29 August 2014

Disini Lahirnya Sebuah Cinta

Hai semua. Hari Ahad ni negara kita, Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 57. 

Saya sayang Malaysia!!


I love Malaysia.

Semoga Malaysia kita-kita ini sentiasa aman dan damai. Walaupun kebelakangan ini, Malaysia ditimpa dengan pelbagai musibah, tapi siapalah kita untuk menolak takdir Ilahi.

Pergilah ceruk mana pun, pergila benua mana pun, Negara kita tetap dihati kan? Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Baiklah di negeri sendiri.

Bangga menjadi anak Malaysia! Semangat!

Pergi kerja sambil nyanyi lagi Arwah Sudirman. 

'Betapa, 
dibumi ini kumelangkah, ke Utara, Selatan, Timur dan Barat kujejaki......'

Kena update awal-awal sebab nanti kalau weekend, memang nonhodo lah aku nak update belog. Memang tak de la aku pandang belog bila weekend. Masa untuk family tersayang. Kena manfaatkan seadanya. 

Minggu ni tengah plan nak berjalan kemana. Cuti 3 hari kott. Macam bosan je terperuk dalam rumah. Hehehe. tapi next week ada plan berjalan. Pergi mana tu, nanti kita update. Dalam kepala ni macam-macam benda nak dimakan. Huahuahua. 

Korang? Ada plan kemana minggu ni?






28 August 2014

Tangan & Lisan




Kita-kita ini semua, bukanlah sempurna segala segi.

Ada buat silap, pasti. 

Itulah manusia. 

Tetapi silap sekali bukan bermakna buat silap berkali-kali. 

Seperti aku, kita, kamu jua. Pastinya dalam hidup kita-kita ada salah silapnya. 
Tetapi kalau direnung, salah silap kita itu pastinya akan mematangkan diri kita. 

Salah silap jangan diungkit. jangan dibangkit. 

Biar ia berlalu. Berlalu bagai air mengalir. Pastinya akan rasa lebih bahagia. 

Kita melalui hidup ini secara berperingkat. 

Ada masa kita gembira, kita leka.
Ada masa kita sedar, kita sedar. 

Aku, seboleh-bolehnya tidak suka menyakiti hati orang lain. Tapi kan aku dah kata, aku jua bukan sempurna. Kadangkala ada tersasar dari landasnya. 



Tangan kita, jaga. 

Lisan kita, jaga.

Kadang, sekali kita menulis, kesannya ada kita fikir? 

Kadang, sekali kita berkata-kata, kesannya ada kita fikir?

Ke mengikut kata hati.

Pernah dengar pepatah, 'ikut hati, mati' ?

Amarah dihati, boleh dibendung. 
Jangan diluah melalui lisan mahupun tangan.

Ingatlah Tuhan yang satu.






Kisah Pisang Goreng

Satu petang,dalam pukul 3-4 petang. Sepasang laki bini melalui jalan Labu untuk ke Seremban. Mereka bernama pak daud dan makcik sitipahkebombom 
(bukan nama sebenar sebab mereka takut dingorat phuiiiiii)

Pak daud sengaja memilih jalan lama kerana dia rasa nak singgah tepi jalan membeli kudap-kudap sebab pak daud suka beno kekudap dimakan dipetang hari. Makcik sitipah tak heran. Ikut aje.

Lalu. Ternampak lah warung seorang pakcik tidak diketahui apa namanya ah gasak. Ada menjual pisang goreng. Lalu pakdaud beli dua hengget.

Sampai dalam kete. Pakdaud share lah dengan makcik sitipah. Pakdaud dan makcik sitipah mendapati pisang goreng tersebut sangat sedap sampai rasa nak pengsan!!
*baca dengan nada excited tau! :p

Dengan rangupnya tepung. Minyak pon takde bergenang berlinang. Elok je dry dry gitu.  Ditambah pisang nipah ke apatah dengan pisang abu perghh. Paham tak manis pisang,lemak merdu dia tu. Susah nak cite la.

