30 September 2014

Jangan cemburukan saya......

Terbaca di wall salah seorang rakan di facebook. 

Ada benarnya ini. 

Kadang-kadang kita tak tahu mengapa orang cemburukan kita, kehidupan kita,
apa yang kita ada. 

Tidak kisahlah cemburu sebab apa. 

Orang tidak sedarkah bahawasanya apa yang kita ada,
apa yang kita punya adalah atas izinNya Yang Maha Kuasa.

Kalau ikutkan iri di hati, semua pun boleh mati.

Berlapang dada sahajalah melihat apa sahaja kebahagiaan, kesenangan atau apa sahaja yang orang lain punya kerana kita sendiri tidak tahu bagaimana susah senangnya mereka mengecapi itu semua.

Sebabnya, untung nasib kita bukan semua sama. Semua ada beza.
Kan Allah swt dah kata, rezeki kita semua berbeza. 

"Jangan cemburukan senyuman saya kerana saya telah puas menangis sebelum saya dapat merasainya"
"Jangan cemburukan kasih sayang saya kerana saya telah melalui kepahitan untuk membinanya"
Jangan cemburukan kehidupan saya kerana saya telah melalui perlbagai rintangan untuk melaluinya"

Kita-kita ini, jangan selalu mendabik dada. Merendah diri adalah yang terbaik. Biar kita cela di mata manusia. Tak apa.


p/s : Jangan jadi KPO. Bukan Kpop ya, tapi KPOCHI hehehe. Pukul 5 dah. Jommm, balik rumah masak makan malam hehehe.





29 September 2014

Dua Kenduri Kahwin

Hai semua. Nasib baik mengantuk dah kurang sikit. Dibawak-bawak sibuk + online kejap-kejap. Seperti yang aku kata di entry pisang cheese tu, aku nak sambung semula lah kan cerita pasai kenduri kahwin tu. 

Mula-mula kami ke KL dulu, sebab dekat kan. Kami ke Kg Batu Muda Tambahan. Yang ni classmate dak apple. Lagipun haritu dia ada datang masa kami kahwin. Jadinya meh la kita pegi kenduri kahwin dia pulak. 


Why i nampak gemok ni. Haih ilusiiii sangat ni. Hahaha.
Haritu aku pakai Dress Alicia SQ dari Zawara warna Mazarine Blue.

Kami sampai awal sebab nak pegi dua kenduri.
Masa sampai tu orang tak ramai lagi.
Pengantin pulak akan sampai dalam pukul 1.30.


Pelaminnya. Simple tapi cantik. Pengantin tak sampai lagi time ni.
Kita makan dulu.


Makan kenyang-kenyang hehehe.


Dessert dia sedap hehehe.
Ada chocolate fountain, kuih muih tradisional,
 siap ada popia cheese yang dah siap dipacking kecik-kecik.


Goodies. 

Disebabkan nak cepat, tak dapat jumpa pengantinnya.
Kawan-kawan dak apple yang lain pun lambat sampai.
So, kami gerak ke kenduri nombor dua di Sangkot Villa, Hulu Langat.

Baru aku tahu, Sangkot Villa ni ada dua. 
Satu Sangkot dekat dengan IKBN Dusun Tua.
Satu lagi Sangkot dekat pekan Hulu Langat. 
Selepas petronas, jalan depan sikit ada simpang ke Sangkot Villa.

Dan paling mengharukan dan sesat kerana......

Kami guna dua GPS.
Satu aku punya, satu dak apple punya.

Ikut GPS aku, nak ke Sangkot Villa tu masuk kiri.
Ikut GPS dak apple pulak Sangkot Villa tu kena masuk kanan. 

Dah lost kat situ, aku cakap masuk kiri. Jumpa Sangkot Villa tapi takde orang kat situ. Hahahahaha.Rupanya. GPS dalam handphone aku yang salah sebab dia tunjuk jalan ke Sangkot Villa  dekat IKBN. Huwaa dah kemana-mana entah kami masa tu.Nasib baik tak mandi kat Sungai Congkak. Hahaha.Dah nak sampai Sungai Congkak kottt. 

Tukar plan, guna Waze dak apple plak. Akhirnya sampai jugak walaupun sesat lalu 
berjumpa dengan pisang goreng cheese idaman hati. Hahahaha


Tak sempat snap depan Sangkot.
Gambar Signboard Sangkot sumber [Sini] TQ



Wedding ala garden. Ada dua mempelai. 
Kawan main bola dak apple dengan adiknya.
Sambil makan sambil dengar orang ni nyanyi live.
Lauk sedap. Makan dengan banyak haha.


Masa ni dah pukul 3 lebih tapi masih ramai tetamu.
Sangkot Villa ni cantik. Sejuk dan nyaman.
Hijau je. 
Baru tahu rupanya Sangkot Villa ni lokasi yang disewakan kepada sesiapa yang nak buat majlis kahwin dan mungkin majlis lain-lain. 


