29 October 2014

Cekodok Jagung

Hai. Dari pagi tadi aku nak taip tapi tak tertaip-taip entry ni. Agak busy pulak harini aku kehulu kehilir. 

Pagi tadi aku terajin buat cekodok jagung, siap bawak bekal lagi. Aku adalah hantu jagung. Jagung rebus, jagung dalam cup, cekodok jagung ahh pendek kata jagung la aku suka. 

Semalam pegi pasor malam, aku beli seplastik jagung manis. 5 tongkol dalam tu hanya RM 3.50 je. Balik rumah aku rebus, calitkan dengan butter. Memang sedap. Manis dia, rangup dia perfect. Meletop-letop di dalam mulut. Hehehe.


Sedapnyaa. 
Pagi tadi dengan menggunakan setongkol jagung, 
aku buat cekodok. Senang gila buat cekodok ni.
Kegemaran sekeluarga.

Hanya guna tepung gandum cap lily
Setongkol jagung dihiris ke racik eh nak sebut. 
Cili burung ditumbuk
Bawang beso sebiji dihiris nipis
Sedikit garam
dan air. 

Gaul sebati dan goreng.
Siap


Nih dia cok kodoknya. Sebenarnya aku memang suka sangat cekodok.
Tak tahu kenapa. Petang kang aku rasa macam nak buat cekodok pisang plak.

Haha. Muka cekodok sungguh.
Tapi kadang-kadang ada la buat minum petang lain.
Kuih-muih ke. Tapi ikut mood lah.

Kadang-kadang laki aku cakap tak payah masak,beli je. 
Maka, beli jelah kan. Yelah kadang balik rumah dah kepenatan.

Cuma, aku tetap akan masak kalau aku rasa nak masak.


Adoyai cepatlah pukul 5, rasa nak tido je ni. :p






Malaysia Online Korean Fashion Wholesale - Esgesee.com

Hai semua, harini nak share tentang satu butik yang menawarkan pelbagai Korean Fashion Online. 








Memang menarik website ni. Baju-baju yang dijual semua fashion terkini dan yang penting harganya murah dan berpatutan. Bagi yang nak beli secara borong lagilah dialu-alukan. 

Kualiti produknya memang terjamin, sesuai dengan slogan ini. 

ZERO DEFECT GUARANTEE.


Banyak pilihan baju wanita lengan panjang
Pelbagai design, warna dan fesyen Korea terbaru

Jom, kita cuci mata dengan baju-baju yang ada di Esgesee.com ini.



Menarik kan? Yang penting harga pun menarik.

Ada dua cara pembelian di sini:-

1. Belian minimum 10 pcs untuk belian borong.

2. Untuk belian dalam kuantiti kurang dari 10 pcs, contohnya 1 pcs,
pelanggan perlu top-up credit bermula dengan RM 200.00 untuk belian.
Tapi sebelum beli, kena daftar dulu ya sebagai member.

Bagi sesiapa yang nak berniaga pakaian Korean style online di Facebook/ blog/ instagram memang sesuai beli top up Esgesee Prepaid. Sesiapa yang ada top up Esgesee Prepaid boleh beli minimum 1 item dan Esgesee akan terus hantar kepada pelanggan drop-ship agent. 




Untuk penghantaran, Esgesee.com membuat penghantaran ke seluruh Malaysia
termasuk Brunei, Indonesia dan Singapore

Sebarang pertanyaan boleh lihat di sini :-

Whatsapp/Weechat: 0125746790 (Daily 10am-10pm)
email 1: sale@esgesee.com
email 2: esgesee@yahoo.com

Happy shopping, terima kasih semua. 






27 October 2014

Hai Oppo !

Hai semua. Eh rajin pulak aku asyik update je kan arini. Maklomlah sibuk cuti sampai terbiar blog aku. Hihihihh. Tapi lepas ni aku aktif balik lah sebab ada gajet terbaru aku nak update bila-bila masa dan dimana jua. 