Lalu menyesal lah pakdaud beli sikit. Makan punya makan, bersaing dengan makcik sitipah,tinggal dua ketul. Makcik sitipah dan pakdaud terbehenti makan sebab rasa sedap sangat. Kot lah kan.

Tetiba makcik sitipah tegur lakinya.

'eh awak. Ngape tak habeskan makan. Kan ada dua?

Pakdaud pon jawab.

'eh awak nak lagi ke? Makanlah wak.'

Makcik sitipah kata,

'eh mestilah nak! okey. Awak satu,saya satu. '

Maka dengan gembira mereka makan. Maklomlah pisang goreng tu sedap.

Bila habis, pak daud cakap.

'tadi tu saya tak makan sebab tinggal dua,saya ingat saya nak habiskan semua. Sebab saya fikir awak taknak dah sebab selalu awak taknak. Tapi saya tanya, tak sangka awak nak pulak! Melepaslah saya nak habiskan semua' sambil senyum-senyum lebar.

Hamboiiiiiiiiiiiiii. Haha patutlah stop makan. Dia ingat makcik sitipah taknak dan dia mahu makan semua. 

Pakdaud sangka,makcik sitipah akan cakap 'saya taknak dah,awak makanlah semua'.

Tapi nasib baiklah Pak daud mengingati isterinya lalu ditinggalkan sikit untuknya. Terharu benar makcik Sitipah. Rasa nak berlari-lari je. Haha

Tapi pakdaud lupa. Pisang goreng tu kan sedappppppp!

Sekian.

Moralnya disini, apabila suami makan, haruslah mengingati sang isteri. Jangan makan semua tanpa meninggalkan si isteri barang seketui dua. Gitu. Barulah isteri gembira terharu. Sebab si isteri selalu mengingati suaminya setiap kali makanan disuap kemulut. 

Salam dari Pakcik Daud dan Makcik Sitipah dari Selangor,Malaysia.


Ni bukan pisang goreng hari kejadian.
Ini pisang goreng yang Pak Daud beli lepas balik kerja untuk Makcik Sitipah.
Tapi ini pun sedap. Menurut Makcik Sitipah, pisang ni pisang nangka dan pisang tanduk.
Sedap dia toksah cita kat sini lah. Terliur je nanti kan.
Dengan cicah sambal kicapnya. Pergh. 
Mahapkan mereka ya bercerita mengenai pisang goreng
 kerana itulah kegemaran mereka. Hahahahaha..

Mahapkan saya kak Nas yang jauh di Berlin.
 Saya memang dah draft cerita ni semalam. 
Tu intro dia pasal pisang goreng. :P





27 August 2014

Zara Dah Besar

Hai semua, selamat petang. Macam sedap je kan kalau dapat makan pisang goreng petang-petang ni heheh. Harini malas betul nak update, tapi update jugaklah satu entry sebelum balik office. 

Dah lama tak cerita pasal anak buah aku, Zara.

Zara dah besor sekarang. Dah 7 bulan. Mulut makin kuat membebel satu rumah dengar siap pakej main air liur sambil ketap bibir dengan gusinya tu. Merah-merah bawah bibir. Alahai Zara.

Lepastu makin pandai kenal orang. Cuma dengan ibu ayah dia, aku, suami aku, adik aku, mak ayah tak yah cite la. Dia memang kenal dan suka. Hahahaha lagi-lagi aku. Ada aura la maklong kan. Maklong comel kot. Haha muntah pelangi la plak puji diri sendiri. 


hai saya Zara. Ada pokok kelapa dua pokok.
Tapi buah tak ada.


Ni manja paklong dia ni. Nampak je somi aku, amboi kegedikkan terserlah.
Sengih siap tegur dengan bahasa baby dia.
Kamu nak ngurat paklong ke? hahahahahahaha. 
Kamu ngurat takpe.
Orang lain ngurat memang kena pelangkong pakej penampor jepun la. Haha.



Setiap pagi kalau aku kat rumah mak, subuh-subuh nak ketuk pintu ibu ayah dia.
Dia bangun awal. Bukan apa, saja nak menculik dia masuk bilik kitorang.
Ni adegan menculik dia lah ni.Dia bukan nangis pun. Diam je sambil sengih.