Pelamin dia pun cantik.


Kitaorang. Hehehe.
Ni semua opismet dak apple. Nasib baikla wife kawan dak apple komen dekat fb aku. 
Dia tanya dah sampai ke belum. Memang belum sampai masa tu. Lagi 5 minit aku kata. Hehe. Dia pun baru sampai masa tu. Dia cakap ramai orang lagi. 
Nasib baik.
Takdelah malu nak datang kan. Hehehhee

Dan last, pengantin lama pun nak jugak bergambo kenangan hahaha.





<




>




<




>




<




>




<





>


Fav laki aku bergambar sekarang.
Semua pun tunjuk GOOD. MOTIF ?????
Hahahahahaha. 

p/s : Korang ada pegi jemputan kahwin jugak tak minggu lepas? baju raya aji dah ada? Aku? Tak ada. Pakai baju raya aidilfitri haritu je. Hahahaha :p





Pisang Goreng Cheese @ Hulu Langat

Hai semua. Selamat pagi. Aduyai mengantuknya pagi ni. Rasa macam tak dapat nak dibendung-bendung.Hahahaha.

Pepagi dah cerita pasal makanan. Taip pun stop banyak kali sambil mata terpejam. Terer gak ar menaip sambil tutup mata. T_____________T

Hari Sabtu haritu kami lakikbinik pegi menghadiri jemputan perkahwinan kengkawan dak apple. Tapi cerita pasal kengkawen tu jap lagi la ya kalau mood rajin kembali. Tapi yang nyata kenduri satu di Kolumpo, satu lagi di Hulu Langat.

Ni nak cite pasal Hulu Langat. Sebenonyer tulah kali pertama aku pegi Hulu Langat. Partner aku pulak penah pegi sana tapi kat Sungai Congkak. Jadinya tak familiar + sesat la cerita dia walaupun guna Waze. Hahaha. Tapi akibat kesesatan tersebut,aku jumpa benda alah ni sebab dah lama aku teringin nak makan tapi buat jadi tak kuasa. Peminat pisang cam kami, memang kena beli baru feel tu ada. 

Haha.Tapi bukan semua tempat ada jual ya benda ni. 

Tu pun dak apple yang tunjuk, eh pisang cheese lah. Nak tak?

Opkossss lah nak kan. Sapa suruh tunjuk. Hahaha. Tapi kitorang pegi kenduri kahwin dulu baru pegi semula ke stall terbabit. Gigih tak? Hahaha gigih sangat sebab tekak yang nak. 

Alamat memang aku tak tahu. Yang aku tahu, nampak petronas, ada simpang.
Belok kanan, tetiba nampak orang jual. Hehehhhh. Tapi rasanya ni kat Taman Sri Nanding. Stall dia kat belakang lot-lot kedai.

EDITED : Lokasi pisang cheese ni di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Nampak petronas, sebaris petronas ada lot kedai, kedai kain 1 Malaysia, haa belakang kedai-kedai tu. TQ Kak Pinky Momma atas info.


Besar banner dia. Orang beratur juga panjang. 
Termasuk la aku pun beratur sekali.
Tu pasal dia jadi panjang. 

Qing Paidui 

Hehe.

Aku beli dua pack. 
Alang-alang datang dari jauh, baik aku beli dua-dua jenis
Karang balik umah termimpi-mimpi pulak kannnn. Haha


Yang ni, Pisang Goreng Cheese.
Dalamnya ada 5 ketui. Tapi nipis je pisangnya. 
Tu yang rangup. Tepung dia pun rangup.
Dia taruk susu pekat lepastu grated cheese kat atas.

Rasanya sangat sedappp.
Manis, lemak, masin dia complete.

Sepeket RM 2.00 sahaja.


Yang ni pulak Pisang  Goreng Cheese Chocolate.
Ni double sedap. 
Sebab ada susu pekat + grated chocolate + grated cheese + chocolate rice.
Bagi seiapa peminat chocolate, baik korang amik ni.
Memang sedap uolss.

Yang ni lemak, manis, masin semua ada. 

Harga yang ni cuma RM 3.00 sahaja.

Berbaloi dengan harganya.

Hari sabtu haritu bukak Fb pun penuh news feed dengan gambo pisang goreng cheese ni rasa macam berjanji pulak semuanya padahal beli lain-lain tempat hehehe


p/s : korang penah makan pisang goreng cheese? 





26 September 2014

Saya Bukan......

Hai semua, selamat petang.

Harini rasa segar kepala. Dah lama sangat tak pegi salon rambut. Tadi kan rehat panjang, opismet nak cuci rambut, aku pun sekaligus tumpang dua kaki. Hehehe.

