
Alhamdulillah tadi boss kat opis ni bagi kite kurma Nabi @ Ajwa,air zamzam.


Sejak kecik, eka tak pernah diajar tak sahur.
Punyalah garang nenek dulu (dulu duduk dengan nenek sebelum duduk ngan mak abah)
Kena paksa jugak bangun walaupun mata kuyu.
Tu yang kitorang tetap berselera walaupun bersahur hahaha.

Mak pulak time sahur lauknya semua sedap-sedap belaka.

Korang sahur selalu makan apa? Ada yang makan kurma dengan susu, ada yang tak boleh makan nanti sakit perut. Apa-apapun sahur adalah terbaik kerana dalam sahur ada pahala serta membekalkan tenaga untuk kita yang berpuasa.

Selamat berpuasa semua. 



01 July 2014

Resepi Buah Melaka Yang Mudah

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada Bulan Ramadhan yang istimewa ini. Bulan Ramadhan ialah bulan rezeki untuk umatnya. Rezeki pula datang dalam pelbagai cara. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah swt berikan kepada eka. Alhamdulillah. ^_*

Tahun ni puasa agak berbeza. Lagi-lagi dah bekeluarga ni. Puasa pertama bersama suami. Alhamdulillah seronok hehe. Hari Sabtu haritu, lepas balik dari event Loreal di One Utama, kami terus ke kampung nenek eka. Sambut puasa kat sana. Masa sahur pun beramai-ramai. Seronok walaupun mata masing-masing kuyu je hahaha.

Hari pertama tu eka kurang sihat. Teruk betul dugaan, haus yang teramat. Nasib baik sibukkan diri. Eka buat buah melaka sebab nenek teringin nak makan. 


Orang biasa panggil Buah Melaka
Orang negeri Sembilan panggil Kelopong
Orang Kelantan/ Terengganu panggil Woh Kekoh Cha
Menarik kan nama-namanya hehe.

Mudah sangat-sangat nak buat ni.

Bahan-bahan

1 paket tepung pulut ( tak kisah kecik ke besar ikut kesesuaian)
1 cawan tepung gandung
1 jug air daun pandan ( blend daun pandan + air )
Pewarna hijau sikit
Garam secubit
Gula kabung
Kelapa Parut

Cara-cara: 

Campurkan tepung pulut, tepung gandum, pewarna hijau, dan garam.
Masukkan air daun pandan tersebut sikit demi sedikit, 
jangan banyak sangat air nanti lembik plak.
Ikut kesesuaian.
Uli sampai sebati. Siap adunan.

Potong kecil gula kabung,
Leperkan sedikit adunan di tangan anda, 
letakkan gula kabung ditengah, bulatkan. 

Susun di atas dulang yang telah ditabur tepung gandum.

Ambil periuk sedang, masukkan air.
Biar mendidih, masukkan buah melaka tadi.
Biar seketika, apabila buah melaka tersebut timbul di permukaan air, 
tandanya buah melaka telah masak.

Gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam.Siap

Seronok sangat berbuka kat rumah nenek. Makan ramai-ramai tu yang best. Bentang tikar, susun semua juadah. Pastu makan ramai-ramai. Memang ala-ala kampung. Tak sabar nak balik lagi berbuka ramai-ramai. 


Licin semua malam tu. Maklumlah ramai kan hehehe


Hehehe. Korang? Menyambut puasa kat mana?