28 November 2014

Roti Kosong

Hai. Selamat pagi. Cerita ini berlaku semalam. Takdela pagi sangat waktu kejadian. Mungkin pukul 11 pagi. Biasala tembolok beso macam aku memang lapar senantiasa . Kudap-kudap memang ada je heheh.

Kelmarinnya aku beli roti. Roti sambal bilis dekat 7E. Semalam baru nak makan. Aku macam biasa kalau makan roti jenisnya suka belah dua. Tabiat heheh. Kali ni bila pegang eh ngape macam ringan je. Agak ada keraguan disitu.

Bila dibelah dua. Nah engko. Kosong ye roti tersebut. Aku rasa macam nak gelak. Bagi aku gelak kejap ya. Hahahahahaha kahkahkahkahkah kihkihkihkihkihkih

Takde inti. Ke inti kene bubuh sendiri? Hihi.


Bertuah kan aku dapat roti ni.
Hihi.

Takpe aku faham.
Mungkin lupa. 

Tapi roti ni sedap juga.
Korang penah dapat macamni?


27 November 2014

Khazanah Dalam Laci

Hai.

Semalam aku mengemas laci pula. Aku terjumpa banyak souvenirs dari opismet aku.

Mak ai lamanya bende-bende alah ni bersarang dalam laci. Macam boleh buat kedai la hahaha.


Yang paling nak tergelak,cik krokkojes yang suka gerit semua benda dalam laci aku termasukla label botol minyak cap kapak aku ni.

Aduyai. Lapo sangat rupenye. 
Kalau ada kertas yang berprint tu,
dekat setiap perkataan tu dia gigit.

Tapi kertas yang dalam laci je.
Rasanya dia datang time malam sebab siang tak pernah jumpa pon.
Hanya tinggal tahinya yang busuk tu macam rupe chocolate rice eiuwwww.




Selain tu,ada ni jugak. 
Macam-macam jenis ada. 
Cuma fridge magnet aku dah bawak balik aritu. Ade dalam 10 pcs rasanya.
Yang terbaru dapat semalam dari Krabi.

Okey tujelah update arini.
Next time aku update lagi.
Nak rest dulu. Byebye



Udang Galah Tercili

Hai, bertemu kembali kita pada pagi ini. Dari semalam nak update bende alah ni tapi semalam sibuk sikit mengemas laci sendiri. Harini ada audit dalaman. Nanti bulan 12 kot, ada auditor dari MPC plak. 

Semalam aku dah draft bende ni kat bloggerdroid tapi entah kenapa dia macam jem plak. Aku publish pun dia tak keluar jugak.

Gasaklah. 

Saje nak update pasal dinner semalam. Hehehe. Malam semalam kitorang dinner dengan udang ni lah. Sedap plak tu. Manis je. Ni udang galah sungai. Fresh lagi pulak tu. Dulu kecik-kecik, orang tua tak kasi kita makan otak udang, nanti bodoh dan pelupa. Aku pun tak dapat nak mensahihkan teori tersebut. Tapi dah tua ni, aku belasah je gigit semua sekali hehehehe.


Aku kalau masak sambal, selalu campur dengan sayur.
Contohnya campur buncis.
Masak sambal sotong pun buncis jugak.



Alamak betik dengan anggur dah tinggal separuh baru nak snap ye.

Tapi sedap betui betik ni. Manis. Nyesal beli dua bijik.
Kalau tahu manis aku dah beli 4 bijik.
Nanti laki kata, ni semelit teruk ke apa ni?
Kahkah ingat betik ubat semelit jeke. 

Aku suka potong kecik-kecik, simpan dalam peti.
Sambil tengok tv, sambil ngap-ngap.

p/s : Aku dah mula sakit tekak. Alamak, cuti tinggal sehari. Tula, asyik cuti memanjang. :p






25 November 2014

Magnum Cafe Kuala Lumpur @ Midvalley

Hai, sori lah lama tak update. 4 hari aku cuti. Hehehe harini baru masuk kerja. Tapi aku masih je baca blog engkorang dan drop komen. 

Minggu lepas aku ade pegi Midvalley. Shopping sikit lepastu tetibe aku ternampak ada orang makan aiskrim magnum dalam bekas kertas. Sempat la tinjau tengok macam bersalut-salut dengan kacang. 