Tapi aku bukan nak cerita pasal tu. 

Cuma aku nak cakap.

Aku, bukan wedding planner yang menyediakan pelamin + baju. 

Aku, juga bukan ejen pencuci muka.

Aku, bukan juga ejen dropship tudung.

Aku, bukan penjual minyak wangi victoria secret.

Aku, juga bukan jual kek.

Aku, bukan juga penjual.

Aku, adalah pembeli dan pengguna.

Aku, kadang-kadang ada buat product review yang setiap daripada review itu aku sudah sertakan siapa penjualnya dan aku juga sudah BOLD setiap penjualnya.

Maafkan aku, aku hanya membuat entry sebagai rujukan aku. Dan juga rujukan pembaca aku.

Kadang-kadang. Ada sahaja yang emel, PM dia FB meminta buatkan kek, buatkan pelamin, suruh jual tudung dan sebagainya.

Aku harap, semoga anda pembaca, baca dengan teliti ya untuk mengelak kesalah fahaman.

Terima kasih semua.

Saya sayang pembaca semua.

Oh oh oh sudah pukul 5. 

Tatatatatataa selamat berhujung minggu semua. 



25 September 2014

Lunch #salmonarapiripiri

Hai semua. Selamat petang. Dari semalam lagi nota kaki nak makan kepala ikan salmon. Rasanya dah banyak kali singgah jengah kepala dekat situ tanya harini ada tak salmon ara piri-piri hari ni. Selalu tak ada. Tapi hari ini ada. Rezeki. 

Selalu masuk sushi king pun mesti order itu. Kalau tak ada salmon ara piri-piri tu, ada altenative lain iaitu kulit ikan salmon. Tapi takdela kulit semata, dia ada la isinya nipis tapi rangup. I like. 

Tadi macam-macam kami order. Fav aku selain dari ara piri-piri itu ialah age gyoza (dumpling dalam dia ada shrimp), chawanmushi, green bean dengan soft shell crab. Tapi soft shell crab aku tak order arini hehehe.

Dessert, Matcha Ice Cream tu opismet order lepastu kami share bertiga. 


Harini aku order Blackcurrant Yakult.
Sedaplah! Selalu aku suka blackcurrant lemon je.


Green bean @ Edamame ni fav kitorang semua.
Makan macam kacang rebus.
Sedar tak sedar dua pinggan kitorang tibai. Haha.


Chawanmushi makan dengan kicap. 
Emmm sedapnyaaaaa makan panas-panas.

Alamak tak ada pulak si age gyoza punya gambar kan.
Tu pun sedap. Dumpling tu sprinkle dengan curry powder,
panas-panas sedapnya nyummyyy


Dan ini, hero harini.
Sepinggan sorang kami semua menghadap.

Licin.

p/s : Hujan, sejukkkk. Esok dah Jumaat. Hari Sabtu Ahad busy la minggu ni. Ada dua ke tiga kenduri dak apple cakap kita kena attend. Dapat makan nasik minyak hehehehe besttt.




24 September 2014

Zawara Lagi

Hai semua, selamat pagi. Sejuk pagi ni. Semalam hujan lebat sangat. Rasa macam banjir pulak kat luar rumah tapi tak ada pulak. Ilusi semata haha.

Harini abang poslaju datang bawa kotak. Ekzaited nak tunggu abam pos laju. Terima kasih banyak abam poslaju yang setiap hari naik tingkat 4 hantar barang-barang. Cuma bukanlah barang aku setiap hari. Hehe.

Hari Isnin, nampak warna baju baru di Zawara. Alicia SQ.

Ya, terus je rasa menggeletek nak beli. Warna cherry slush ini.

Tapi hari Selasa baru nak proceed belinya.


Tekan tekan, Out of stock.
Alahai. Habis pulak.
Nak nangis rasa.

Cantik kan.

Lepastu pilih yang lain. 
Sebab tak ada yang merah tu.
Ambil ini.


Cantik tak? Hehehe
Mazarine Blue.

Maka, tadi sudah sampai.


Saiz macam biasa.
L Tall

Tapi tadi, bukak web lagi.
Tetiba ada stock la pulak warna cherry slush tu.
Ni nak marah ni, kenapa semalam tak ada? 
T________________T


Tak apa, bodek darl la nanti pegi butiknya pulak.
Tetiba i rasa u hensem la darl.
Auwww. Gelimatttttt 
Bodek siap bold. :)
Hahahahah. Boleh juga dijadikan baju raya haji tahun ni.
Memandangkan aku tak ada lagi baju raya haji tahun ni. 


p/s : Kebelakangan ni, malas betul nak ulang tayang baju kurung ke opis. Lagi satu, malas nak iron baju. Boleh? Hahaha. Pakai je dress begini. Sarung, sarung tudung. Siap. Jom kerja sekuatnya. Korang, ada beli baju raya haji ke? 