Disyakki Zara peminat stereng kereta lah.
Asal nampak stereng je, kemaen sangat dia. Kemaen.
Pantang nampak kereta yang cucuk duit lima kumpang tu.

Dari takde duit lima kupang lama, sanggup pegi kaunter tukar duit lima kupang lama.
Aje benor kamu Zara.


Gambo ibu Zara baru upload kat FB.
Maklong curi yee hahaha


p/s : Ada yang tanya, bila nak bagi Zara kawan. Lek arrrrrrr. Lek lek lek. Nanti dapatla dia kawan bermain bersama-sama di rumah atok dan neneknya. Jangan kamu buli kawan kamu tu kalau dah ada nanti dah la ye Zara. Hahahahaha. Nape tak tanya kat ibu Zara, bila Zara nak dapat adik??????? Hahahahahahhhhh




Blog List Hilang

Semalam, aku bantai godek-godek nak tuko template lah konon.

Konon je la ye.

Tapi aku tak save apa-apa pun.

Cuma try and error je.

Harini aku tengok bloglist aku semua pun 
HILANG

mana kau pergi ni.
Malasnya aku nak cari.

Hahahaha.

Aku dah lupa, siapa punya blog aku suka.
Sebab banyak. Terlalu banyak.

Sapa nak link blog dia kat bloglist aku?

Meh la paste link. 


26 August 2014

UMMA LACTO Dari Legacy Secret #milkbooster

Pernah dengar Legacy Secret? Mesti pernah kan.


Produk-produk dari Legacy Secret ini semua berasaskan bahan semulajadi.


Harini kita nak share pasal produk dari Legacy Secret, Umma Lacto. 


Umma Lacto ini berfungsi sebagai milk booster bagi wanita yang sedang menyusukan bayi. Seperti yang kita tahu, susu ibu merupakan susu yang terbaik, tapi ada juga para ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu badan. Dengan adanya produk Umma Lacto ni, macam-macam kebaikan dan kelebihan yang akan diperolehi.

Umma Lacto dirumas dari 19 bahan semulajadi yang berkhasiat seperti susu kambing, susu skim, kurma, habbatusauda, madu, ekstak halia, alfafa, kismis, halba, beras perangm stevia, spirulina, manna (gam arab), serbuk soya, ekstrak bawang putih, fruktosa, serbuk protein dan fiber daripada buah-buahan. 

Kelebihan umma lacto:
       Membantu pengeluaran susu ibu dan memperbanyakkan susu ibu
       Memberi ibu rasa kenyang berpanjangan
       Membekalkan tenaga untuk ibu sepanjang hari
       Membantu membekalkan zat besi dan mineral secukupnya kepada ibu dan bayi
       Membantu mengelakkan sembelit
       Membantu kesihatan perut dan kolon
       Sebagai prebiotik ibu dan anak
       Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
       Membantu mengurangkan risiko jaundis kepada bayi
       Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
       Membantu membekalkan kalsium dan menguatkan tulang ibu selepas bersalin
       Membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersalin
       Membantu membuang angin dalam badan dan mengelakkan kembung perut




Apabila membeli produk-produk dari Legacy Secret ni, pastikan anda membeli yang ori tau. Kat sini eka tunjukkan cara-cara untuk untuk mengenalpasti tahap keaslian produk dari Legacy Secret.


1. Pengesahan melalui visual



2. Pengesahan melalui sentuhan



*setiap produk dari Legacy Secret ada blue label ini.

3. Pengesahan melalui QR Wechat




PERINGATAN !!!
      1 QR kod hanya boleh di imbas 5 kali sahaja .
      Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat 
 untuk pengesahan produk.
      Pastikan beli barangan original kerana takut akan kesan sampingan.
Wechat ID : harummalam

Tutorial mengenal pasti produk original klik sini.


Harga untuk Umma Lacto ini adalah :

1 kotak @ 10 sachet : RM 60.00

*Sekarang Umma Lacto sedang buat Promosi.
Beli dua kotak, percuma lagi satu kotak.
Sangat berbaloi dengan harga RM 120.00 dapat terus 3 kotak.