Citenyer begini. Sebelum deepavali aritu, henpon aku tetiba tak dapat mendengar. Jenuh la aku on off on off telefon tua tersebut. Tua yang aku maksudkan sebab henpon tersebut dah berusia lebih daripada dua tahun. Lepastu aku ngadu la ngan dak apple. Dak apple sengih. Nak henpon baru letew.... T_____T

Haha. 

Yelah, kalau tak aku asyik pinjam henpon laki aku je. Nak snap gambo, nak main game ke. Pinjam je dia punya. Sebab kamera ipong kan cantek. Muahaha. Pinjam, snap pastu wasap masuk tepon tua aku. Aku kan malas nak ganti henpon baru. :p

So, dari samseng, kita tukar yoppo yoppo la plak kan. 

Orang lain sibuk makan muruku, aku sibuk dengan henpon baru haha.



Ni orang kedai tu yang snap kan.
Lepastu dia upload terus dalam fan page FB diorang.
Merasa gelemer sekejap. Hihihh
Mekaseh ye orang sebelah, kerana hadiah deepavali tersebut hiksss.
Saye sukeee... 


Yang nak tergelaknya, henpon tua tu elok plak selepas aku cabut semua simcard. Okey beby S, takpe. Mommy simpan awak dalam kotak semula. Mommy tak akan jual awak. Kenangan mommy tu tauu hikss. 

Ini adalah gambo pertama aku snap guna camera oppo. Terang dan jelas.


Cantik kan kualiti gambonyer.
Lepasni makin ektip lah makcik sitipahkebabom 
hapdet setegrem,fesbuk bagai muahaha. 

Ni hasil tengok video entry delima nan merah haritu.
Nampak kan, tak berterabur pun biji delima.
Senang nak kupas, masukkan dalam bekas.
Taruk dalam lemari ais. Nak makan, amek je bekas dan ngap ngap.


Okey, lepasni kalau aku rajin, aku update tentang aku pegi ke hotspring plak. Tu esok lah ye. Arini rasa malas nak taip, malas nak edit gambo. :p









Ayam Goreng Uncle Jack Murah dan Sedap

Hai. Sempena kita dah nak lunch lagi lebih kurang sejam ni, baik aku update tentang makanan pulak. Entry selingan ni hehe. Korang pernah dengar ayam Uncle Jack? Uncle Jack Fried Chicken? Maskot ayam kaler kuning. Selalu ada di dalam Pasaraya Giant. 

Sekarang ni kat luar Lembah Kelang pon ado. 

Malam tadi, sampai-sampai je rumah, lapor. Terus ajak darling pegi makan + nak beli barang dapur sekali. Kicap, tepung sume habis dah ni. Aku bukan boleh kalau takde kicap ni. Haaa hehehe. 

Pegi singgah Giant, sambil tu aku terus teringin tengok Restoran Uncle Jack Fried Chicken tu. Kebetulan orang tak ramai, selalu ramai. Jadi terus je kami ke situ. Aku terus beratur. Sambil tu aku tengok lah menu yang ada kat kaunter tu. Tengok-tengok. Eh murah gila kot menu-menu dia. Aku tengok ayamnya seketul beso gedabak. Memang harga stock tercekik punya. Haha.

Korang bayangkan ye. Untuk set B, ada dua ketul ayam goreng + Nasi ayam + air (boleh pilih sama ada soft drink @ ice lemon tea) Harga cuma RM 5.00. 

Ni macam aku makan ni, 


Dua orang makan, ambik set B.
Harga 5.00 @ 2 set.
Total campur gov tax RM 0.66 sen.
Cuma RM 10.66 sen je makan malam untuk dua orang.

Ayamnya boleh tahan sedap.
Rangup dan pedas. 
Yang penting jimat dan kenyang.

Lepasni ada hati lah aku nak repeat balik makan kat sini hihihihi.

Untuk Set lain, harganya pun murah.

Ada dessert soft ice cream macam mekdi tu,
perisa coklat & vanilla. Harganya RM 0.50 je satu cone.
Tu pun aku rasa murah lah tu ice cream cone 5 kupang je.

Patutla orang beratur kemain panjang lagi kome.
Semalam lepas aku duduk dan makan, punya panjang orang beratur.

