30 December 2014

Sambungan #Melaka

Hai. Bersua kembali. Malas pulak nak update belog sekarang ni. Macam takde mood je. Lagi-lagi banyak je mata-mata ni. Ermmmmm. 

Ah lantak.

Jom kite sambung cerita balik.

Entry sebelum ni, kita ade cerita pasal Aiskrim Pasu Bunga kat Melaka tu kan. Ni sambungannya. Tahun ni rasanya dah dua kali pegi Melaka. 

Tapi entry ni tempek gambo jelah ya. Hari mendung je kat luar. Semalam lagi lah, satu hari hujan. Tu yang rasa mengantuk je tu. Heheh.


Pantai Pengkalan Balak, Melaka

Selepas je pergi melawat tempat program U dak apple, kite pegi makan Coconut Shake Klebang. Ni kali ke 3 menulis pasal kekonat ni. Haha. 

Entah kenapa, aku suka. Dak apple pun suka kat sini. Hehe. Kami malas nak drive thru. Kena beratur panjang ye kat luar tu. Baik masuk dalam. Makan kat tepi rumah owner tu. Nak dapat tempat pun senang je walaupun orang berbondong datang. 

Frust tak dapat makan nasik lemak comel. Tapi takpe la. Dah penah makan. 



Tertera dua gelas je. 
Nak balik tapau lagi. Hehe :p
Popia sambal tu sedap!


Zoom. Berpeluh cawannya. 

Lepastu kita ke Pantai Klebang.
Ke Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang.


Meriah petang-petang. 


Makanan pun banyak. Siap ada restoran dalam bas lagi.


Ada orang main ATV kat situ.
Vrommm vrommmm


Tahu kan, kat Dataran Klebang tu ada BUSTEL.
Bus terpakai yang sudah diubahsuai jadi hotel tu. 
Dak apple tak tahu. Saje aku nak tunjuk kat dak apple Bustel.
Nanti nak ajak dia tido situ heheh.


Tu semua hotel dalam bas. 

Ni pemandangan dalamnya. Aku google aje.


Sumber gambar : [SINI] Terima kasih


Sumber gambar : [SINITerima Kasih

Pastu kan, ada orang buang air dalam bas. 









<







>









<







>






<






>







<







>







<







>







<







>


Hihihihihi tandas awam dalam bas.
Bayaran RM 0.30.
Dak apple merasa la naik bas istimewa ni hahahahahaha


p/s : okey tuje untuk harini.




26 December 2014

Pasu Bunga itu adalah...........

Hai. Lama tak update. Ekceli aku baru sihat ni. Sakit perut teruk minggu lepas. Tu nanti la aku cite. Buat aku fobia je nak makan kat kodai. Hehe.

Semalam aku pegi Melaka dgn dak apple dan kawan2 kelas dia. Diorang pi tengok kawasan untuk program insaniah U diorang.

Balik tu ape lagi. Jalan dan makanlah. Coconut shake klebang opkoslah. Lepastu kitorang pegi Pantai Klebang.

Meriah gila la situ uols. Sepanjang tu ade orang meniaga makanan. Macam2 jenis. Situ juga ada Bustel kat Dataran 1 Malaysia Klebang. Tapi entry ni takyah cite pasal tu. Tu nanti. Ni nak cerita pasai ni.

Aku nampak ramai orang pegang pasu kecik kaler coklat. Ala pasu kecik yang orang taruk kaktus tu.

Pelik. Aku ajak dak apple cari. Aku nak. Hihi. Lalu berjalanlah lakikbinik mencari. Maka lakik matanya nampak dulu seraya dikhabar pada binik.

Apakah pandangan pertama korang bila melihat pasu kecik ni.


Dengan bende hitam tu rope tanah gambutnya. Sebijik macam pasu bunga.


Tapi sebenornye ini adalah aiskrim.
Aiskrim pasu.
Penuh idea betul yang mencipta aiskrim sebegini kan hehe.


Ye aiskrim.
Bole pilih pelbagai perisa aiskrim.
Yang ni aku pilih Mint Chocolate Flavour. 
Pastu diletakkan oreo crumb kat atas. Tu yang rope tanah gambut tu hehe.
Kemudian ditaruk daun pudina untuk effect seperti pokok sebenarnya dan ditaruk bunga marshmallow.

Harga RM 5.00 sebekas.


Cari ni di Setegrem.
@aiskrimpasumarshmallow
I follow hehe.
Ramai beratur tau. Orang tengok kita pegang pon pelikssss.