Untuk keterangan lanjut, boleh tengok kat sini.



Jom, dapatkan produk ini dengan segera.






Buah Tampoi

Hai semua, selamat petang. Amboi, sejuknya petang ni. Baru lepas hujan. Musim hujan macam dah kembali je ni. Petang ni cerita pasal buah lah. Bukan buah hati. Buah tampoi. Penah dengar ke? Buah tampoi atau nama saintifiknya Baccaurea Macrocarpa. Ala nak senang, tampoi aje. Hehe.

Dulu selalu makan buah ni, arwah atok selepas pencennya, selalu benar masuk ke hutan. Ni kan buah hutan. tapi sekarang kalau nak, pegi beli je yer. Sekarang ni tengah musim. 

Last weekend balik rumah mertua. Saje ikut jalan lama. Bersepah orang jual buah tampoi + cempedak + duku langsat bagai. Nak singgah malas sebab semua hala seberang sana. Kebetulan pula, malam tu abang ipar ada bawak buah tampoi. Merasa lah sebiji tapi macam takut je nak makan sebab kaler isi dia. Biasanya isi tampoi kan warna putih. Ni warna kuning engko. Dalam hati eh ni wild punye ker? takut mokcik sitipahkebabom ngan pakcik daud hokeh. Ni ha rupa buah tampoi isi kuning.


Rasa buah tampoi kuning ni lain sikit ngan yang isi putih.
Ni bau dia kuat sikit.Tak tahulah nak cakap bagaimana. Haha.
Kalau isi tampoi putih, rasa macam rambai,
tapi isi rambai mempunyai kandungan air yang banyak.
Isi tampoi ni rasa dia macam padat, masam manis.

Boleh la cuba beli, sekarang tengah musimnya. 

Jadi, balik semalam macam nak beli pulak buah tampoi isi putih.
So sepanjang jalan balik kolumpo tu, kami singgah  satu kedai kat tepi jalan.
Ni siap pesan kat hubby, beli isi putih. Takut nak makan isi kuning hahahaha.

Nasib la ada. Tu pon makcik tu tanya hubby.

' apohal ekau taknak tampoi isi kuning ni ha?
 punyo ramai orang suko kuning punyo sampai ado boli 50 hengget tau, 
ekau lak nak yang putih yo ni?

paham kee? paham-paham sendiri la ye haha 

Somi cakap, ' kami takut makcik, tak biasa, hahaha'

So, nilah rupa tampoi isi putih. Tapi ni hasil den google yo. 
Ado kek umah tampoi eh, malas den tangkap tadi.


Sumber gambar [ Sini ] Terima kasih owner blog.



Korang, penah makan buah tampoi? 


Roti Telo

Selamat pagi semua. Sejuk sungguh pagi ni. Musim hujan dah mai dah.

Last week, entah apa dimimpi dak apple yang tetiba request nak makan roti telur goreng. Apakah mengidam ni? Hahahahah. Padahal dia tengok kat page rotikaya post gambar roti telor. Hahahaha.

Sebenonye aku tak suka sangat roti telor ni sebab rasa macam banyak minyak je. Tapi kalau dah somi yang request, tidaklah sampai hati ini nak membiarkannya. Weekend tu pulak balik mertua. Tengok roti semua ada. Boleh la buat. 

Pagi Ahad yang indah, dah menggoreng roti telor tersebut. Resepi jangan ditanya. Mudah amat. Telor,susu segar,garam dan serbuk lada. Dikocak2. Celup kan roti tersebut. Cuma masa nak goreng, letak minyak + butter sikit. Serta jangan lupa masukkan ikhlas dan rasa kasih sayang. Goreng dan siap.

Cicah dengan sos dan mayonis time roti tengah panas. Ditambah dengan kopi O dan teh O panas. Pastinya pagi ahad menjadi lebih bersinar-sinar dengan pancaran cahaya matahari. Amboi imaginasi sangat melampaui. Tapi tak berminyak pulak. Eh sedap. Aku pulak beria makan sama.


Roti tulur.