Lepasni kalau korang nampak ayam uncle jack ni,
boleh la singgah. Budak-budak mesti suka makan ayam goreng ni.

p/s : haih cepatla pukul 1, aku nak tido jap. Pastu makan. Jommmm

Cerita Cuti #BFF Bertunang

Hai semua. Haaaa ni baru aku nak update. 5 hari kot aku cuti. Terasa macam wahh bestnya duduk rumah jadi housewife, masak-masak, kemas-kemas. Ingat satu hari nanti aku nak resign jadi gov servant dan aku duduk rumah jaga anak dan suami. Tapi tu angan-angan minah jenin je la. Hahahaha macam dapat je la. Lagi berpuluh tahun lagi kena kerja sebelum pencen. Okey melalut.

Lupakan pasal tu. Aku cuma nak cerita yang ni. Minggu lepas, hari Sabtu, salah seorang BFF aku, Tun namanya bertunang. Tun tu nama gelemer je. Tak mau lah taruk nama sebenor. Tak privacy. Hikhikhik. Ditemani dak apple, kitorang pun ke umah dia. Dalam 20 minit dari umah aku. Alhamdulillah selamat sudah Tun bertunang dengan tunanganya. Tahniah korang. Bertunang kena banyak sabar, bersabar, menyabar dan tempuh segala dugaan yang mendatang dan akhirnya jadikan jodoh itu milik korang. 

Pendek cite, banyak toleransi. InshaAllah. Aku dulu banyak kenangan bertunang, tapi malas aku nak cerita hahaha. Malas nak taip. Nanti boleh lah kita cerita ye kalu aku rajin.

Ni, tengok gambo. 


Cantiknyeee kawan aku ni.
tapi Tun memang cantik orangnya. Dan juga kelakar.
Ini salah seorang bff aku. Aku kenal dia dari form 1. 
Tapi form 4-5 dia pindah skolah, masa form 6 jumpa balik dan sekelas hehe.


Ayunyaaa hehehe.
Sweet sangat.


Sesi sarung cincin dari omak tunang eh.

Ni gambo-gamboan dari kawan-kawannya hehe.
Aku termasuk la tu. Haha


:)


Opsss Dhia, anak kawan aku yang tudung hijau tu lalu hihi.


Seronok dapat jumpa kawan-kawan.
Macam-macam disembangkan.


Semoga persahabatan kita berkekalan. InshaAllah.
Sayang korang semua.

Buat Tun, jangan tunang lelama tau.
Teringin nasik minyak nih hahahahahaha. :p

Cepat-cepat join our club.
Club Bini-bini. Hehehehe

Haritu makan kat kenduri Tun, lauk sedap-sedap. Banyak aku makan. Ada lauk ikan tilapia merah sweet sour, gulai pisang pun ado, ayam goreng rempah lagi. kari dagingnya. Sedapppp. Makan plak dalam suasana kampung,sejuk je. 

p/s : Jap lagi update lain plak. Nak rest jap. 



23 October 2014

Gara-gara Jeruk Asam Boi

Hai. Selamat malam. Semalam aku tak update pon tapi pageviews naik pulak.
Tengok2 rupanya pasal entry jeruk mangga asam boi tu. Hehe.

Viral betul. Kalau korang takmau buat, ramai orang meniaga jeruk asam boi. Alhamdulillah rezeki untuk orang meniaga.

Lagi satu ramai orang cari nasi bamboo sg klah sungkai. Aritu memang aku ada buat entry sebab aku penah makan kat situ cuma menu berbeza sebab aku tak makan nasi bamboo tu. Minggu ni aku ingat nak try. Hihi.







Okey tu je update arini.. :)  Sekian..

Cuti Lagi

Hai semua. Selamat tengahari.


Ada yang kerja ke arini?

Aku sambung cuti huahuahuahua haha. Tapi laki aku keje lak arini. Duk la aku melangut tengok TV sambil mengunyah macam-macam..

Semalam cuti engkorang prgi mana? Aku semalam pegi alamanda jap. Balik umah rehat. Kan hujan hihi. Malas nak merayap.