Pompuan ni makan dalam pasu ke? Hahahaha


Ye. Aku sedang menikmati eskrem pasu.

Mahu?

Pergi la.

Ke Dataran Pantai Klebang,
Melaka.

Tatatata. Aku cuti arini heheeeeeeeeeeee. 

P/s : mohon doa utk mangsa2 banjir. Moga Allah swt lindungi mereka. Kuatkan mereka. Amin.

18 December 2014

Cuba Dulu

Hai. 

Haritu dah cerita tentang kezutan dak apple bagi tu. Ada yang tanya apa hadiah aku bagi kat dia. Hehe ada, tapi nanti cerita ya. Dak apple punya blog dah padam, so dia tak de nyer nak cerita kat situ. Buat blog haritu pun atas dasar menyiapkankan assignment dia aje. Lepastu dia suruh aku padam blog tu. Setel.

Pertama kali aku cuba menerai kamera instax mini 8 tu, ha hambek. Hitam legam gambonya. Hahaha. Aku google dulu macam mana nak gunanya. Dah setting bagai ni. Sekali aku salah guna mode lighting dia la. Kuikuikuikui. 

Cuba lagi. Setiap mode yang ada tu aku cuba. Tetap hitam legam tapi semakin menampakkan juga imej yang aku snap. Cuma gelap je. Masa tu cuaca sejuk. Hujan lebat. 

Tengok tu, legam kan. Haha.
Abes film kalau camni. Tapi takpela.
Try n error. Nasib baik ada dua kotak lagi film tu.
Yang cerah tu malam tadi aku cuba. 
Jadi. :)


Tak puas hati ni. 

Aku google lagi. 

Oh aku dapat kesimpulannya.

1. Lepas gambar keluar, jangan goncang gambar tersebut. Biarkan aje dia. Nanti kalau goncang, tak elok dah gambarnya.

2. Kamera polaroid peka kepada suhu. Kalau suhu sejuk, maka kualiti tak elok. Ohoi patutla gambo aku snap pertama kali tu hitam melegam! Tengah hujan ko bantai nak menerai kamera khennnnn!

3. Tengok setting dia tu dulu. Bawah cahaya ke, dalam rumah ke. Jangan main petik je. Hahaha.




4. Jangan buka tempat simpat film tu kalau film belum habis guna. Contohnya kalau film tu ada 5 keping lagi. Jangan bukak! Sekali je buka film tu, bila korang masukkan balik, automatik film tu jadi 0 keping. Haaa kan membazir je 5 keping tu. Kalau tak boleh buat stok selfie selpiaq kan. Hihihi.

5. Gambo outdoor paling cun. Subjek berhadapan dengan sumber matahari. Okey nanti nak coba. 

Banyak lagi tipsnya. Aku baca dari blog ini (fasyshane). TQ owner blog. 

Haritu dapat sekali mini table calendar 2015. Siap boleh letak gambar ikut bulan. 


Nanti setiap bulan tangkap satu gambo je. 

Jimat film. Hahahaha.
Ni antara dua keping gambar yang 'jadi'
Yang lain 'takjadi' kahkahkohkoh


p/s : Penatlah dengan orang memberi arahan, tapi arahan yang diberi tidak jelas. Kita tanya pun dia macam tak tahu nak bagi arahan itu macam mana. 
Sabar, sabarlah sabariyohhhhhhhh. :p





Eh Eh

Hai Charyl Chappuis.

Ahahaha tetibe nama player Thailand tu menjadi sebutan pulak malam tadi. Pagi tadi tengok MHI pun asyik sebut nama dia je. Mix Swiss Thai dia tu. Tapi mukanya macam CR pulak kan.

Saje je menyakat encik bola.

:p


Tak lama lepastu kan.

<









>










<










>







<










>










<









<









>



Hahahahahahahahahahahahaha
:p


p/s : Sabtu ni ada plan nak jenjalan. Tapinya kena balik awal sebab ramai yang nak tengok bola. Semoga Harimau menang. Yeahhhhhhh.



15 December 2014

'Kezutan'

Hai. Sambung cerita lagi. 

Hari Jumaat lepas, dak apple amik aku balik kerja. Dia cuti hari tu. Pukul 5 aku call katanya on the way dan dah nak sampai. Aku pun turun office. Dalam 15 minit aku tunggu, eh tak sampai lagi dia ni. Call balik, jem katanya. Kejap. 

Ok, kejap lagi.

Tak lama lepastu baru sampai. 