Bosan

Hai selamat pagi.

Tengok orang lain semangat menulis, aku rasa macam haih kenapalah aku tak ada idea nak menulis.

Kadang-kadang aku rasa bosan nak menulis.

Sebab aku ada mood.

Mood rajin, memang suka lah aku menulis.

Mood malas, memang aku tak akan usik. 

Mood separa malas, memang aku akan pegi ke new post, lepastu aku taip, padam. 
Taip padam. Aku rasa keyboard bersimbol backspace ni pun getik tengok aku taip padam. Kalau dia bersuara mesti dia dah maki aku.

Hehe.

Aku ingat nak buat satu lagi blog lah. Nak merapu kat situ. Tapi kasi private punya. Sapa nak baca kasi emel korang. Aku invited. Nak buat setting begitu. Korang nak baca? Tapi aku akan open untuk yang betul-betul aku kenali sahaja lah. Atau aku private je blog ni. Selesa sikit nak menulis apa-apa aja kan? Hehe

Masih dalam perancangan.

Yang setakat nak stalker, boleh la pergi secara perlahan-lahan ya. Aku tak perlukan stalker yang menyemak.

Bagi aku, makin lama aku rasa makin tak best nak berdunia alam maya ni. Kadang-kadang kita tak tahu niat orang kan. Buka belog kita, tengok-tengok tak tahu apa niat ke. Kadang-kadang sampai terfikir begitu.

Memang bukan semua kita kenal di alam maya ni. Cuma aku akan jaga sikitlah content belog ni. 

Dulu-dulu semuanya pun nak update. Tapi sekarang, ada benda, barulah nak update.

Sebenarnya aku dah mula buat pembersihan blog ini secara berperingkat dari awal tahun lagi. Kadang-kadang rasa nak muntah dalam jamban baca entry lama aku. Hahaha. Macam vongoks. Zaman bercinta dengan dak apple dulu, zaman bertunang sampai zaman kahwin. Pembaca blog dari awal aku mesti dah kenal siapa dak apple tu.

Geli kot update-update pasal cinta la, bergaduh la. Hahahahaha.

Ok serius. Tapi itu dulu la. Zaman tak matang. Seiring dengan kematangan aku, sedikit-sedikit aku merasakan tidak perlu update benda begitu. Tapi aku masih tinggalkan sikit entry lama. Sebagai kenangan betapa 'bestnya' penulisan aku dulu. Haha.

Lepastu masa dekat opis lama. Tapi opismet lama tak tahu ye aku ada blog. Haha. 

Lepastu entry tah hapa-hapa bikin orang baca pun rasa meluat nak muntah sebaldi. 
Serius aku padam entry tu. Atau apa-apa entry yang ada kenangan tu, aku save dalam draft je.

Aku menulis apa yang aku suka. 

Aku dah berbelog lama. Tapi aku selesa tak dikenali begini. Hehe. 

Kawan-kawan tahu aku ada belog, kawan-kawan opis jugak tahu tapi takdelah semua. Orang opis aku ada ramai kot. Tapi yang tahu nyer dua tiga orang je haha. Senang cite yang ada dalam facebook aku tahu.Opis depan ni pun tahu selepas mereka google mengenai Royal Belum. Masa tu rasa nak padam je blog hahahaha.

Family juga tahu sebab ada dalam kalangan family aku jadi silent reader dekat blog ni. 

Suami lagilah tahu sebab dia pun baca blog ini juga. Muka dia ditempek disini pun dia tak kisah. Asalkan jangan berlebihan katanya. 

Tapi dont worry, aku aktif di FB. Sapa yang kenal, add lah aku. Juga di instagram. Sebab tu kuota internet aku cepat la sangat habis sebab asyik buka setegrem je keje aku. 

Okeylah. Aku tak confirm pun lagi nak privacy kan blog ni. Aku cakap je dulu ni.

Saja je nak cerita, aku makan nasik lemak sambal kerang ni. Tapi kenapalah tak blend cili ni betul-betul halus. Berterabur cili. Takut aku nak makan. Kang sakit perut pulak kang. Korang dah breakfast?








23 September 2014

Jalan-Jalan Menara Condong #telukintan

Hai semua, selamat pagi. Minggu bila tah, kami saje gatal gedik nak jalan-jalan ke Menara Condong Teluk Intan. Dha banyak kali lalu, tak pernahnya nak naik menara ni.

Pelancong sentiasa ada. Luar dan dalam negera. Aku ngan dak apple pun kira pelancong gak la kan. Pelancong dalam negara gitu. Hahaha.

Tapi yang lupanya, tangkap gambar menara dari luar. Hahaha. Jadinya gambar menara yang first ni, aku google aja yer hehehe.