Malamnya lepas keluar kejap pegi beli henpon baru, terus dinner kat umah . Aku goreng pekasam. Perghhhh meletoppp.. Bertambah dia makan hehe.

Okey nnti sambung Lagi. Masak jap hee. Update via HP je ni. Test HP baru. Hadiah deepavali kot hiksss




21 October 2014

Delima Nan Merah







Hai. Cerita pasal buah delima lah harini hehehe. Seperti yang kita sedia maklom. Buah delima buah yang sangat bagus untuk kita. 

Buah delima ni kaya dengan antioksidan.

Orang mengandung memang elok makan buah delima. Orang tak mengandung juga elok makan buah delima.

Aku memang penggemar buah delima. Pantang nampak mesti beli. Hehehe. Lepastu aku ada juga minum pati delima Gulsan tu. Tu dari sebelum kahwin aku makan. Dah kahwin pun makan juga. Awet muda + jaga badan katenye hikssssss *muntahpelangiwarnawarni.

Pati delima tu pun bagus. Setakat ni aku minum pagi-pagi. Satu sudu pati tu. Tak suka bancuh ngan air sebab masam sangat hikhik.

Kak Nas Mommy Jelita plak pos pasal Delima. Maka aku teringat ada aku beli buah delima yang siyes warnanya memang mengancam habis + manis sedap sangat.

Susah nak dapat warna merah menyala cam gini. Yang ni aku beli kat Hentian Serdang arah Selatan. Yang banyak jual buah tu. Yang ni satu biji RM 10.00 dan besar. Aku suka singgah situ sebab suka beli mangga pakistan ngan delima nan merah ni lah hihihi.


Pestaim jumpa merah gini

Tadi, nampak kawan aku share pasal cara kupas buah delima ni. Macam menarik. Orang ni guna kerambit halus. Kite takde kerambit, guna pisau jelah ya. Selalu aku belah dua, lepastu kopak isinya. Laki bini mengopak kulit buah delima ni sambil ngap ngap. Sedapnyaaa..


Selamat menonton.

Oh lupa nak share khasiat buah delima

Khasiat Buah delima untuk kesihatan
  • Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
  • Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
  • Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
  • Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
– buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
  • Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
  • Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
  • sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
  • Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
  • Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer  ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Tip memilih buah delima
  • Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih tampa cela wah memang segar betulla dan kulit  tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selam a 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais…lamaka
  • Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnyer  dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk.dan nikmatinyer keenakannyer…..
Fakta mengenai Buah delima
  • Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.
  • Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
  • Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.
  • Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
  • Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.
  • Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.
  • Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
  • Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.

Sumber  dari sini. TQ



20 October 2014

Resepi Jeruk Mangga Simple Giler

Hai semua, selamat pagi. Pepagi buta aku gigih update pasal jeruk mangga ni kan. Hehe. Ni orang tak mengandung pun boleh terkecur air liur silap tak menitis je saliva engkorang tu. Bergenang dalam molot je kan. Kehkehkeh.

Okey, depan rumah mak mertua aku ada pokok mangga epal. Rasanya pokok tu tak pernah berhenti berbuah. Subur sesangat. Aku rasa dah berkilo aku makan sama ada yang masak, yang muda mahupun yang kigho-kigho. Kigho-kigho tu bahasa orang Perak. Maknanya separa masak lah. Masak ranum camtu. Yang warna isinya kuning-kuning sikit. 

Ni lah rupa buah mangga epal depan umah mak mertuo den tu.


Bergayut-gayut buahnya minta diambil.Ni aku snap minggu lepas. Belum lah matang lagi buahnya.Kebetulan sabtu baru-baru ni aku balik sana lagi,buahnya dah cukup matang aku rasa.Sampai je terus aku petik masuk dalam plastik.Nampak sangat kan kegigihan aku nak buat bende alah ni.Hahaha cepat terpengaruh betul dengan resepi yang selalu menjadi viral di facebook contohnya seperti zaman cheesekut, potato fritters.Ahaks.