Maasuk kete, aku pun tanya, ape lama sangat ni. Jenuh tau tunggu. Muncung sikit. Hahaha. Tah camne aku terpandang seat belakang.

Eh, ada bunga. 

Nak terjerit. 

Eh patutla lambat!!!!!!!!!!!!!!! Ketawa sikit, hilang marah. Hihihi dia pun senyum-senyum. La pegi ambil bunga rupanya. Hehehe.

Sampai rumah, dia terus bagi bunga tu. Terharu. Hehehe. Siap wish annivesarry padahal annivesary hari Sabtu.

Lepas makan kat Bagan Lalang tu, jalan nak masuk kereta. Tetiba dak apple cakap nak bagi surprise. Dia buka bonet kete, terus bagi kotak hadiah berbalut pink. Aduhh ade lagi. Terkejut, terharu semua ada ni. 

Tapi aku tak buka lagi pun malam tu. Esoknya aku buka hehehe. Walaupun hati meronta-ronta rasa nak robekkan wrapping paper tu hahahahaha. Melampo.


Bunga dapat, hadiah pun dapat.
Terima kasih awak. :)

Buka kad tu, terharunya dengan apa yang dia tulis.


Bukak-bukak, ehh Camera polaroid Fujifilm.
Instax Mini 8.
Tak sangka pulak dak apple belikan ini. 
Hihihi macam tau je. Aku suka selfie hahaha.


Kaler pink, free gift 3 film.
Bestnyee dapat snap snap ni hehehe.


Dah rasmi malam tadi.
Try and error hehehe.
Sebab kamera ni sensitif sikit.
Kalau suhu tak okey, gambar jadi gelap.

Lepasni boleh snap snap instant keluo gambo teruih.

Thank you. 

Lebiu hehehe.





Seafood di HM Bagan Lalang

Hai semua. Selamat pagi. Malasnya nak masuk office tapi cuti dah tinggal sehari kan. Masuk la juga dengan hati yang gembira hehe.

Hari Sabtu haritu, kan 1st annivesary. Dak apple berkali-kali tanya aku nak makan apa. Aku blur. Haha. Kebetulan pula kami ke Nilai ada undangan walimatul urus. Alang-alang berdekatan dengan Bagan Lalang, aku terus request nak makan seafood. Jom pegi Bagan Lalang lah. Bila dak apple kata jom. Berbunga terus hati aku. Hehe. 

Lepas kenduri, singgah sekejap kat rumah abang dak apple. Rehat-rehat, petang tu kitorang terus ke Bagan Lalang. Perut pun sedang elok je lapornye. Heh. 

Sampai kat sana, jalan tepi pantai kejap. Rasa best pulak jalan sambil ditiup angin pantai. Sengih-sengih mengimbau kenangan kahwin. Tetibe rasa macam malu pulak. Macam tak tahu nak cakap ape. Selalu aku yang melebih asyik potpet je. :P


Selfie seketui. 
Nampak tak bambamnya dak apple skang. 
Mana taknya, asyik makan je. Nak jadi sado kot.
Erkkkkkkkkk.

Sambil-sambil tu kita jalan-jalan kat restoran-restoran seafood yang ada.
Tengok seafood. Dak apple teringin nak makan kupang.
Hamboihh mengidam macam orang pregnant! 
Nak kupang, nak kupang. Tapi takde kupang haritu.
Orang restoran cakap harini takde orang antar kupang. 

Okey, takpela. 
Sambil-sambil lalu tu, aku rasa macam nak makan dekat HM Bagan Lalang.
Restorang terapung dan terletak kat hujung sekali.
Masa tu ramai jugak orang.Kite tengok seafood dulu. Nampak menarik. 
Lagipun dak apple penah makan kat restoran lain kat situ.
Katanya tak best sangat.


Gambar restoran tak sempat snap.
  Google je, terima kasih owner blog (superb Mama)

Dah setuju, kitorang terus je masuk dalam. 
Booking meja. Lepas dah booking meja, waiter akan bagi kertas.
Kat atas kertas tu tercatit nombor meja dan boleh terus pilih seafood.

Nanti waiter kat seksyen seafood tu tulis je order kite atas kertas tu.
Senang.

Rambang juga mata nak pilih seafood. Aku pilih ketam, lala, udang.
Dak apple pilih pepahat,sotong, ngan ikan kembong.

Sambil-sambil tunggu order, diorang sediakan kudapan.


Sedap pulak kerepek ubi pedas ni. Mesti amik kat Banting. tempat banyak kerepek tu.
Ecehh pandai je dak apple bagi andaian. 