Eh, ada magnum cafe ke kat Malaysia ni? Aku ketinggalan zaman ke ni? Mentang-mentanglah dah lama tak pegi Midvalley. Okey, aku terus buka instagram dengan #tag #midvalley. Aku memang suka mencari guna #tag ni. Bila aku search je, memang sah ada magnum cafe kat midvalley. Aku pun ape lagi, gelabah la ajak dak apple. Nak cari jugak jugak. Hahahaha. 

Kemudian aku ternampakla orang beratur panjang, tu kompem lah tu Magnum Cafe sebab nampak ada lambang M for Magnum tu. 

Aku ngan dak apple pun beratur. Ada seorang staff datang round dekat barisan dan tanya sama ada nak beli aiskrim Magnum sahaja atau nak dine in. Aku memang tak mau makan kat sana sebab objektif aku nak eskrem tu je. Hahahaha. 

Okey, ni dia punya Cafe.


Magnum Cafe ni terletak kat 3rd Floor sama level dengan food court midvalley.
Baru je launch rupanya ye? Tapi nape macam takde promosi pun kat sokhabo ke.
Ke terlepas pandang? Ahh lantak hahaha.


Nak masuk pun beratur. 
Aduhh lemah betui aku nak beratur ni hahahaha.
Tapi takpela. Nak punya pasal. Nasib la laki pon sporting beratur sama-sama.
Sambil mengekek gelak gelakkan orang depan kitorang asyik nak selfie je.
Aku rasa beratus keping kot diorang selfie.
Sampai kita rasa macam adoiyai sekali dua dahla.
Kita plak tak selesa terpaksa senget2 badan takut muke kite ganggu kan.
Tapi laki aku saje je tinggikan kepala dia kot2 masuk sekali gambonya ahaha.


Ni bukan aku ye. Aku saje nak snap magnum kaler silver dan gold tu. 
Hehehehe. Nampak menarik dan mewah pulak magnum gold.



Ni keadaan kat dalam cafe.





Okey aku cerita macam mana nak beli dan makan eskrem kat Magnum Cafe ni.

Mula-mula korang kena beratur dulu kat luar.

Lepastu sampai depan pintu, 
kita kene tunggu giliran untuk masuk barisan kat dalam plak.

Lepas je dapat masuk kat dalam. Kita kene beratur lagi.

Sambil kita beratur, kita boleh la selfie beratus kali *dah2laselfietupeningaaa
sambil melihat crew-crew magnum cafe buat kerja seperti 
menggunting mashmallow, bakar brownies, asingkan kelopak bunga ros,
dan lain-lain lagi.

Kemudian, bila sampai dekat cashier, kita pilih aiskrim yang kita nak.
Nak flavour vanilla, coklat, coklat brownies
Lepastu boleh pilih 3 jenis bahan yang kita custom sendiri untuk ditabur diatasnya

ATAU

Pilih je jenis-jenis yang sedia ada di dalam buku menu.
Cam aku, aku pilih yang dah sedia dalam buku menu
iaitu Cookies Monster.

Dah pilih, bayar dan amik resit.
Sampai dekat depan crew tu, 
bagi resit dan dia akan terus buatkan aiskrim kita.


Antara benda-benda yang boleh ditabur.
Banyak.
Ada dried mango, ada buah goji, ada oreo, 
ada pretzel, ada cookies, ada brownie,
ada mashmallow,ada chocolate chips,
hazelnut,almond bla bla bla ada macam-macamlah.



Ini pulak jenis-jenis coklat untuk disalut dekat aiskrim kita.
Ada dark chocolate, milk chocolate atau white chocolate.
Aku pilih aiskrim vanilla. Togel je aiskrimnya.
Aku pilih nak coated dengan milk chocolate.

Kemudian tabur dengan bende2 alah cookies tu.
Dan di letakkan white coklat diatasnya.

dan ini aiskrim aku punya.


Sedap dan fresh sebab buat depan mata kita kan hehehe.
Tapi tu tekak aku, tekak orang lain tak tahu la kan ehe

Coklat dia sedap. Beza dengan kita beli magnum biasa kat 7E magnum tu.

Harga bermula dari RM 9.90. Sama lah harga aku punya ni.

Ada menu lain macam salad. Tapi tak available lagi sebab baru buka kan.