Semalam sampai je rumah, aku terus kupas buah mangga ni. Wahh cantik buahnya. Memang kigho-kigho. Laki aku tegur. 'Ha tu buat jeruk la tu. Tu jangan taruk banyak sangat bahannya. Tak elok masam-masam. Awak tu ada gesterikk. '

Tengok pesanan penaja tu. Aku pun taruk jela asal ada rasa kan. Bahan-bahan mudah gile dan sungguh senang didapati di kedai. Haha. 

Bahan-bahannya adalah seperti berikut :-


Beberapa biji buah mangga ikut suka hati korang.
Nak buat mangga jenis apa pun ikut korang. 
Hiris ikut suka korang nak bentuk apa.
Kemudian tos kan sampai kering.


Asam boi. Tapi aku guna sikit je pun.
Tak sampai sepeket. Ikut banyak mana buah mangga korang.
Ada orang rajin, dia hiris isi asam boi ni.
Tapi aku tengok ada yang rileks je letak seketui-seketui.
Jadi aku campakkan je seketul-seketul.
Senang cite kan. 


Cabai burung kecut. Abaikan kekecutan cili tu ye.
Sebab itu je yang ada kat rumah. Hahaha. 
Aku guna sikit je sebab tak nak pedas sangat. 
Cili ni potong kecil-kecil.


Gula, lebihkan sedikit. Kemudian jangan lupa garam sekali yer.
Garam tu taruk sikit je bagi ada rasa masin.

Caranya, korang hiris mangga, cili tu.
Kemudian gaulkan aje dengan cili, gula, garam dan asam boi.
Kalau suka, masukkan sikit serbuk asam boi sebab aku taruk sikit semalam.
Kemudian taruk dalam bekas, simpan dalam peti ais selama 4 jam.
Tapi aku takdela tunggu 4 jam, harini baru aku makan.
Ape rasa pun tak tahu tapi harapan aku semoga sedaplah kan. Haha.


Tadaaaa. Dah siap. Saje je aku zoom sikit bagi nampak 
segala bahan di dalam. Terliur tak rasanya korang tengok ni?
Hihihi mintak mahap ye.

Kalau korang teringin, buat tau.
Karang cer cari mangga muda dan asam boi ni.


p/s: Semangat sikit keje arini, sebab lusa dah cuti. Aku sambung lagi cuti sampai ari Khamis. Tapi kot terlajak sampai Jumaat tu tak tahulah kan. Hahahahaha. 

Sekian, selamat membaca.







16 October 2014

Zara Badmood

Hai, selamat petang. Kekenyangan pulak ghase makan macam-macam ni. Dah makan nasik, ade hati makan roti calit peanut butter. Melampo. 

Heheh.

Dah lama tak update gambar Zara kan. Zara dah besar. Dah 8 bulan lebih dah anak buah aku ni. Kejap je masa berlalu. Nanti maklong bagi Zara kawan yerr hahaha.


Kamu nak kemana Zara?
Muka serius sangat dah kenapa? haha


Ni sehari sebelum raya haji.
Aku ngan dak apple beli barang dapur,
Ibu Zara suruh bawak Zara sekali sebab ibu nak kemas rumah.
Jenuh ye aku gilir2 menggendong dia yang semakin hantap tu. 
Mengah makcik sitipahbedah fuh.
Bergilir dengan laki aku dokong dia. 
Sampai supermarket,kami letak dia dalam troli. 
Nasib dia okey dalam tu.
Orang mesti ingat dia anak kami. Hihi


Ni pepagi raya ibunya ketuk bilik aku.
Letak Zara kejap dalam bilik aku, tumpang katanya.
Ibu nak bersiap. 
Aku tengah mekap pulak masa tu.
Ape lagi. Mengombah barang mekap aku. Dibaling-balingnya botol.
Nasib baik botol perpium aku tak dicampaknya.
Kalau tak menanges Maklong ko Zara hahaha. 