Sambil makan kerepek, sambil melihat pemandangan. 
Awal lagi time ni, pukul 6 macamtu.


Candid, katanya. Haha
Tak lama lepastu, lauk pun sampai. Kan awal lagi. Order pun cepat je sampai.
Lepastu berbondong-bondong orang datang tapi tak de tempat.
Kebanyakan dah booking awal.


Ye, aku makan dulu, ratah-ratah je sementara tunggu semua hidangan complete.
Hehehehe.

Jom,tengok lauk yang kite order.


Pepahat masak bercili
RM 10.00

Rasanya sedap sangat. Tak rugi ambik.Pepahat fresh bukan frozen.
Pernah makan kat Melaka, frozen punya. Tak fresh.


Lala Masak Bercili 
RM 16.50

Lala ni pun sedap, dah la sedap, besar-besar pulak tu isinya.
Puas la kitorang berdua meratah.
Terasa-rasa lagi ni. Dah la fav aku pulak tu hehe.


Sotong Goreng Tepung
RM 5.00

Dak apple ambil seekor je sotongnya. 
Sedap jugak. Rangup.




Ketam Telur Masin
RM 35.75

Yang ni aku ingatkan dia goreng dulu ketamnya.
Tapi tak. Dia macam stim kan ketam ni.
Manis. Saje aku pilih yang besar-besar.
 Ni aku makan sorang je hehe sebab dak apple tak suka makan ketam.
Malas nak kopek letew. Aku kopek-kopek isi bagi dia. 
Ni sedap. Manis isi ketamnya.


Kailan Ikan Masin
RM 6.00

Sayurnya sedap jugak.


Udang Butter
RM 19.00

Yang ni aku ingat macam udang butter yang kering pastu
ada kuah lekit-lekit butter n milk tu.
Tapi yang ni lain skit. Kuahnya cair,udang goreng garing.
Sedappp. 
Aku semua sedap, kan? Tembolok beso haha.


Kembung Stim Halia
RM 10.00

Yang ni, salah order. Dak apple nak stim limau.
Tapi dibagi stim halia. Tak masam la kan.
Kami mintak air asam. Baru terasa sedapnya cicah ikan dengan air asam.


Snap gambo dulu sebelum makan, 
tu tengok tangan dak apple tu.
Laju je cekup ikan tu ye. :p


Lepas makan punya ni, dak apple snap.
Dia cakap ni dia je makan. Yang lain tu aku yang makan.
Hahahahaha. Memang licin.
Habis makan, jalan macam penguin.Hahaha


Total makan malam tu, RM 116.70
TQ yer belanja hehehehe

Bagi aku boleh tahan dan sedap. 
Service pun cepat. Tu pasal kena booking awal sebelum orang ramai.
Malam tu kan malam minggu, pepaham jela ramainya.
Tu pun ada yang buat reunion kat situ bagai.

Nanti, nak datang sini lagi bawak family pulak.

Alamatnya,

Restoran Terapung H.M Sri Bagan Sdn Bhd
Pantai Bagan Lalang, Sepang

03-3141 2896

Sambung lagi nanti. Kezutan dari dak apple. Babaii




13 December 2014

Selamat Ulang Tahun Yang Pertama

Alhamdulillah. 13 Disember 2014. Tarikh keramat bernikah.

Kejap je masa berlalu kan. Sudah setahun aku bernikah dan hidup bersama-sama dengan lelaki yang dichintai. Wahh ayatnya hehe. Harini entry berjiwang jelah yer. 

Memang rasa sekejap sangat eh eh dah setahun dah nikahnya. Masih teringat-ingat kenangan manis masa dinikahkan, dak apple demam campak, dak apple nangis masa nikah. Alamak kalau dia baca ni kena aku hahaha.  Kemudian aku demam semasa tengah sibuk bergambar atas pelamin, bersin dekat sepuloh kali masa bertentang mata hahaha. 'Nebes' sangat memandang muke somi sendiri. 

Kisah demam itu menjadi gurauan iaitu demam baru dapat suami hahahaha. Sehari lepas sanding, kitorang dah ke klinik dengan tangan kaki penuh inai2 ni hahaha. 

Tu pasal honeymoon lambat sikit :p

Selepas 2 minggu, ada majlis menyambut menantu kat Seremban, ehhh aku demam lagi. Siap pakej demam campak hasil jangkitan dari dak apple. Dua kali demam. Adeii antibodi lemah sangat nie. Hahaha. Tapi alhamdulillah kejap je demam-demam tersebut.