Menara Condong kebanggaan warga Teluk Intan
Sumber gambar [ SINI ]

 Menara dalam ni nampak macam 6 tingkat kan?
Tapi di dalamnya ada dua buah tangga je. 
Kiranya kita akan dapat naik dua stage sahaja.

Menara ni ada 3 tingkat.

Menara Condong ni dibina pada tahun 1885.
Dah 100 tahun lebih usia menara ni tapi masih kukuh lagi. 
Jam dia pun masih lagi berdenting.

Kalau dekat sini, orang panggil 'Jam Tinggi'.

Dulu-dulu Menara ni merupakan tangki penyimpanan air untuk penduduk Teluk Intan.
Tapi lepas dah ada tangki lain di Changkat Jong, 
maka menara ini sudah tidak digunakan lagi.

Sekarang ni, Menara ni jadi tarikan pelancong sahaja. 
Ada yang cakap, macam Menara Pisa di Italy hehe.


Kalau korang nak tahu, bandar Teluk Intan ni di kelilingi Sungai Perak tau.


Menarik kan. 


Ni bahagian dalam. Masuk-masuk mata terus pandang kiri kanan.
Binaan zaman British dulu ni.
Nampak macam nostalgik sangat dalam dia.


Kiri-kanan penuh gambar-gambar Menara ni sejak zaman dahulu
sampailah sekarang termasuklah Pembesar-Pembesar Negara yang pernah melawat Menara Condong ini.


Kemudian ada telaga di tengah-tengah Menara.
Ada orang campak duit syiling dalam tu.
Mahapla gambar tak clear. Dak apple la,dia marah aku tangkap dekat-dekat.
Nanti jatuh la yang hp tu dalam air tu. Wahh lakiku sound aku.
 Hahahaha.

Takut beno henpon buah apple dia tu jatuh.
Aku saje je buat-buat nak jatuh. Bulat ye biji mata dia. Hahaha


Ni my buah apple. 
Lebiyuuuuuu. Muahahahaha.

Kemudian kami naik plak ke tingkat dua. 


Naik tangga ni macam gayat la plak.
Hati-hati menaiki tangga. Yelah ni tangga kayu.
Lain macam la rasa. Kat opis aku, tangga batu.
Walaupun tangga opis aku  lagi tinggi 4 tingkat, tapi ni gayat ye. 
Melengkung.


Sampai je atas, takda apa pun. Cuma kita boleh keluar ke tepi tu,
tengok pemandangan di sekitar Bandar Teluk Intan.


Nak keluar ke beranda, kena lalu sini.
Sempit pula tempatnya, nasib dua-dua kurus ehhh. Haha.


Mengintai dari luar.

 

Minta pula nak snap sekeping sambil mengintai keluar hehehe.
Aku nampak macam kurus kan. Hahaha perasan slim melim plakkk.

Okey tu je. Tengah fikir nak update apa pulak ni.
Cabaran 30 hari tu nak teruskan tapi masih belum ada mood la.
Isi dah ada. Tapi nak taipnya malas, boleh??? Hehehehehehe.

p/s : Tengah memikir lepasni kemana pula destinasi kami jalan-jalan. Buat masa sekarang, kami suka jalan-jalan sambil cari makan. Banyak habiskan masa bersama. Seperti yang pernah kami angan-angankan masa waktu berchenta dulu. Heheheh.

So, ada idea mana lagi nak berjalan? Dalam kepala nak pergi Penang. Dah banyak kali sebut ni. Lepastu Johor. Amboi Utara Selatan. Atau ada sesapa nak ajak kami ke negeri korang? Hehehehe. Tapi dalam negeri ajerlah ye.Jangan suggest dalam Perak, Selangor, Negeri Sembilan, KL. Tu tempat i tu hahaha. Luar negara jangan suggest juga. i is takut naik kapal trobang hahahahahaha. Tunggu i kumpul kekuatan dulu ya. 








22 September 2014

Resepi Potato Fritters

Hai semua, selamat pagi. Harini bangun pagi aduhai nyamannya rasa. Sejuk.
Sebab semalam, kelmarin hujan. Tu yang rasa nyaman aje.

Hujan begitu, petang-petang buat cekodok sedap tu, ditambah kopi ke. Tapi kopi panas mahap kami tak minum, maka digantikan dengan horlicks panas. Pergh terbongkang kekenyangan. 

So, semalam. Tekak macam gatal sangat nak makan 'potato fritters' yang sibuk orang share dekat fb. Seronok jugak ada yang rajin share makanan bermusim kat FB ni ye. Hehehe. Ingat lagi dulu fenomena kek coklat moist, puding oreo berlapis, pavlova, cheesekut dan banyak lagi resepi sehinggalah ke resepi yang nama bahasa melayunya 'cekodok kentang' ni. 