Tengok, muka dia masam mencuka sebab aku ngan Ibunya taruk tu.
Rambut pelesu kerinting tu. Dia punya mengaruk la.
Dia nanges jerit-jerit tarik rambut tu hahaha.
Tak suka betul dia. Sepit rambut comel okey pulak.
Rimas agaknya. Sorry sayangggg. :p


Otw balik kampung, Zara naik ngan aku lah hehe.
Tengok mukanya badmood sampai la dah sampai kampong.
Nasib baik lah sepupu-sepupu aku, iaitu pakcik2 Zara lah kiranya,
pegang dia, main ngan dia, agah dia.
Baru dia senyum semula. Hehehe.

Ngade beno. Tu nyet dia tu tak leh tinggal.
Melekap je kat leher dia tu tak lepas-lepas.
Tu dia tak rimas pulak.

p/s : Alahai baru pukul 4 lebih ke. Ape lama sangat rasa ni. Nak tidoq nak tidoq hiksss




Pantang Larang Si Darah Manis

Assalamualaikum dan selamat tengahari. Ni kat opis aku ni ada tv terpasang, tetiba mata aku tertancap kat Wanita Hari Ini di tv3 topiknya Pantang Larang Si Darah Manis.

Darah manis ni orang tua selalu sebut bakal pengantinlah. Terutamanya orang yang sedang bertunang. 

Aku pun penah berdarah manis. Punya banyak pantang larang, orang tua bagi masa aku bertunang dulu. Orang kata dugaan datang. Macam-macam bentuk. Tapi itu aku tak boleh nafikan lah. Memang betul. Hahahaha. 

Tak kisahlah apa pun dugaannya. Tapi memang ada benarnya orang tua-tua kata, berdarah manis jangan lama-lama. 

Aku paling tak suka masa darah manis tu. Tapi orang cakap, itulah pengalaman yang akan mendewasakan kita. Bergaduh dengan bakal laki yakni laki aku lah skang. Berhari-hari pun ada. Haha. Tak tegur wei. Entah apa dalam pikiran masa tu. Selfish, egois, gile, mereng, sewel semua ada. Tapi kekadang rasa sweet plak time berbaik-baik. Anta2 bunge la. Belikan cekelat lah. Hahahaha. Apekehal.

Gelihati kalau ingat.Time-time macamtu lah engko ke, bakal laki engko ke kena menguratlah, menguratlah. Haih macam-macam halnya.

Takut tak orang mengurat tunang kita?

Atau tunang kita termengurat orang lain?

Atau kita tersyok dekat orang lain.

Atau orang lain tersyok dekat kita?

Takut lah kan ye dak. Walaupun bukan hak mutlak lagi tapi bergetar tulang rusuk okey hahahaha.

Bukan tu aje sebenarnya. Tapi keselamatan kita juga perlu dijaga.

Masa 2 bulan sebelum bertunang, kira tengah buat persiapan, laki aku kena samun bersenjata. PSP + Handphone + sejumlah wang habis kena rembat. Nasib baik dua orang penjenayah bodoh tu tak cucuk pinggang laki aku dengan pisau rambo. Dan nasib baik jugak diorang campak semula dompet lepas amik barang. T_____T

Macam aku plak, 4 bulan sebelum nikah, aku jatuh motor. Teruk jugak la luka-luka bagai. Dah la tengah raya ke 4. Nasib baik parut cepat hilang. Beria aku jaga makan + tempek mederma bagai.

Bila dah kawen ni, aku ngan laki aku selalu mengimbau kenangan lama walaupun laki aku cakap, toksah ingat benda lama. Buang masa, Tapi aku ngan dia suka ngusik-ngusik haha. Bila teringat tu, kitorang boleh tergelak-gelak. Kenangan kan.

Sape je yang tak penah buat silap kan. Aku ada ego aku. Dia pun ada ego dia. 
Aku ada salah aku, dia pun ada salah dia. Tapi enggak pape kok. Semuanya sudah dimaafin. Mintak maaf selalu, hati akan tenang.

Dalam pada melewati darah manis. Banyak yang kita perlu jaga. Pergaulan semuanya ada batas.

Satu pesanan ahkak sitipahbedah ni, bertunang jangan lelama. Letih dik, baik menikah terus. Kahwin lagi indah dik. Hihihihi.