So. korang yang teringin ke, mengidam ke.
Meh la datang sini. Sedap..


p/s : Printer aku jahanam. So, goyang kaki arini sampai tengahari baru ada orang betulkan. Kehkehkeh..





20 November 2014

Khazanah Bawah Meja

Hai.
Masih berkisar tentang 5Sepah lagi.
Selagi tak ada audit 5s. Selagi tula ada aje khazanah purba di bawah meja.
Tengokla kasut tumit hitam aku dah jadi kelabu hasil gigitan lipas kecik.
Ehhh menyirap aku. Sayang kot kasut tu. Masa aku nak interview dulu aku pakai kasut tu kott. Kenangan kot.
Haduu.
K takpa.
Humban dalam tongsampah.
Sambung kemas.
Tatata.
Cepatlah pukul 5.
Hehehhh

Tudiaaa


Kasi selfie satu gambo idung beso yer.
Hahahahaha selingan kejap.



19 November 2014

5 Sepah

Hai.

Amacam kemas tak? Haha.

Sakit pinggang makcik arini.


Tapi sempat lagi posing bersama kengkawan opis yerrrr..


hikhikhikhikhikkkkkkkk

Tonggang terbalik aku kejekan gambo ni.


18 November 2014

Busy

Hai. Banyak benda aku nak update sebenonyer tau. Tapi macam biasalah. Aku harini agak busy plak. Pagi tadi ada meeting, meetingnya sekali harung pulak tu dengan meeting 5S. 

Jadinya meeting pun habis lewat dekat pukul 12.00 tengahari. Menu plak semalam aku order nasi goreng kampung pedas piaw + telor mata sambal. Dilawan pula dengan teh susu panas. Aku makan sebelum meeting sekali, lepas meeting sekali. Dua kali jelah aku makan kan. Hahaha. Lagipun dah nginjak tengahari, gile tak lapo. Jadinya lunch tadi aku beli bihun sup tapi tak makan lagi sebab rasa macam kenyang. 

Selepas berakhirnya meeting, teruslah ada kerja menanti. Selaku ajk 5s. Adelah tugas-tugas yang dah diagihkan. 

Maka aku pun ngadap jelah pc ni sambil menjuling biji mata edit-edit apa yang patut, buat label baru bla bla bla. 

Tahun lepas aku tak buat sangat 5s ni sebab aku sibuk persiapan kahwin + aku cuti awal masa sebelum kahwin hehehehe. Terlepas la aku tahun lepas. Tapi tahun ni kena la buat.

Disebabkan aku yang edit, maka aku guna jelah gambar aku yang disnap sewaktu mula-mula masuk opis ni tahun 2012. 


Takpela malas nak tuka gambar.
Guna jela gambo ni selagi keje sini.
Ni nampak macam muda skit kan. 
Dan nampak lagi kurus kan. Hahahahaha muntah pelangi.
:p


Aku ade beberapa cerita nak cerita tapi nantilah aku update ye. Jangan sampai aku lupa dah la apa aku nak cerita :p

Okey, sambung buat kerja. 

Tatatatatatatatatitititititititututututututu.

Jumaat ni aku cuti hehehehehe.




17 November 2014

Tongue Ulcer

Hai. Ni cerita sakit pulak. Bukan namanya kehidupan kalau tak sakit kan. Selama ni aku punya seronok asyik makan, mencekik aje kan. Ni tuhan bagi aku sakit. 

Aku sedang mengalami kesakitan dimana tepi lidah belah kanan, ada ulcer. Aku tak tahu bila kena benda ni. Yang aku tahu, start semalam aku bangun pagi. Terus je rasa sakit kat lidah. 

Bergegas aku ke cermin. Ha nampakla sebijik ulcer yang comel di lidah. Tapi ulcer ni sakitnya bukan kepalang. Walaupun sebesor biji cabai kering je.

Dari semalam jugak asal aku nak makan, aku akan taruk oral aid. Oral aid memang ada je kat rumah sebab dulu aku selalu kene mouth ulcer ni.

Cuma sejak sekarang je aku jarang kena.

Ni harini padan muka aku. Oral aid tak bawak. Kang nak makan tengahari macam mana? Makanya kurang makan lah aku harini. 

Bercakap pun kurang juga harini.