Tapi ada cerita disebaliknya. Lepas je hujan dah robeh semalam, aku keluar kejap ke kedai. Nak beli kentang dengan tepung jagung. Tepung jagung okey, ada. Beli sepeket. Cari kentang. Punyalah besar raga kentang, terkontang kanting sebiji kentang aje yang tinggal. Memang kentang habis. Mak ai, semua pakat buat cekodok kentang ke apa ini? 

Tapi sebijik pun gasak ah. Nampak ada ubi keledek oren. Tu kan ubi jugak. Campur jelah kedua-duanya nanti. 

Balik rumah terus buat projek cekodok kentang. 

Resepinya diambil dari sini. Tapi ada olahan sikit.



Gigih prinstcreen ni heh.
Cuma aku tak taruk lada sulah dengan MSG. 

Kemudian aku tambah ubi keledek oren + cili merah yang didadu halus.
Mestilah kono podeh sikit sebab tekak aku dah jadi tekak pedas. 
T____________________T


Sepatutnya kena sagat kentang tu. 
Tapi takde penyagat kat rumah, jadinya aku hiris halus-halus.

 Ni rupanya bila dah digaulkan sebati.
Renjis air sikit bagi dia macam lembab-lembab.


Goreng dalam minyak panas.
Kalau boleh leperkan lagi sebab aku punya semalam,
macam tebal pulak. Tapi ape dehal. Sedap je hahaha.


Tadaaaaaaaaaaaaaa. Dah siap.
Cicahkan dengan sos sedapnya dimakan panas-panas.
Balik ni boleh buat lagi tapi aku nak guna 100% kentang.


p/s : Tekak ni kan, pantang nampakla. Lagi pulak ramainya suka share resepi. I like! Semua pun rasa nak. Tak lama lagi gemok la ni. Hahahahaha. 




18 September 2014

Hari ke 12 : 5 Wishlist Saya

Hai semua. Cabaran hari ke 12.

5 Wishlist Saya. Untuk lihat hari ke 11, Klik sini ya.


#cabaran30hari

Hari ke 11 : 5 Wishlist Saya

Alamak banyaklah wishlist, tapi senarai pendek jelah ya.



1. Handphone baru



2. Menyala si beetle




3. Rumah (doakan tau)


4. Ke Mekah


5. Maldives



Tu aje. Semoga semuanya berjalan lancar dan baik-baik saja.

Untuk tengok cabaran lain, Klik bawah ini.

Hari ke 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Hai semua. Cabaran hari ke 11.

Kenangan lucu zaman kanak-kanak. Untuk lihat hari ke 10, Klik sini ya.


#cabaran30hari

Hari ke 11 : Kenangan lucu zaman kanak-kanak

Kalau nak cerita zaman kanak-kanak, aku rasa macam banyak sangat kenangan lucu, kenangan jahat, kenangan nakal bla bla bla bla. Memang banyak pun. Aku kan pernah duduk dengan nenek aku gara-gara cemburukan adik nombor dua yang baru lahir. Melampo kan? Hahaha. Tu pun boleh jadi cerita lucu jugak kan kan? 

Tapi aku rasa nak cerita satu kejadian sebab kami baru throwback minggu lepas. 

Kejadian korek telinga. Umur sekitar darjah 1, adik aku 5 tahun. Aku kan kaklong, kaklong kawasan pon boleh la hahahaha. Cerita dia macam gini. kat rumah mak ayah. Masa tu aku baru lepas main ngan adik aku, si Tirah tu la. Tu je adik perempuan yang aku ada selain seorang adik lelaki. Main punya main, nampak cotton buds. Selalu mak aku sorok sebab takut kami main, kot. Haha. Aku pun main la cotton buds tu lepastu korek telinga takut-takut. Mengada kan. Dah tahu takut nak jugak.Haha. Tak penah tapi gatai nak buat la kan. 

Sekali si Tirah pun merengek nak, tapi aku tak bagi. Dia kata nak korek telinga jugak. Menangis-nangis. Mak aku sibuk masak la seingat aku. Aku pun kesian, yelah, aku kan hati tisu. Hehehhhh. Aku cakap meh kaklong korek telinga awak. Dia pun bagi telinga, aku pun jalankan kerja. Baru je sekejap, adik aku menjerit auwwwwwwwwwwwwww!!! Hahaha cuak aku. Rasanya mestila terkena gegendang telinga adik aku kot. Hahahaha. Nasib tak pekak. Lepastu dia nangis, mak aku datang, dan aku kene sedas, kena cubit hahahaha. Padan muka aku, tapi salah aku ke? Dia yang nak hahaha. 