Apa-apapun, kita kena yakin dengan jodoh kita dik. Istikharah kalau nak buat pilihan. InshaAllah kalau dah jodoh, dengan siapa pun kita berkawan, walau seberat mana dugaan Allah swt bagi. Kalau itu yang ditetapkan di Loh Mahfuz, maka itulah jodoh kita dik. Yang penting kena kuat.

Alhamdulillah. Allah swt sentiasa bersama kita.

Okey tu aje untuk ari ini. Hehe.

p/s : Harini gomen gaji awal, GLC pun kebanyakan gaji awal. Aku tak suka sikitlah gaji awal sebab nak nyampai ke bulan berikutnya tu, haih lama betul. Tak dapeklah aku nak shopping online bulan ni. Haih hahaha. Tapi lunch ni nasib baik aku tak teringin bende-bende sikeretresepi,pijjahut, rajasushi ke,chilicabai,tgijumaat ke apa. Aku nak nasik lauk ikan keli sambal, ulam sambal belacan jewwwwwwwww. hahahahaha

Oh lupa, jap, sebab entry manis. Nah dessert harini.


Kawan aku juai. Kenyang aku makan sepotong ni.
Haritu pegi Ikea, takde plak kek daim ni.
yang ada almond cake je. Pon sedap.










14 October 2014

Kawan Kuih Talam


Ini aku terbaca di Facebook kawan aku tadi.
Aku pun tak melepaskan peluang untuk share di wall.

Benar, ada sahaja kawan yang begini.

Yang rasa diri itu betul sentiasa.
Orang lain semua salah.
Orang lain semua pun buruk.

Sama juga kawan yang depan kita baiknya aduhai sampai rasa tak sampai hati nak mengata orang lain. Tapi rupanya di belakang kita entah berapa kilo kita dikatanya. 

Tapi tak apa, biar kita dikata. 

Itu sebab kehidupan kita lebih menarik daripada dia.

Aku, selalu saja jumpa 'kuih talam' ni.
Pada aku baik masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Kita tidak simpan apa-apa. 

Tapi kuih talam ni tak tahu la jenis kuih talam cendol ke, talam jagung ke
 talam keladi ke, bukan dikiranya kalau mereka nak jual kuih talam tu pun.
Aduhai aku merepek dengan kuih talam, tetiba teringin plak. 

Tu lah penangan kuih talam.


Jangan kita jadi orang yang suka bermuka-muka.

Biar kita nampak buruk, hina di mata manusia.
Asalkan kita tidak hina di depan Allah swt.

Berdoa banyak-banyak. Agar kita dijauhkan dari perangai sebegini.


p/s : Aku selalu beri telinga pada yang perlukan telinga. Kadang-kadang bila beri telinga, dapat muhasabah diri. Kadang-kadang situasinya sama aja dengan yang aku pernah alami. Aku hanya dapat kata, sabarlah hati untuk diri kita. Moga Allah swt bukakan hati. Sesungguhnya kita-kita ini tidak sempurna. 







13 October 2014

Picnic di Blue Lagoon Port Dickson

Hai semua. Kembali bersiaran harini. Pagi ni sejuk benau rasa. Semalam hujan lebat amat. Alhamdulillah malam tadi selamat sampai rumah dah. Pagi tadi baru terkocoh2 kemas rumah sikit. Nasib baik baju kitorang dah gosok stok seminggu hehe.

Minggu baru ni aku balik rumah mak mertua. Kebetulan ramai pulak yang balik jugak. Dah kumpul ramai-ramai, malam tu ayah mertua cakap, esok mandi laut nak takkkk?

Cucu-cucu yang ada kat rumah ape lagi. Terus cakap nakkkkkkkkkk tokman !!. Nakkkk!! hehe. Dak apple tanya aku, haruslah aku nak mandi laut haha. Lama kot tak mandi laut. Walaupun sunburn kat Melaka Wonderland tak habis lagi, aku nak gak mandi laut. Haha. Lagipun kami nak pegi laut waktu pagi, sejuk sikit kan. 