Ade idea nak breakfast pagi ni, ke esok kan kan. 


p/s : Goodluck yang amik exam KPSL harini. Ramai orang opis yang amik exam tersebut. 




25 August 2014

Jamuan Habis Raya

Tadi, bahagian kitorang buat jamuan makan-makan. Nak kata jamuan raya pon boleh jugaklah hehehe. Kebetulan harini ramai yang cuti, ada hal tak dapat dielakkan, tapi nasib baiklah yang datang pun ramai. Makanan ada lebih, kita tapau malam kang tak payah nak masak haha.

Menu sedap. Ditambah dengan hari yang mendung beerti hujan. Hujan-hujan makan panas-panas fuhh sedapnya .


Buah-buah, talam tokyo, biskut raya, dadih.
Ingat nak order kek nipis, sekali akak yang buat tu busy pulak.
So, datang bawak diri je la hehehe.


Opismet bawak laksa.
Sedapnya laksa, my fav, masam pekat.


Ada nasik lemak ayam goreng berempah.
Masa pakcik ni anta, ayam tengah panas.
Alamakai sedapnya my fav jua.
Amboi semua my fav. Melampo-lampo hehe


Ada jugak lemang + rendang daging


Tak dilupakan pecal. Kuah pecal original Jawa punya.
Opismet eka bawak, mak mertua dia buat kuah.
Sedapppp


Awal pagi kitorang dah panggil dak-dak opis datang breakfast.
Ada yang siap pesan jangan breakfast kat luar. Hehe


Alamak sapa snap ni tak ready lagi la.
tengok senyum pun tersenget. 



gambar mencelit.
Air dua cawan,nasik lemak + laksa.
Sedapnya. Karang lunch repeat balik makan nasik lemak.
Alahai sedapnyaaaaaaaaaa..


p/s : Esok last bulan Syawal. Moga diberi kesempatan untuk bertemu Syawal lagi nanti. InshaAllah. Selamat hari raya semua. Hehehe




Francine Blouse #Poplook

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hai semua, salam pagi Isnin. Harini kat tingkat opis eka ada buat makan-makan sempena raya walaupun nak habis raya. Tu kejap lagi lah cite ye hehehe. 

Nak cerita pasal baju plak. Poplook ni salah satu website kegemaran eka jugak ni. Asal ujung bulan je tangan memang gatal gile nak klik, nak transfer duit secara rela ke akaun poplook haha. Korang suka tak shopping kat Poplook? Service Poplook memang terbaik. Order harini, esok dah boleh bergaya.

Tapi yang tak bestnya, cepat sangat sold out t___t .

Dah lama nak fracine blouse ni. 



Nasib baik lah dapat jugak fracine blouse ni setelah lama eka tengok asyik sold out memanjang. Yela, kita bukan mengadap internet 24/7 nak memastikan dapat order hehehehe. Yang frust lagi, dapat sehelai je warna cobalt blue. Jadilah. Suka sangat dengan warna green, coral tapi yang tu lah yang paling cepat sold out.


Ni eka ambil saiz L
Biar longgar sebab blouse macam ni memang sesuai kalau ambil saiz besar.
Lama hayatnya boleh dipakai hehehe.
Lagipun baju ni labuh. Pakai dengan seluar atau skirt pun menarik.

Korang suka beli apa kat Poplook? 





22 August 2014

Nasik Hayam

Assalamualaikum semua, salam Jumaat. Harini lunch takde member lah pulak. Geng yang lain ada yang cuti, pegi karnival sukan jabatan. Tahun ni memang nonhado la nak masuk sukan bagai. Kalu masuk pun opkos kalah, lari tak kuek hahaha. Baik jadi pompom girl jer hehehe.

So, disebabkan takde member, bawak diri la pi makan kat bawah, cafe ofis jer. Baru ingat nak ke sushi king tadi, tetiba teringat nak makan kepala ikan solomon salmon. Nyummmm sedapnya lahai.

Nah, menu setiap hari Jumaat adalah CR. Chicken rice nama tradisionalnya hahah. 