Yang lain lagi, banyaklah. Kena ekzos moto pun penah, melasak sangat kan. Nasib baiklah parut tak nampak dah sebab aku bubuh biO Oil. Lepastu aku kena tipu ngan makcik aku, dia suap aku sambal belacan, dia cakap manis tapi pedas phuiiiii. 

Aku, masa darjah 6 dah bole bawa motor. Tu pun secara menyelinap ya. sepupu aku Boy namanya yang ajar. Lagipun dah cukup tinggi bawak moto. Hahaha. 

Ada sekali,bawak moto honda cup 70 apak aku semasa darjah 6. Moto tu memang ayah aku jarang guna sebab dia ada moto lain, tapi aku kan nak mencuba, bawak adik perempuan dan lelaki, bertiga naik motor, sekali lalu kat jalan berpasir, terbalik ke tepi pulak motonya. Hahaha. Tapi bila dah jatuh tu, larat betui angkat moto tu, bawa macam biasa sambil tanya adik2 ada ke luka ke apa. Jadi mak ayah tak tahu tapi akhirnya tahu adik lelaki cite. Cisskek betui. Nasibla mak ayah marah berbakul je. Haha. 

Ala, gambar kecik-kecik bersama adik-adik tak snap pulak masuk hp ni. Aku ada banyakkkk koleksi gambar masa kecik. Mak ayah suka tangkap gambar kami. 

Tapi, ada la gambar aku kecik-kecik di Muzium Negara pada tahun 1989. Muka aku sebijik macam Zara sekarang. Maknanya ada la sedikit kecomelan kan? Hahahahahaha perasan muntah pelangi.


Macam Zara kan? hihihihi..
Manje ayah ni wehh sampai la sekarang walaopon dah bersuami.

Tu jelah yang aku boleh cerita. Ada lagi tapi cukuplah tu haha.


Untuk tengok cabaran lain, Klik bawah ini.

17 September 2014

Hari ke 10 : Apa Di Dalam Handbag Saya

Hai semua. Cabaran hari ke 10.

Apa di dalam handbag saya. Untuk lihat hari ke 9, Klik sini ya.


#cabaran30hari

Hari ke 10 : Apa di dalam handbag saya


Sebut pasal isi dalam handbag, rasanya tikus masuk pun boleh sesat! Mengikut keluasan handbag, lagi luas boleh isi, lagi banyak boleh disumbatkan. Selalu kena komplen ngan dak apple, apesal handbag sangat berat. Macam ada batu kat dalam muahahaha. 

Ala, kalau batu tu ada kegunaan, dah lama sumbat dalam bag dah tapi sebab takde kegunaan, tak koser lah nak masukkan dalam handbag kan. :p

Aku jenis suka pakai handbag besar, senang nak selongkar. Senang juga nak masukkan macam-macam. Tak reti la pakai handbag halus kecik je. Susah. Lepastu aku ada banyak juga koleksi handbag tapi jenis aku, aku akan pakai satu-satu handbag tu sampai dah lunyai, baru tukar. Aku bukan jenis yang hari-hari tukar handbag. Itu adalah sesuatu yang renyah dan menyusahkan. Sorry, tak minat hehe.

Ini antara yang ada kat dalam handbag tu. Ada lagi sebenarnya tapi rajinla sangat nak selongkar kan. Hahaha. Ni barang yang memang kena ada di dalamnya.



1. Dompet opkoslah kena ada. Walaupun dah agak lunyai dompet ni, tapi ada sentimental value sebab dibeli dengan menggunakan gaji pertamaku pada tahun 2012. Ditemani dak apple, kami ke sogo la seingat aku time tu, ada less sebab hari membercard. Haaa nostalgia kan. Aku memang suka ingat mengingat ni hehe

2. Handphone (Takde dalam gambo sebab digunakan untuk menangkap gambar ini).

3. Powerbank yang penting ni ha. Aku kan pemalas nak cas handphone, camera bagai, jadinya powerbank ni penyelamat lah setiap hari. Tahan dua hari camtu kalau asyik cas tepon je. Paling lama tahan dalam 3 ke 4 hari la camtu.Dulu aku ngan dak apple jual powerbank ni, tapi dah abes stock.

Nanti kami jual lagi ya hehehe.

3. Camera comel ni guna juga kadang-kadang. Tapi ikut rajinlah hehe.Kata blogger, mestilah selalu snap snap masuk dalam belog.

4. Beg Make-up. Beg mekap tu beli kat Daiso je. 5 hengget je uols.Dalamnya dah sendat dan ketat tapi keluarkan la sikit apa khazanah dalam tu.Harus ada bedak pixy, cream gemok tu, lipstick dan blusher untuk keserian wajah.