Tak apa, jangan merungut. Jap lagi aku nak take a nap. Kejap pon jadila. Nak merehatkan badan.

p/s : Tekak rasa nak makan pizza hut lah pulak. Pastu nak makan eskrem Haagen dazs my fav tu lagi. Haih. Tunggu weekend ni. Akan kucari. Hehehhh.


Aummmmmmmm




Awak, awak letak kat mana? Kat mana?


Pegang saya.

Saya suka.

Saya selesa.

Kamu juga suka.

Pimpin saya. Andai saya tergelincir.

Kamu selalu ada, untuk saya.

Dulu, banyak yang kita angankan.

Sekarang, banyak juga angan-angan yang jadi kenyataan dan hampir jadi kenyataan.

Sekali-sekala, teringat.

Manis.

Walaupun ada pahit.

Cinta memang tidak boleh dihitung. Kalau boleh dihitung, rasanya tak cukup-cukup masa untuk dihitung.

Cukuplah sahaja kita saja tahu.

Peduli orang kata. Pakai baju banyak kali tak apa, asal pakai selesa.
Berkilau tak bermakna, kalau hati tak ada.
(sesuka hati aku aje ye ganti lirik seratoslimaplohjuta haha) 



Kita sama-sama mengorak langkah. Untuk menjadi yang lebih baik. Diam tak diam, hampir setahun kita hidup bersama-sama. Banyak yang kita belajar. Banyak juga yang kita kenal mengenali walaupun kita kenal agak lama sebelum kita kahwin. Dah duduk sebumbung baru lah kita kenal kan.

Sebab tu selalu berlaku. 

' Yang, setoking abang kaler hitam kat mana yeee? ' 

Gitu. 

Okey tu je motifnya. 

Sekian. Hahahahahahahaha :p

p/s : Terupdate sebab terbaca kat blog Doc Faiz tadi. Budak besar. Hahaha







14 November 2014

Brown Butter Banana with Milk

Hai, salam jumaat. Amboi tajuk entry tak menahan omputeh pulak kan. Hehehe. Harini pisang lagi haha. Bertabahlah kome membaca blog aku yang asyik cerita pisang aje ni. Dah kegemaran kan hehehe. Pisang kan bagus. Pisang mengandungi kandungan pottasium yang tinggi. Serta dapat mengatasi constipation. Hehehe.

Semalam aku baca blog kak Kathyjem dalam entry INI . Dia buat dessert guna 3 bahan je. Heronya adalah pisang. Nampak simple Tapi bila aku tengok macam sedap. Yess macam sedap walaupun guna 3 bahan je. 

Teringat pulak dalam peti ais ada lebihan pisang nangka dalam 4 biji. Sebelum ni aku dah goreng pisang nangka tu cicah dengan sambal kicap. Jadinya bolehla aku buat dessert ni.

Nama dessertnyer tak ada. Tapi aku saje bagi nama brown butter banana with milk atau pisang goreng bersusu lah hehehe. 


Ni lah rupa parasnya.
Sedapnya makan panas-panas tu. 

Cuma aku ada derhaka sikit dekat resepi ni. Hehe.

Caranya mudah gile. 

Bahan-bahan :

3 sudu butter
1 sudu gula
Pisang (aku guna pisang nangka)
Susu Segar

Cara-cara :

Panaskan kuali, masukkan butter. 
Dah cair butter masukkan gula. 
Masukkan pulak pisang. Goreng bagi garing.
Dah siap garing, taruk dalam mangkuk, kemudian curahkan susu segar.

Siap dinikmati panas-panas.

Aku suka rasa masam manis pisang,
pisang tu pulak rasa rangup gula sebab gula dah caramelized.
Pastu ada plak kuahnya susu segar tu. 


Senang kan. cer try buat petang-petang ke malam-malam. Hujan-hujan ni lagilah sedapnyer. Hehe. Jap lagi aku up lagi entry makan2. Tu jelah modal aku nak taip entry pon. Hahaha.







13 November 2014

Kriteria Blog Yang Suka Dibaca

Hai. Ceh kemaen ada plak kriteria blog yang disukai untuk dibaca, dikomen. Dah lama rasa kan tak buat review begini. Sejak facebook dah kene blocked ni, aku selalu masuk blog-blog korang. Kadang-kadang aku masuk saja tapi tak komen. Cuma aku baca tau entry korang. Kalau rasa macam ada benda nak komen, ye aku komen. 