Sejujurnya aku cuma ingin kata, aku bahagia bersuamikan dak apple. Pembaca blog ni dari awal mesti kenal dan tahu, lama aku berkawan dengan dia. Dari dia study, sampailah kami bertunang dan kahwin. Banyak sangat kenangan aku dengan dia. Banyak sangat yang kami dah lalui bersama. 

Pahit, manis, terluka, dilukai, melukai, gembira, bahagia, susah, senang, ketawa, sedih , jatuh, tersungkur, semua pernah. Bohong kalau sentiasanya bahagia tak ada cacat cela. Dari situ lah kita mengenal erti kasih dan cinta. Cintanya pun tidaklah hebat mana dan masih berbatas. 

Hinggalah suatu hari, dia tiba-tiba bercakap soal kursus kahwin. Kami tiada lamaran macam kisah novel melutut sudikah kau jadi isteriku. Tak ada. Haha. Tapi dia ada caranya yang aku faham dan masa itu, aku tahu. Aku dan dia dah sedia dari mental dan fizikalnya untuk melangkah ke fasa seterusnya, membina hidup bersama, berdua dan seterusnya bertiga, berempat, berlima. Opsss. Hehe.

Seterusnya, kami merancang dan Allah swt menentukan. Alhamdulillah. Jodoh kami panjang, seterusnya bersatu. Di dalam majlis yang bagi aku sederhana dan meriah. 

Hidup berkahwin ni berbeza dengan sebelumnya. Kita nampak muka dia hari-hari. Selisih faham itu biasa. Tersentap, menyentap tu mestilah ada. Kita-kita kan bukan sempurna. 

Apa yang aku harapkan, semoga perkahwinan aku dan dia berkekalan hingga ke akhirnya. Aku mohon doa dari kalian semua ya, doakan kami hingga ke syurgaNya. 

Ini entry autopublish. Entry aku nak berpuisi, bersajak bagai nanti aku update. Hehe. Nah satu gambar yang tidak pernah aku publish di sini.



Malu woi nak tenung muka walaupun dah sah jadi suami. 
Hahahaha. :p


12 December 2014

Go to Hawai~

Hai. Pepagi buta dah tayang benda sejuk kan. 

Ni adalah salah satu dessert yang aku suka kalau ke kedai ni.

Nama benda ni, Hawai. 

Isinya ada Ais kepal, air gula, buah-buahan seperti betik, nenas, tembikai, honeydew tapi hari tu tinggal betik dengan tembikai je. Kemudian ada biji selasih. Bila nak makan, perah limau kasturi tu. Rasanyaaaaaaaaaaaa perghh nyaman. Sangat. Lagi-lagi dimakan waktu panas.



Sedap dan menyegarkan.




11 December 2014

Bola Lagi. Mas vs Vietnam

Hai. Tatkala entry ini ditulis aku berada di dalam restoran Thailand menikmati makan malam bersama somiku encik bola.

Dari petang tadi die ingatkan aku. Malam ni tak payah masak. Kite makan luar. Tengok bola yee.

Aku okey je.

Aku makan nasi putih lauk paprik campur. Sedap.

Dak apple makan nasi putih ngan puyuh sambal. Sedap jugaa.

Sambil tu aku jenguk juga screen. Bila goal mak ai bergema kedai ni. Aku seolah-olah takde perasaan sebab aku sibuk makan dengan selera sekali hahaha.

Ni bila nak abes ni. Rasa mengantok pulak. Ahaha dah kenyang mengantuk plak.

Okey sekarang resultnya 4-1.

Aleee aleeee ooooooo harap Malaysia menang.

Sambil kunyah keropok ikang.

Tatatatataaaaaaaaa.





09 December 2014

Berjuang

Hai kekasih.

Kau tahu, sejak kita bersama. Dulu hingga kini walaupun sekarang situasinya berbeza.

Setiap kali kau mahu periksa, aku pula yang selalunya bertanya-tanya.

Apa kau sudah baca buku?

Apa kau sudah hafal formula-formula kamu?

Apa kau sudah khatam untuk mengulang kembali topik-topik kamu?

Apa sudah kau belek nota kecik-kecik itu?

Sebabnya aku bertanya. Kita selalu bersama, buku kau bawa tapi tidak dibaca. 
Haha ketawa bersisa bersama-sama sudahnya . 

Baik merenung mata ke mata. 

Tiba-tiba.