5. Cermin LOVE tu sayang tu sebab antik. Tapi dah tercabut satu, maka ia menghilang entah kemana. Hehehe.

6. Sunblock. Aku ngan dak apple kan suka jalan-jalan. Jadinya panas terik pun kaki gedik gatal nak bersiar-siar berdua, makanya ia penting walaupun kadang-kadang tak pakai pun.Hahahaha. Buat berat beg je. 

7. Singgam atau bahasa omputehnya Chewing Gum. Tu kadang-kadang lepas makan, nak hilangkan rasa yang tertinggal, kenala hilangkan dengan singgam ye bukan sanggam. Hahaha. Tapi kadang-kadang tak teringat pun kewujudan singgam tu. Lagi sekali, buat berat beg je lah! 

Okey, tu je. 


Untuk tengok cabaran lain, Klik bawah ini.


Cuti 4 Hari

Hai semua. Alahai harini masuk office rasa berkobar plak sebab lama kot cuti. 4 hari ye uols. Seronok dan bahagia bercuti tu terasa-rasa lagi ni hahaha. Yelah, memang tak kemana-mana pun cuti kali ni. Balik rumah mak ayah eka, sambut birthday mak,lepastu ke rumah opah sebelah ayah, balik rumah nenek sebelah mak. Haa tu jelah. 

Macam biasa, pagi-pagian, culik Zara kejap. Kebetulan ibu Zara tak sihat pulak, ayah Zara pulak keje, makanya maklong ngan paklong jadi ibu ayah angkat Zara la pulak. Si kecik ni, memang tak banyak kisah. Senang sungguh jaga. Tak menangis langsung. Tu yang maklong suka jaga tu haha.



Zara anje-anje paklong. Suka ngurat paklong la Zara ni.
Dia suka usik paklong. Tarik rambut paklong, main hidung paklong.
Paklong senyum sikit je kat dia,
 dia punya senyum sampai telinga siap tangan bertepuk.
Siap menyembang lagi tu.
Gataiiiii! Hahaha.
Takpe bang, ngan Zara takde hal. Ngan orang lain, kena kang! 
Hahahahahaha :p :p :p


Petang tu pulak, kitorang balik kampung mak.
Ala kampung mak ayah sebelah-sebelah je.
Dari rumah kitorang, dalam 10 minit je. Dekat sesangat.
Tu yang hangkut kek ni kat rumah nenek sebab nak celebrate kat sana.
Kek ni sedapp. Adik ipar yang sponser untuk mak. Best.
Chocolate Moist Cake.
Kami adik beradik suka tempah kek homemade.
Lagi sedap. Asyik kek resepirehsia jer, jemu la. Hehe


Selamat hari lahir mak. 
Kami semua sayang mak sangat-sangat. 
Semoga bahagia selalu dengan ayah. 
Doakan kebahagiaan kami, nak romantik cam mak ayah jugak.
Hahahaha.

Happy birthday jugak buat my bff, Shazwani dan my biras, Kak Zana.
Mereka berkongsi tarikh lahir yang sama, tahun je berbeza.


Malam tu plak, nenek masak ikan baung asam tempoyak.
Ni sedap!! Tak payah makan dengan nasik pun takpe.
Ratah begitu sahaja,pun sedap.

Ada jugak ikan baung ni nenek goreng buat sambal.
Untuk cucu menantunya tu lah, sebab omputeh celop tak makan tempoyak.

Esoknya kerumah opah pulak.
Nampak rumah opah ada labu.
Labu kuning tu selain daripada sedap buat gulai lemak 
dicicah sambal belacan lembek, sedap juga dibuat lepat.
Terus request kat opah, lepat. 
Opah layan je tau. Bestnyaa.

Lepat Labu.
Ni sampai skang teringat-ingat lemaknya lepat opah. 
Merembes saliva aaaaaaaaaa.


Lepat labu opah memang special.
Selalu beli memang liat. Failed lah sapa buat tu. Hehe.
Tapi opah punya, lembut, lemak. Kacau dengan santan adunannya.
Kat tengah-tengah inti kelapa parut.
Makan panas-panas. Sedapnyaaa. 
Rasanya dekat 10 biji eka makan sorang-sorang hahah.
Kiss sikit untuk opah muahhhhhh


Semalam breakfast kat rumah nenek.
Eh ada pulak ubi rebus + ubi goreng.
Tengok dalam peti ada kelapa parut. 
Ada gula Melaka. Apa lagi, makan dengan ubi kayu rebus ni.
Meletop ye uols. Alhamdulillah takde kena angin.
Risua gak kan. Tapi sebab sedap, makanla hehe.
Ubinya dah la lembut, liun, empuk.
Nyum2...

Maka, begitulah cerita cuti eka. Selamat Hari Malaysia. Selamat bekerja semula. Korang? Jalan pegi mana? Cuti tersepit akan ada lagi bulan 10 nanti hehehehe. I like cuti tersepit. Lepastu cuti pun tinggal sikit t____t