Ciri-ciri blog yang aku suka.

  • Simple, takde iklan bersepah kiri kanan. Takde butang KLIK LIKE UNTUK TERUSKAN MEMBACA. Sebenarnya kalau blog tu menarik, tak payah nak suruh orang klik LIKE, orang automatiknya akan LIKE tanpa disuruh dipaksa-paksa.

  • Tak ada widget-widget yang tetiba hadir seperti bunga berguguran, salji dan daun-daunan berguguran. Juga kartun-kartun yang mengekori kita apabila si tetikus bergerak. Sebenarnya benda tu mengganggu pembaca nak baca entry awak. Jangan tak percaya, aku dulu awal-awal berblog pon ada letak salji. Salji berguguran. Ada orang komplen. Aku pon macam, ko dah kenapa? Lama-lama, baru aku tahu. Tujuan aku buat blog untuk orang baca, bukan untuk menyemakkan mata orang baca. Benda tu juga buat blog jadi berat. Okey, aku delete. Bukan salji je aku letak. Segala akuarium, kucing la semua aku tempek hahaha. 

  • Tak ada Short Form. Bahasa santai tapi perkataanya penuh dan senang dibaca. "Sbnrnya ak nk cte tntg pglmn ak sms brjln di papua new guinea.Sjuk gle tau. Aq rse cm ggil gk aa klu bgn pg2.syes aq rs nk bku." Rasa-rasa dapat baca sampai habis tak? Ke terus klik X?

  • Yang lain-lain tu basic la. Cerita apa pun aku baca je. Suka baca pengalaman orang, cerita orang ni. Oh ya, lagi satu. Korang punya kotak komen, tak kisah la jenis pop up ke embedded,full page. Aku lebih suka komen pop up. Tak ganggu nak tulis. Lagi satu cer cek korang punya setting comment. Ada tak verification code? Kalau buang verification code tu lagi best. Takdela setiap kali nak comment, kene masukkan code. Erkk. Kalau ada yang tak tahu nak buang, nanti aku buat tuto ya.

Tata, nak sambung blogwalking. Aku free skit harini. 



12 November 2014

Kenduri Kahwin Lagi.

Hai. Kali ni entry kenduri kahwin pula. Ini merupakan kenduri kahwin abg ipar aku. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kali kedua beliau setelah kematian isterinya 4 tahun yang lepas. Aku pernah jumpa arwah isterinya yang mesra dipanggil kaklong sejak aku kenal dengan dak apple. Dak apple agak rapat dengan along dan kaklongnya. Masa dak apple kecik-kecik umor 4-5 taun, selalu duduk kat rumah along ngan kaklong. Kalau dengar dia cerita, aku plak yang sebak sama. Yela, kitorang dua-dua penah merasa duduk kat kampung. Seronok. 

Tahniah untuk along. Abang ipar aku dapek oghang sano gak. Oghang Rantau, Nismilan. Itulah kali pertamo den poie ko Rantau. Den suko poie konduri bolah-bolah nismilan. Lauk yang paling den goma tu ha sambal daun kayu yang ado tempoyak mo potai mo pucuk-pucuk ulam yang dihiris halus. Podeh lak tu. Sodap. Harap faham jelah ya. Terer gak aku berbahasa sana. Haha. 

Tapi haritu takde sambal kayu tu. Tapi ada gulai lomak. Konon aku nak makan kat meja pengantin. Dak apple dah panggil suruh duduk sana, tapi aku lebih berkenan melihat lauk yang ada kat meja biasa. Hihihihi. 


Ni makan ke moncokik ni. Banyak beno.
Licin ye. Nak tambah malu. Haha



My Darling apple jadi pengapit haritu.
Macam hensem plak la darling aye ni. 
Hahahaha kembang terus lah kalau dia baca ni.
Tapi dia memang masuk pun blog ni. Haha.


My biras-biras, yang turut serta.
Cantik tak bunga kepala @ flower crown tu hehe.


Anak buah suami, yang tudung pink tu la yang buatkan kami flower crown.
Dah rupe orang dari kayangan, kata seorang makcik yang tegur.
Hihi kayangan pun bolehlah makcikkk.
Kanan tu sepupu suami aku.