Malam tu semangat pak mertua aku pegi supermarket cari roti, sardin, nugget,dan macam-macam lagi untuk persiapan pergi piknik esoknya. Mak mertua plak cakap nak masak nasik lemak. Kak ipar plak nak buat bihun goreng. Biras aku plak nak buat pau, sambal sotong makan ngan nasik lomak eh. Wahh cam best je ni hehehe. 

Esok subuh-subuh dah bangun. Aku tolong prepare sandwich sardin. Buat teh O sekali sebab omak mertua nak bawak air panas gak walaupun kami ada bawak macam2 air. Air oren, air gas, air kotak bagai. 

Pagi pukul 8 lebih kami gerak. Tak jauh pun. dalam 30 minit. 
Layan gambo lah ye. Hehe


Pepagi sebelum gerak, selfie dulu dengan baby syina & Raziq


Kitorang jadi orang pertama sampai.
Apa lagi, snap snap kejap.
Amboi lakiku, bagi muka tepi sipi-sipi aje yerrr..
Kedomok plakkk aku haha.

Tempat pilihan, Pantai Blue Lagoon, Potdetsen.
Aku tak pernah pegi Blue Lagoon ni. First time.
Memang cantik kat sini. Air pun cantik.
Takdelah teruk cam Teluk Kemang tu.
AIr hijau-hijau, jernih jer.

Kami sampai tu air tengah pasang. 


Cantik kan. Tenang jer.


Haaa yang sebelah ni la tempat kitorang piknik. 
Ada macam dataran kat sini. Baru buat rasanya.
Sebab dak apple cakap masa dia study kat PD tu, takde lagi bende ni.


Ni starter menu. Sebelum mandi berendam kita breakfast dulu. 
Hehehe


Snap-snap hehehehe. 


Ada bihun jugak. Sedap plak la makan bihun tepi pantai.
Lama betul rasa tak pegi berkelah camni.


Sebahagian anak-anak buah belah dak apple.
Dulu kecik je lagi, dulu Raziq pun takde lagi.
Sekarang semua dah besar-besar.


Baju purple anak buah dak apple yang sulung,kakak.
Mula-mula kenal dak apple, dia baru darjah 1. 
Alahai kecik memalu lagi budaknya.
Sekarang dah besar dah Form 1 dah kakak.
Cepat betul masa berlalu. 
Dah nak sama tinggi ngan maksu eka dah hehe.


Snap dulu sebelum berendam hehehe


Maksu pon nak join sekeping hahaha. 


Jom serbu paksu. Paksu jadi jaga kite mandi.
 Maksu pun sama naik. 
Berendam tak hengat. Air pun syok je mandi.
Kebetulan pagi tu takde matahari. Sejuk je berendam.
Kami berendam lama gak. Lepastu naik makan lagi,
lepastu turun lagi, naik semula makan, pastu turun lagi sampailah air surut. 
Muahaha. Tapi masa air surut, kami berjalan jauh ke depan. 
Seronok plak . Air takat pinggang je pun. Tadi punya dalam. 


Alaaaa air dah surut. Air cepat betul surutnya. Budak-budak suka la.
Main pasir. berendam-rendam bagai. 
Tapi memang aku malas nak masuk main air lagi.
Sebab cuaca pun dah panas masa ni.

Tapi sempat gak amik gambar kat dalam laut muahaha.


opssss hehehehehe.
Bukan selalu dapat posing gini.
Laju je anak buah tangkapkan gambo pashu mashu.
Hihi.


Makin surut. Petang kang baru air naik semula. 
Kitorang pun berkemas-kemas nak balik.


Sebelum balik, aku pekena aiskrim roti.
Sedapnyaaa makan panas-panas. Nyummyyyyy

Okey tu je cuti hujung minggu kami.
Best dapat pegi piknik. 
Dapat mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.
Nanti nak pegi melawat biras baru bersalin pulak.
Tak dapat tengok lagi Baby Hannah.

Nanti maksu paksu datang ya Hannah.

p/s : Korang selalu pegi piknik tak?