'Abang dah study ke? ' sambil mata aku terus terpandang pada bukunya di atas meja solek.

Belum lagi, katanya. Tidur dulu lah. Nanti mungkin pukul 2,3 pagi bangun semula baca untuk ambil mood. Sambil tersengih persis kerang sampai ke telinga, matanya sengaja dipejam kenyit. Haihhhh budak ni. Penyudahnya bila subuh, lampu menyala dari malam sampai siang. Bukunya masih duduk diam disitu tanpa berubah posisi. Hebat. Hihi.

Itulah gaya apabila sudah berkahwin tapi masih belajar. Ditambah kerja sambil belajar. Kadang-kadang masa tak ada, tapi kena ada jugaklah sebab sudah itu tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan juga pelajar. Aku belajar memahami rentaknya. Kadang, waktu malamnya. Aku diangkut sekali ke kampus sampailah dia habis waktu kelasnya.

Aku? Macam biasa. Duduk diam molek. Tangan pegang telefon genggam, masuk dalam surau. Sambil berbasa basi berborak sama dengan para-para isteri atau para-para suami yang sama saja macam aku, menanti pasangan menuntut ilmu. Kadang, ada para suami yang membawa anaknya sekali siap diusung stroller agar anak selesa sambil menanti ibunya belajar.

Kadang ada juga yang bawa anaknya masuk sekali di dalam kelas, sambil si anak duduk diam sahaja di atas riba ibunya tatkala ibunya mendengar pensyarah di depan. Bagusnya hai anak. 

Bila status bertambah, lagilah banyak masa perlu dikorbankan. Nak berjaya kan perlu pengorbanan. 

Untuk malam ini, semoga berjaya di dalam peperiksaan kertas pertama. 

Doa aku untuk dia, dan juga rakan-rakannya.

Semoga dilapangkan dada, menjawabnya dengan yakin. 

Berjuang dengan pen dan kertas berkajang-kajang. Tangan di meja, mata ke atas ke bawah. 

Semoga selamat semua.

Cepat pukul 5, aku mahu ke pasar. Menambah apa yang kurang di dalam almari ais. Serasa malas mahu memasak, tapi mahu membeli di kedai. Aduh. Jemu sungguh rasa. Baiklah masaknya sendiri walaupun hanya telur goreng gedik-gedik (*baca telur 3 suku masak )ditambah cili padi lalu direnjis kicap sama sos cili. Perghh itu nikmat tahu? Tak perlu ayam dan segalanya, pasti nasik kau licin sampai tak ada sisa. 

Bye, jam 5 sudah. 





08 December 2014

Cendawan Busut

Hai. Selamat pagi. Selamat hari Isnin. Ade monday blues ke harini? Aku ngantuk je ni. Hehehe. Minggu baru ni, aku balik rumah mak ayah aku pulak. Tujuannya menghadiri majlis perkahwinan sepupu lelaki aku. Majlis menyambut menantu lah kiranya. Majlis belah perempuan dah selesai bulan 7 haritu di Bongawan, Sabah bhaa. Aku tak pegi Sabah haritu sebab buat time raya ke 5. Memang idokle aku nak pegi hehe. 

Gambo kahwinnya nanti lah aku tempek sini. 

Aku nak update pasal ini ha. Musim cendawan busut kembali apabila kelkaktu bermaharajalela di lampu kalimantang rumah kita. Kecik-kecik dulu aku penah kutip cendawan ni. Memang kena pandai kutipnya jangan main tarik je dari tanah takut terputus dah rugi. 

Sedara aku bagi kat mak aku, dia bagi satu plastik besar. Malam tu mak aku buat masak tumis air. Rencahnya ikan bilis. Tu pun sedapnyaaaa lahai. Manis cendawan ni. 

Semalam plak, kat rumah nenek. Diorang buat cendawan goreng tepung. Makan panas-panas. Mabelesss cicah sos uols. 


Sedap. Tapi cendawan kan angin. Aku makan sikit je hehe.

Musim hujan gini, bukan aje cendawan yang musim, tapi ikan sungai pun ada.
Banyak dan bermacam jenis. Ada lampam, terubui, putih, baung bla bla.
Aku suka terubui dan lampam. Memang sedap walaupun tulang banyak.
Buat goreng, atau sambal. Pergh terangkat-angkat :p

Cerita pasal tulang ikan,
dak apple sebelum kahwin dia tak pandai makan ikan bertulang.
Kalau balik rumah FIL, selalu ada ikan siakap,merah, senangin. 