Kenal tak sapa baju batik purple tu?
Tulah MB Nogori Sombilan
YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
atau lebih mesro dikalangan rakyatnya dipanggil Tokmat.

Respect betul Tokmat ni. Dia datang sorang je ke kenduri tu.
Jalan sama-sama orang kampung, takdo do pengiring ke apa.
Makan pun dia ambik sendiri, duduk  je kat mana-mana tempat kosong.
Low profile betui Tokmat ni. 


Tokmat tak molopehkan peluang untuk menepung tawar pengantin.


Anak-anak buah. 


Kakak ipar aku dan anak buah.
Sama besar je kan makcik ngan anak sedara ehe.


Tahniah along dan kaklong. 
Semoga berkekalan hingga ke syurga.


Sebenarnya banyak lagi gambar tapi aku malas je nak transfer ke PC ni. Pemalas sangat kan. Baiklah itu je cerita untuk pagi ni. Tengoklah petang kang kalo aku ada modal. Aku up la entry sikit. Tu pun kalau ada la ye. Sebab aku kalau petang-petang memang blur. Aku ingat bantal, katil kat rumah je. :p


Cekodok Pisang

Hai, selamat pagi. harini nak cerita mengenai breakfast pula. 

Seperti yang sedia maklum, kami lakibinik memang peminat pisang. 

Pisang cavendish makan begitu sahaja.

Pisang cavendish aku calit dengan nutella. 

Cekodong pisang.

Pisang goreng terutamanya pisang nangka.

Pengat pisang.

Pendek kata, pisang.

Bila nampak je warna kuning pisang tu, lagi-lagi pisang yang cantik masak ranum. Rasa macam segar bugar je. Hehe.

Tapi kalau nampak Pisang Awak yang dah masak ada sedikit lebam tu, tetiba terus teringin nak buat cekodok pisang pulak.

Pagi tadi. Aku bangun dengan mata sepet pegi melecek pisang. Siap-siap buat adunan, siap-siap nak pegi keje,baru goreng adunannya. Rajinnya aku buat cekodok pisang. Fav dak apple ni.


Resepi tak payah lah ya.
Kalau cekodok pisang ni aku suka gelap-gelap.
Baru feel cekodok pisang. Hehe.

Edited : Okey letak resepi lah, ada permintaan hehe.

Eka guna pisang awak untuk buat cekodok.
Kalau tak tahu, masa beli pisang, tanya je pisang awak.
Rupa paras pisang awak tu begini 


Sumber Gambo Pisang Awak di sini. TQ

Bahan-bahan.

1 sisir Pisang Awak (dalam 10 biji)
Dua cawan tepung gandum
Air secukupnya
Gula secukupnya
Garam secubit.

Caranya lenyek pisang bagi hancur,
masuk gula secukup rasa, agak-agak je tau.
Masuk tepung gandum. tepung gandum eka guna tak sampai dua cawan,
main agak-agak je. Masuk air, kacau. Jangan lembik sangat.
Biar adunan tu boleh dijemput guna tangan.
Eka guna tangan je jemput cekodok ni.
Lepastu masukkan garam sikit untuk lemak. Petua ni.

Kemudian goreng dengan cara minyak terendam @ deep fry.
Kalau suka garing, terbalik-terbalik cekodok tersebut.
Sampai dia hitam sikit jangan sampai hangus udah la ye.
Siap dan ngap. Hehe



Ni dua minggu lepas punya minum petang.
Time aku cuti aritu, sambil tunggu dak apple balik opis,aku siap goreng cekodok. 
Haa sepinggan ni kami makan berdua, kejap je licin.
Hingga cekodok yang terakhir.

Jagung tu aku punya la. Hehe.

Korang suka cekodok pisang?

p/s : Ni rasa mengantuk giles plak ni. Rasa nak tido 20 minitlah. Tata. Haha



11 November 2014

Ijan's Burger Paroi

Hai. Harini cafe opis tutup berikutan ketiadaan air.Maka jenuh la nak menapak beli nasik untuk lunch ni. Haih.Tapi lupakan pasal tu. Ni nak cerita pasal ijan burger Paroi. Orang Seremban mesti tau punya pasal beger ni. Sedap memang sedapp sangat. Meleleh.