Ni nasik sepinggan RM 4.00 jer. Sedap.
Tapi makan selalu opkos jemu.

Sebenarnya, aku memang suka makan nasik minyak eh nasik ayam. Tapi tengok jugakla. Kalau ke mall, nak cepat dapat, ambil nasik ayam. Dulu selalu makan dekat The Chicken Rice Shop. Tapi sekarang jarang plak masuk sana. 

Minggu ni plan nak berjalan-jalan tapi memang setiap minggu pun hobi lakibini berjalan memanjang. Tapi destinasi tak confirm lagi. Ke nanti penyudahnya duduk kat rumah tengok tv, tido makan tido. Hehe tak boleh, gemok! Tapi tak kot. Nak jugak shopping ke, balik Negeri Sembilan ke. Kan. 

P/s: Korang apa aktiviti minggu ni? Dah lunch ke belum? Makan apa?





Malaysia Berkabung #MH17



Pagi ini, seluruh rakyat Malaysia berkabung atas tragedi MH17. Pagi lagi, baca surat khabar, sedihnya rasa hati. 


Moment of silence




21 August 2014

Takziah MH17


Esok, seluruh Malaysia berkabung.

Al fatihah untuk mangsa yang beragama Islam dan takziah untuk yang bukan Islam.
Sedihnya rasa. 
Lagi-lagi tengok yang keluarga En Tambi dan Pn Ariza dari Sarawak tu.
Hanya Ariza dan anaknya Afif saja yang akan pulang esok.

Masa dapat tahu ni, eka tengah online fb. Malam tu eka lewat tidur pulak.
Tetiba ada kawan fb bagitahu Kapal terbang Mas kena tembak.
Berderau je rasa. terus bukak Astro Awani.
Lepastu kat whatsapp kami penuh pasal tu, siap ada yang send gambar kat tempat kejadian.
Sedih gila. Berasap-asap lagi kapal terbang tu.
Dengan penumpang lagi. tapi tak mampu tengok. Tengok dari jauh jer.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Semoga keluarga mangsa sabar dan tabah atas kejadian ini.





Pengapit Kahwin

Hai semua, selamat pagi. Entry dalam draft, cite pun dah basi tapi nak update jugak hehehe.

Haritu lepas raya, kitorang pegi rumah orang kawen. Pengapit kami masa kawen dulu. Dapat jugak makan nasik minyak sedap musim-musim raya ni heheheh. Jenuh juga makan lemang rendang laksa bagai.


Nasik minyak sedap.
Ada pecal pulak tu. Nak tambah malu.
Hahahaha. Lepastu ada cendol, nak beratur panjang,malasnya..
suruh darl la beratur. Walaupun nak dapat lama, tapi sedap, lemak manis. Puas hati.
Gambo je takde. Ada meja dessert, kuih-muih tradisional, tapai bagai,
tapi perut dah sengkak. tengok je mampu.

Pengapit ni kawan baik suami dari dia kecik. Masa mula kenal dengan suami pun, nama dia ni lah yang selalu dengar kat telinga ni. Baik orangnya. Masa hari raya dua tahun lepas, dia ada teman suami beraya kat kampung eka, nenek eka cakap dia macam orang putih hehehe. Tapi memang betul pun. Macam matsalleh sikit bang Enol kite ni hehehe. Tinggi pun lain macam. 


Kenangan 131213
Kipas jangan tak kipas. Panas betul cuaca hehehehe.

Tak lama lepastu, pengapit lelaki kawen,
pengapit perempuan tu sepupu eka,baru form 5. 
Lambat lagi nampaknya cik Saadah nak kahwin. hehe


Tak melepaskan peluang nak bergambar dengan pengantin baru.
Selamat pengantin baru Enol dan Fika (eh nama nak dekat sama ngan kita lah) 
huahua
Semoga berbahagia hingga ke syurga.
Welcome to the club.
Lepasni nak lepak mamak salmah,zipli,man, bawak la wife tau.
Ade aku kawan.. Hahaha
Kahwin ni indah. Yang penting saling memahami.
Selisih faham tu biasa ler. Sedangkan lidah lagi tergigit.
Tapi itulah pengerat sebenonyer.

p/s : Musim orang kahwin dah kurang dah. Tunggu cuti sekolah nanti pulak. Tapi Merdeka nanti pun ada juga yang kahwin. Member kitorang ada yang kawin tapi jauh lah plak nak ke Felda Chini, Pahang. Nampaknya pergi time menyambut dekat Shah Alam nanti la.