Bila dah kawin dengan aku, aku ni jenis suka ikan bertulang.
Ikan sungai termasuk la ikan laut yakni ikan terubuk. 
Tu tulang dia jangan dikenang. bentuk Y tau. 
Kalau tercekik,paham jelah ya. Hehe. 
Takut la dia bila nampak tulang berselirat.

Jadinya setiap kali makan ikan bertulang, aku akan buang tulang untuk dia. 
Manje angat la dak apple ni. Baru lah dia tahu kesedapan ikan bertulang ni.
Tapi skang dia dah pandai dah makan ikan bertulang.
Pekasam pun dah jadi fav dia. Tempoyak jelah tak bole telan lagi.
Jaga dia. Lepasni nak suruh makan tempoyak hahahahaha. 



Sekarang musim rambutan gak.
Ni rambutan kuning @ rambutan gading.
Rumah jiran nenek aku, pokoknya berbuah lebat sangat.
Jadi, dia pesan kalau ada buah, amiklah kalau nak makan. 

Tu semalam, suruh dak apple kaitkan. Bawak balik rumah.
tengok tv sambil ngap ngap ngap.

Oh sedappp.


Korang, penah makan cendawan busut ni?

04 December 2014

Minam Potang

Hai. Selamat petang. Terajin lah pulak mengarang satu entry pada petang ini ya. Hehe.

Tajuknya tu bukan typing error tapi aku selalu dengar omak mertuo panggil kami kalau nak minum petang.

'Mari doreh minam. Minam potang'

Doreh tu maknanya 'deras' atau cepat.

Minam tu bahasa nogoghi minum le gamaknya kan. Aku yang berlidah tempoyak ni biasanye sebut 'minom'. Hihi gelak tutup mulut.

Jadinya ini minum petang hari ini.


Dah lama aku menanti van roti time balik keje. Tadi ade Alhamdulillah.
Tetiba teringin roti bhai.
Beso ye roti bhai ni. Kalau plain gini Rm 2.50. Kalau nak kaya,dia akan calitkan kaya dan dan tu jugak. Sedap home made kaya dia. Tapi aku nak plain sebab kat umah ada kaya + butter.


Dan ini. Hasil blogwalking tadi aku teringin laksa la plakkkkkk hamboii makin montel la gaya ni haha.

Sedap laksanya makan panas2. Balik rumah panaskan kuahnya dan licin terus lah laksa ni heheh.

Korang makan apa petang ni? 

Rezeki

Hai semua. 

Selamat pagi. 

Saja nak cerita mengenai rezeki pada pagi ini. Alhamdulillah pepagi dah ada rezeki. Ingatkan nak turun ke cafe beli breakfast, sekali ada officemate bawa nasik lemak untuk kitorang semua, Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki.

Pagi tadi di Motivasi Pagi Tv3 juga ada menyebut tentang rezeki. Setiap pagi, waktu nak bersiap pergi kerja, aku mesti on tv. Tapi kadang2 laki aku tak tutup tv pon kalau tido depan tv. Hahaha sabo jelah. Pepagi je mesti tuka channel tv3.

Menurut kata ustaz pagi tadi, tentang menzalimi orang lain. Apabila kita menzalimi orang lain tidak kiralah bagaimana cara kita menzalimi orang lain, maka Allah swt akan menahan rezeki kita. Mohon dijauhkanlah. Takut sekiranya rezeki kita ditahan. 

Rezeki pun dalam pelbagai bentuk. Rezeki bukan berbentuk duit sahaja ya. Rezeki ni banyak jenis. Anak juga rezeki, orang tolong kita pun rezeki, orang berbaik dengan kita pun rezeki juga. Dapat suami/isteri penyayang juga rezeki. Dapat kerja yang baik juga rezeki, dapat boss yang baik pun rezeki. Luas kan makna rezeki itu. 

Kadang-kadang kita selalu fikir, kenapa rezeki kita lambat masuk. Kenapa kita tidak begitu, kenapa kita tidak begini. Kenapa kita tak macam dia, kenapa dia tak macam kita. Macam-macam persoalan kan. Tapi sebenarnya rezeki kita sentiasa ada. Cuma cepat atau lambat sahaja. Rezeki kita ada. Bahagian kita ada.

Kadang ada yang persoal lambat dapat rezeki anak. Bersabarlah sahabat sekalian. Allah swt tahu bila waktunya yang sesuai untuk kita punya anak. Selagi belum sampai rezeki, kita ikhtiar. Fikir positif. InshaAllah. Menunggu memang memeritkan. Tapi selagi mampu, kita meminta padaNya. 