Malam minggu tu, kitorang semua lepak kat rumah kak ipor sambil isi telor di dalam goodies bag. Tengah buat keje, isi telor rebus tu. Aku tercakap lapar pulak kat dak apple. Biras dengar, dia pon lapar katanya. Haaa elok sangat lah. Terus je dia kata lepak Ijan lah. Masa tu dah pukul 12.30 malam. 

Kitorang pun pegi la menunaikan hajat nak makan-makan malam tu. Pegi sekali ngan kak ipar, biras ngan abang ipar. Pukul 1 lebih sampai Ijan Burger, Paroi.

Ijan Burger ni memang tempat lepak dak apple masa bujang sampailah dah kawen. Itu pasal bini owner dia kenal dak apple ngan kengkawan. Aku lak yang terkejut bila wife owner kata apesal dak apple tak jemput masa kahwin. Lupa la tu hehe. Dah nak setahun dah. Biras aku pon dia kenal sebab biras aku tu pun regular customers dia.  

Aku suka burger dia. Lembut dan tak kedekut. Sayur dia, salad + bawang + timun memang banyak. Puas hati makan, dengan sos meleleh-leleh dia. Slurp.. Aku suka Benjo Cheese dia. 



Ni aku punya. Sedapnya sampai licin. 
Kat sini air special dia air jagung. Sedap tau air jagung dia.


Abg ipar aku makan oblong daging.
Yang lain-lain makan roti john.
Roti john dia sedap tau. Panjang dan besar.
Puas makan.

Masa nak balik. Owner dia, Ijan tu datang tolak stroller.
Sekali tengok, kembar rupanya anak dia yang nombor dua ni.
Hihihi comel sangat korang. 

Tengah-tengah malam tak tidur lagi.


Comel kan.

Okey tu je entry arini. Nanti lah ye aku update pasal kenduri kahwin plak. Line internet sangat menghampakan harini.

Korang, suka makan burger tak? Aku suka burger-burger begini daripada burger fast food. Lebih isi, lebih nikmat lebih meleleh bila makan. Kan? hehehe



Bridesmaid. La Sangat.

Hai. Lepasni aku lagi kerap update blog since facebook kat office aku dah kena blocked di HQ. Muahaha. Yang kena sekat facebook je. Yang lain2 masih boleh lagi dilayari. Payah la kalau smua disekat. Ekceli aku nak cerita pasal ni.

Bridesmaid la konon.
Hikhik



Comel tak flower crown ni? hehehe ni anak buah suami buat. Semua mak2 sedara dan sepupu perempuan ada crown ni.


Kembo sangat. 
Hehehe.

Nnti aku cerita pasal kendurinya.



8 Tu maksudnya suamiku anak nombor 8
Maka kak ipar letak nombo 8 disitu hehe 


Tengah edit gambau.
Tatata




07 November 2014

Tanda Hati Kotor

Assalamualaikum dan hai.

Tadi terbaca satu status dari Adam Corrie di FB.



Tanda-tanda hati kotor ialah apabila kita ada rasa meluat lihat orang lain bahagia
 dan buat kebaikan .

Serta mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan 
menyedihkan orang lain juga.


 Setuju dengan kata-kata ini.

Kita sepatutnya berlapang dada melihat orang lain bahagia, orang lain berbuat kebaikan. InshaAllah hati kita tenang dan Allah swt akan memberikan kepada kita rezeki seperti itu juga tanpa kita duga.

Rezeki Allah swt bukan sahaja rezeki bahagia, tapi banyak lagi rezeki dalam pelbagai cara yang kadang kala kita tidak sedar.

Cuma, jangan kita bersikap riak dan takbur atas segala rezeki yang dikurnia Ilahi.

Bersikap sederhana akan buatkan kita seperti padi. Makin berisi, makin tunduk.



Sekian, salam pagi Jumaat. 

:)





06 November 2014

Update Terbaru dari WhatsApp

Hai, sapa guna whatsapp? Atau orang kite sebut wasap je. Hehehe. Aku salah seorang pengguna tegar wasap ni. Senang nak guna, senang nak kendalikan, pendek kata semua senang lah. 

Aku kurang suka Wechat dan aku dah takde wechat.

Kalau wasap ni senang. nampak orang tu online, tengah type dan juga ada yang tak hide last seen, kita boleh nampak bila dia aktif wasap dia tu.