20 August 2014

Worldless Wednesday : Devil




Moga kita semua dilindungi oleh Allah SWT


 i like this quote







19 August 2014

Stuffed Strawberries Yummyyy

Kalau bukak FB, kita suka betul tengok page Stylish Eve. Dia punya gambo, dari makanan, sampailah ke gambo orang, semua menarik. Suka betul tengok. Ni malam tadi dia ada post pasal strawberi sumbat. Geram je tengok.


Ada yang tanya cream apa yang dia paip dalam tu.
ramai yang cakap cream cheese + icing sugar.
Nampak menarik. 


Sprinkle chocolate on top.
Nyummy. Perfect


 Strawberry bouquet


Lagi.


Coated pulak dengan biscuit crumb ke almond crumb ni.


nyum nyum


Ini lagilahhhhh.

p/s : Rasa nak naik Cameron Highland lagi jer. Honeymoon lagi. Hahahahahaha. :p Kawan cakap Cameron Highland sekarang strawberry tengah berbuah. Masa honeymoon haritu, strawberry tak berapa ada. Belum berbuah sepenuhnya. Ada pun sikit dan tak banyak. 



:)




Hihi kan, rindu. 

Begitulah jua sebaliknya. 
Betapa kasih dan sayang tidak mampu dihitung, dibilang mahupun diukat.
Semoga Allah swt pelihara rasa cinta dan kasih kami ini.
Sesungguhnya rasa cinta dan kasih ini hadir atas izin Allah swt.









Sabo lah!

Nak marah ni, nak marah. 

Kekadang pelik betul dengan orang yang kurang reti bersabar ni. Dah la lambat lepastu sibuk nak cepat. 

Pagi tadi, ada dua tetamu datang nak jumpa dengan boss. Seorang  memang eka dah set appointment dari minggu lepas lagi. Yang sorang lagi tu tak buat apa-apa pun. Dia kira nak cepat je.

Dah tak buat apa-apa temujanji, kamu tunggu lah dulu tetamu yang first habis discuss dengan boss. Alahai.
Lepastu dia boleh membebel dengan kuatnya.

' saya nak jumpa boss 5 minit, tapi orang dalam tu dah lama sangat bla bla bla bla'

Tak kisah la nak jumpa 5-10 minit pun. Sabo sabo urut dada.

Dengan ini nak membuat satu slogan:-

                       'Yang membuat temujanji didahulukan, yang tak buat, sila tunggu'

p/s : Pagi ni sarapan roti canai dua keping. Wawawawawa kenyangnya rasa. Kari dhal sedap pulak tu. Korang makan apa arini?





18 August 2014

Racun


Perkongsian pagi Isnin ini.

Hai semua, aduiii mengantuk betul harini. rasa nak tido je kat workstation ni muahahahaha. Korang macam mana Isnin pagi ni? Semua okey? Harini boss takde, pegi meeting dekat Ibu Negara. Jadi, agak rileks sikit harini. Boss baru okey, perempuan. Hehe. First time dapat boss perempuan, selama ni memang dapat boss lelaki je. Tapi kali ni district pertama kali dapat boss perempuan. Lama kan saya cuti minggu lepas, sekali masuk dengan ramahnya boss tegur suai kenal. Lega. Hehehe.

Sekarang ni malas betul nak menaip. Kekadang rasa macam lemau tahap gaban otomen lah. Tapi demi pembaca, update jugakla walaupun mengarut je. Minggu baru ni takde ektibiti laki bini, kami sibuk pi kenduri kawen je menggemukkan perut muahahahaha. 

Gambo takde, semakin hari semakin malas. 

Okeylah, nanti kita sambung lagi ye. Tata titi tutu. Zzzzzz