Setiap pagi juga, aku suka baca doa dhuha/doa murah rezeki. Doa dhuha ini bagus diamalkan. Kumpulan UNIC ada record Doa Dhuha ni siap dengan maknanya sekali. Bila dihayati, rasa sebak pula. 

video


Semoga kita selalu dimurahkan rezeki. InshaAllah. 







03 December 2014

Glamoskin - Produk Korea dari Legacy Secret

Hai semua. Harini kita nak bercakap tentang produk baru daripada Legacy Secret. 

Memperkenalkan GlamoSkin. Produk ini dibuat di Korea khusus untuk Legacy Secret dan dilancarkan pada 30 Oktober 2014 yang lepas. 


Glamoskin ini diperbuat daripada Collagen Gell yang menggunakan teknologi terkini dalam industri kosmetik dan sebab itulah sangat berkesan berbanding formula yang lain. Tekstur gel mampu menyerap 70% lebih cepat dan berkesan berbanding dengan cream. Penemuan formula terbaru Niacimade PC merupakan penemuan terbaru dalam industri komestik di negara-negara maju seperi Korea dan Jepun. 

Produk Glamoskin ini mengaplikasikan Niacimade PC dan ditambah pula dengan penggunaan collagen gel yang hebat sekaligus membuatkan Glamoskin produk pertama di Asia yang menggabungkan kedua-kedua formula tersebut. Sebab itu kesan Glamoskin lebih cepat berbanding produk lain.

Lagi satu, jangan risau untuk menggunakan produk ni sebab ianya Halal dan dihasilkan daripada bahan semulajadi

Dan yang paling penting, produk GlamoSkin ni telah didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan no Not :NOT140703528K.

Produk GlamoSkin ni ada dua produk. Pertamanya pencuci GlamoSkin (GlamoSkin Cleanser). Lagi satu produk pula GlamoSkin Collagen Gel.


GlamoSkin Cleanser

Pencuci GlamoSkin ini menggunakan teknologi terbaru dalam pembuatan kosmetik.
GlamoSkin Cleanser ni bukan sahaja mencuci, tapi mampu mencerahkan tona kulit dengan sekata. Baunya fresh je dan ringan sangat. Buih pun tak banyak. 
Semalam dah cuba, wahhh lepas guna memang terasa segar je. 
Pencuci ni jugak membantu proses penyerapan collagen gel 
supaya kesannya lebih cepat.

Antara kelebihan produk GlamoSkin ini dengan produk lain antaranya :

1. Dihasilkan daripada bahan semulajadi dari ekstrak tumbuhan
2. Paduan Teknologi Nano dengan bahan aktif Niacimade PC dari Korea
3.Bebas Merkuri dan Hydroquinone
4. Perbezaan ketara selepas 30 hari pemakaian


GlamoSkin Collagen Gel

Yang ini paling best. Collagen Gel.
Bila sapu je dekat muka, sejuk je rasa.
Collagen Gel ni mampu membaiki kulit kita supaya lebih segar,
tegang dan cerah berseri. Cuba juga sapu dengan gel ni.
Memang terasa lembut je kulit muka. 

Ini pula kelebihan Collagen Gel ini.

1.Collagen Gel pertama di Malaysia sebagai altenatif penggunaan krim.
2.Menggunakan teknologi Korea yang canggih dan menggunakan formula terbaru Niacinamide PC buatan Korea
3. Membaiki DNA kulit
4. Mengawal minyak
5.Mengecilkan liang pori
6. Memutihkan 
7. Menghilangkan pigmentasi
8. Kesan seawal 4 minggu
9.Harga mampu milik 
10. Mencegah kesan buruk sinar UV pada kulit

Menarik kan.

Harga Asal produk ni

Glamoskin Collagen Gel : RM 120 / RM 130 SS
Glamoskin Cleanser : RM 80.00 / RM 90.00 SS
Set : RM 200.00 / RM 220.00 SS

Tapi sekarang ni ada diskaun.
Sempena Launching Promotion Price:

Glamoskin Collagen Gel : RM 90.00 / RM 95.00 SS
Glamoskin Cleanser : RM 70.00 / RM 75 SS
Set : RM 150.00 / RM 160.00 SS

Untuk maklumat lanjut boleh klik disini.

Facebook : GlamoSkin

Untuk link Testimoni Klik SINI

Untuk link Video Testimoni dari Korea Klik SINI

Sekian, terima kasih.