Aku rasa aku guna sms pun jarang. Guna pun kalau orang tu takde wasap je

Tadi aku wasap ngan dak apple, tetibe je lepastu jadi kaler biru. Aku pelik skit apehal jadi warna biru. 

Peliknye. Ye cam gelabah sikit gaya dia hahaha.

Aku on wifi tadi, so aku tak perasan bila update whatsapp ni sebab aku dah setting siap-siap update application bila wifi on. Yela, sayang la kuota internet aku kan hahahahaha. Kedekuitttt.

Contoh.


Ni contohnya. Nampak tak tanda biru tu.
Tanda biru tu tandanya dah terima dan dah baca kandungan mesej kita.

Kalau tanda hitam double right macam biasa tu tandanya dah terima,
tapi belum baca lagi. 

Oooo begitu. Senang la nak tahu kan bila dah baca ke belum. 

Jangan lupa update dulu wasap korang tu ya kalau nak jadi begini juga.

Sumber dari blog amazingnara

Ni pulak dari page MM Vectoristic. Kelakar la hahaha


hahaha :p






Kenduri Kahwin

Hai. Ni ektibiti minggu lepas. Aku balik umah mak sebab nak pegi kenduri kawen kawan aku masa form 6 dulu. 

Seronok jumpa kawan lama. Ada yang dari abes sekolah masa tahun 2007 dulu, baru tahun 2014 ni jumpa. Lamanya. 

Layan gambo je ye. Hehe


Pengantinnya. Tahniah Rossa % suami.
Lauk sedap. Ada pencuci mulut apple digaul dengan asam kulit limau.


Cantik kan dia punya deco.
Kat candy buffet tu aku amik choki2 hahaha.
Teringin plak sebab dah lama tak makan choki-choki.


Tak melepaskan peluang nak bergambo kat photobooth dia.
Nak naik basikallllll hahaha.


Salah seorang kawan aku. Aishah namanya.
Dia pandang aku dua kali. Mula-mula tak cam masa aku baru datang.
Bila aku lambai, terus ke meja dia.
Baru dia cam aku. Tu pun sebab dia kenal mata aku yang bulat beso tu haha.

Mata petai sangat kan.

Minggu ni kenduri kahwin lagi. Meriah betul dapat makan nasik minyak hehehe


05 November 2014

Buah Teratai @ Lotus Seed

Hai semua. tak sedar je kan dah hari Rabu. Kejap je masa berlalu. Semalam balik keje, aku singgah pasar malam kejap. Cari barang dapur. Aku suka singgah pasar Selasa kat sini. Banyak barangan kampung dijual dan harga semua murah-murah.

Semalam jugak aku dekat gerai buah, beli anggur + mangga, tiba-tiba ternampak seorang uncle sebelah aku pilih mangga sambil menjinjit satu beg plastik buah teratai @ Lotus seed. Aku teringat yang adik aku, dari mengandung sampailah si Zara tu dah 9 bulan lebih, tak dapat-dapat lagi rasa buah teratai. Hihihi mengalahkan orang mengandung mengidamnya. Maka, aku pun ringan mulut tanya kat uncle tu beli kat mana. Hihi. Uncle tu tunjuk kat mana dia beli. Aku pun apa lagi, pegilah ke gerai tu.

Sampai je, aku tengok ada makcik tu borong 3 ikat. Tinggal dua ikat je. Aku amik la seikat. Ada 5 kuntum dalam pelbagai saiz. Bila aku tanya harga, makcik tu cakap RM 1.00 seikat. Waaaaa murahnya sampai 5 kuntum tu harga sehengget jer. 

Ni dia buah teratainya.


Dalam satu buah tu ada banyak bijinya.
Rajinla sikit ye kopek seketul-seketul.


Ni gambar google, bijinya begini. 
Sarang dia tu jangan makan plak.
Makan yang biji dia je.


Ini isi dalamnya,warna putih bersih.
Rasanya lemak-lemak dan tak manis sangat.
Tapi kalau korang makan, jangan kunyah sebiji-sebiji.Pahit.
Buang dulu yang secoet warna hijau di tengah2 tu sebab yang tu pahit.

Sedap tau, Ralit kalau makan benda ni.

p/s : Korang penah makan buah teratai ni? Sedap kan? Hehehehe